Barcelona Meletakkan Klausa Mengarut Dalam Kontrak Dani Alves

Dani Alves secara rasminya telah kembali menyertai Barcelona dengan beliau bertekad untuk membantu kelab kembali menjadi pasukan yang paling digeruni lawan.

Alves sanggup menerima bayaran gaji yang sangat rendah, dengan beliau bahkan merupakan penerima gaji paling rendah berbanding semua pemain dalam skuad Barca pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, Barca seolah-olah memanfaatkan kemuliaan hati Alves yang sanggup menerima gaji rendah dengan meletakkan klausa mengarut dalam kontrak pemain veteran itu.

Mengapa Barca dianggap seolah-olah mahu mengambil kesempatan ke atas Alves?

Ia kerana Barcelona meletakkan klausa yang memberi keuntungan kepada mereka, seandainya Alves berhasrat untuk membatalkan kontraknya.

Menurut sumber laporan dari RAC 1 dan AS, legenda bola sepak Brazil itu perlu membayar £84 juta kepada Barcelona seandainya beliau mahu membatalkan kontraknya.

Walau sudah berusia 38 tahun, Barcelona turut meletakkan klausa perlepasan bernilai £100 juta dalam kontrak Alves.

Para peminat turut mengecam keputusan Barca yang meletakkan klausa mengarut tersebut dalam kontrak Alves.

Ia kerana Alves bahkan sanggup menerima bayaran £1 seminggu demi untuk membantu Barcelona kerana beliau rasa sangat kasihan melihat keadaan kelab pada ketika ini.

Dan meletakkan beban kepada Alves merupakan satu hal yang sangat tidak sepatutnya dilakukan oleh Barca dan wajar para peminat mempertikaikan hal tersebut.

Isu Alves bersama Sao Paulo

Pengarah Bola Sepak Sao Paulo, Carlos Belmonte dalam sidang medianya pada Jumaat lalu menjelaskan bahawa, Daniel Alves tidak mahu kembali ke pusat latihan selepas tamat minggu antarabangsa pada September.

“Kami dimaklumkan oleh wakil beliau bahawa Daniel Alves tak akan kembali ke Sao Paulo lagi sehingga isu hutang dengan pemain tersebut tidak diselesaikan.”

“Sao Paulo baru sedar akan hutang itu minggu lalu dan kami membuat satu kertas cadangan untuk memperbaiki keadaan. Malangnya, kertas cadangan itu ditolak oleh ejen pemain. Namun rundingan akan diteruskan.”

Jelas Belmonte.

“Kami sudah mengambil keputusan, memberitahu coach Hernan Crespo bahawa Dani Alves tidak lagi bermain untuk Sao Paulo.”

“Kami semua bekerja untuk institusi ini, dan tidak ada mana mana individidu lebih besar dari kelab bola sepak Sao Paulo.”

Pihak Daniel Alves mendakwa Sao Paulo berhutang R$10 million (£1.37m/$1.9m/RM7.92j) – berkaitan dengan hak imej ketika pemain itu tiba di kelab tersebut.

Ucapan penuh semangat Alves

Alves yang sudah berstatus legenda kelab telah diberikan kesempatan untuk memberikan ucapan kepada generasi baru Barcelona yang terdiri daripada pemain muda.

Ucapan yang disampaikan Alves sangat ringkas namun mampu membuatkan bulu-bulu termasuk bulu roma tegak dan tegang berdiri kerana semangat luar biasa yang meresapi ucapan itu.

“Sukar untuk berada di sini selepas sekian lama. Kembali ke sini adalah satu penghormatan, satu keseronokan.”

“Untuk dapat berkongsi dengan anda sekali lagi. Aku datang untuk belajar daripada anda, kini dunia baru. Tetapi dari yang lama, aku ingin menyampaikan satu perkara: untuk mengetahui apa yang mewakili kelab ini dan baju ini.”

Dengan rendah diri legenda kelab itu menyatakan beliau datang untuk belajar dengan generasi baru tetapi menegaskan betapa pentingnya bermain untuk lencana di dada.

“Aku telah lama berada di luar negara dan ini adalah tempat terbaik untuk melakukan perkara yang hebat, untuk hidup. Anda berada di sini, hargai kerana tidak ada yang lebih baik di luar.

“Aku tegaskan bahawa ia adalah satu keseronokan untuk berada di sini bersama anda. Ayuh semua lakukan perkara yang hebat kerana kelab ini dibuat daripada sebuah kehebatan.”

Selepas menamatkan ucapannya itu, Dani Alves menerima tepukan gemuruh dari rakan sepasukannya.

Selepas ucapan penuh semangat tanpa berbaur politik itu Dani Alves telah bersua kembali dengan bekas rakan sepasukannya suatu ketika dahulu termasuklah ketua pasukan Sergio Busquets, Sergi Roberto dan Jordi Alba.

Kemudian Dani Alves bertemu dengan insan yang bertanggungjawab membawanya kembali bersama Barcelona, Xavi Hernandez bekas rakan sepasukan yang kini sudah menjadi pengurus.

Dani Alves akan terus berlatih dan memberi tunjuk ajar kepada pemain muda bersama Barcelona dan hanya boleh turun beraksi pada bulan Januari 2022.

Agak pelik juga memikirkan tindakan Barcelona yang membenarkan pemain Brazil ini meninggalkan Catalonia pada tahun 2016 secara percuma dan peluang ini diambil oleh pasukan yang pakar dalam mengambil pemain percuma – Juventus.

Hanya semusim Dani Alves bersama Juventus dengan 33 penampilan dan telah mendakap dua kejuaraan iaitu satu Scudetto dan satu Coppa Italia sebelum menamatkan kontrak dengan persetujuan bersama.

Kemudian Dani Alves telah menyertai Paris Saint Germain (PSG) dengan kontrak dua tahun dan kekal sehingga tamat kontrak lalu menyertai Sao Paolo pada tahun 2019.

Ketika meninggalkan Juventus, Dani Alves telah mengumpulkan 33 kejuaraan dan menambah lagi 6 koleksi kejuaraan bersama PSG dan satu bersama Sao Paolo serta 1 pingat emas Olimpik dan Copa 2019 bersama Brazil.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Alves Cipta Assists Yang Menakjubkan Ketika Debut Keduanya Bersama Barca Di Usia 38 Tahun