Barcelona Mula Menurunkan Poster Dan Iklan Membabitkan Neymar

Perpindahan saga Neymar Jr. ke Paris Saint-Germain(PSG) semakin hampir menjadi kenyataan, hanya masa akan menjadi penentunya. Barcelona juga juga sudah mengambil langkah bagi menjauhkan diri dari Neymar.

Setakat berita ini dinukilkan Neymar masih pemain Barcelona, dalam masa beberapa hari lagi Neymar bakal menjadi pemain paling mahal dalam dunia dengan nilai perpindahan sebanyak £198 juta atau RM2.55 bilion (sengaja aku tak bundarkan jadi RM2.6 bilion).

Barcelona tanpa membuang masa kerana membazir itu amalan setan telah mengambil langkah dengan mencabut dan membuang poster promosi yang membabitkan Neymar dengan serta merta digantikan dengan gambar pemain lain.

Poster di stadium gergasi Catalan menampilkan Neymar bersama pemain Blaugrana yang lain memperagakan jersi baru Barcelona telah diturunkan dan diganti dengan poster baru tanpa kelibat Neymar.

https://twitter.com/oktranking/status/892825688868347904

Hanya yang tinggal Gerard Pique, Luis Suarez, Lionel Messi, Andres Iniesta dan Sergio Busquets di dalam poster tersebut.

Kedai rasmi Barcelona juga telah tidak menjual jersi nombor 11 yang dipakai oleh Neymar. Papan iklan promosi yang tertera gambar Neymar juga telah ditukar.

Gambar Neymar dibuang dari poster Gamper Trophy.

Papan iklan promosi yang tertera gambar Neymar juga telah ditukar.

Baca Juga

Baca Juga