Barcelona Masih Menjual Jersi Messi Walau Bintang Argentina Itu Sudah Sertai PSG

Barcelona masih lagi menjual jersi Lionel Messi di store rasmi kelab, walaupun bintang Argentina itu sudah sah menjadi milik Paris Saint Germain ketika ini.

Messi secara rasminya sudah melengkapkan perpindahannya menyertai Paris Saint Germain dengan beliau telah menandatangani perjanjian selama dua tahun bersama gergasi Ligue 1 itu.

Pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu telah diumumkan sebagai pemain PSG dan beliau akan menyarung jersi bernombor 30 bersama kelab barunya nanti.

Jersi baru Lionel Messi telah habis dijual hanya 30 minit sahaja selepas beliau diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu kelab.

Para peminat sanggup beratur panjang di Parc des Princes untuk mendapatkan jersi Lionel Messi kerana stok yang ada untuk jualan atas talian telah habis dijual.

Laporan terbaru menyatakan yang Barcelona juga turut mengambil kesempatan menggunakan nama Messi yang tengah naik daun ketika ini dengan masih menjual jersinya di store kelab.

Barca juga sepertinya tidak memaklumkan pada store mereka supaya berhenti menjual jersi yang tertera nama Messi kerana bintang Argentina itu bukan lagi pemain mereka pada ketika ini.

Menurut laporan dari media Sepanyol, Cadena Ser, Barcelona masih lagi menjual jersi Lionel Messi seperti biasa seolah-olah bintang Argentina itu masih beraksi bersama mereka.

Messi telah memulakan kehidupan baru dalam karier bola sepaknya di ibu kota Perancis dengan beliau sebelum ini telah menghabiskan 21 tahun beraksi di Nou Camp.

Messi menolak tawaran untuk memakai nombor 10 dan memilih untuk memakai nombor 30

Neymar sebelum ini pernah menawarkan nombor 10 yang beliau pakai untuk Messi, namun pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu menolak dan memilih nombor 30 sama seperti nombor yang beliau pakai ketika debutnya bersama Barcelona.

“Sambutan dari orang-orang di Paris sungguh luar biasa, saya akan cuba untuk berikan yang terbaik.”

Jelas bintang berusia 34 tahun itu ketika sesi sidang media pertamanya bersama kelab.

Ketika ditanya tentang perasaannya beraksi bersama Neymar dan Kylian Mbappe, Messi menjawab:

” Ia sangat gila untuk dapat bekerjasama dengan pemain hebat seperti mereka setiap hari.”

Bercakap tentang bagaimana penandatanganan PSG pada musim panas ini, Messi menjawab:

“PSG telah melakukan hal yang sungguh luar biasa menakjubkan pada jendela perpindahan musim panas ini, ramai pemain bintang sudah berada di sini.”

“Saya sangat bersemangat untuk bermain, saya akan lakukan yang terbaik bersama beberapa pemain bertaraf dunia. Saya rasa saya akan mengharungi pengalaman yang sungguh indah setiap hari di sini. Saya harap saya boleh terus memenangi Piala di sini, saya masih ada keinginan yang sama seperti ketika saya masih muda.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Reaksi Messi Seperti Seorang Abah Yang Bangga Melihat Kemenangan Pedri