Barcelona Sangat Berharap Agar Pique Mengumumkan Persaraannya Pada Penghujung Musim Ini

Barcelona dilaporkan sangat berharap agar Gerrard Pique mengumumkan persaraannya pada penghujung musim ini.

Gergasi Catalan itu berharap agar Pique akan mengumumkan persaraannya dalam usaha mereka untuk menjimatkan kelab dari segi pembayaran gaji.

Barcelona akan mampu menyelamatkan €80 juta andai Gerard Pique mengumumkan untuk bersara dan kerana itulah mereka kini meletakkan harapan yang tinggi agar pemain veteran itu memilih untuk menggantung bootsnya.

Gergasi Sepanyol itu masih bergelut dengan masalah kewangan dan hal itu sememangnya sudah berlanjutan sejak dua tahun lalu lagi.

Beberapa pemain telah dijual dengan nilai di bawah pasaran dan ada juga pemain yang terpaksa menerima cadangan pemotongan gaji pada musim lalu.

Barcelona bahkan tak mampu untuk melanjutkan kontrak pemain terhebat sepanjang zaman mereka, Lionel Messi atas masalah yang sama.

Hal itu menyebabkan Lionel Messi terpaksa berhijrah ke Perancis dan memulakan kariernya barunya bersama Paris Saint Germain.

Terbaru, menurut laporan dari RAC1, Barcelona kini sangat berharap agar pemain veteran mereka, Gerard Pique memilih untuk bersara, agar mereka akan mampu menyelamatkan ekonomi kelab.

Pihak kelab berharap agar tahun 2023 nanti mereka tidak perlu lagi membayar gaji Pique yang dianggap antara yang paling tinggi dalam skuad pada ketika ini.

Barcelona sendiri pada ketika ini sudah berhutang dengan pemain berusia 35 tahun itu dan hutang mereka dikatakan bernilai €50 juta.

Pique walau bagaimanapun tidak begitu bersungguh mendesak Barcelona untuk membayar hutang tersebut dan jelas sekali andai beliau kekal, hutang itu berpotensi untuk semakin bertambah.

Kontrak asal beliau bersama kelab tidak akan tamat sehingga 2024 nanti, maka agak sukar untuk melihat beliau berhijrah menyertai pasukan lain dalam tempoh 12 bulan ini.

Pique merupakan antara pemain terpenting Barcelona dan beliau antara yang paling berprestasi ketika mereka sedang bergelut pada musim ini.

Sepanjang musim ini, beliau telah membuat 39 penampilan dari semua pertandingan dan kekentalan beliau berjaya membantu Barca untuk mengakhiri saingan musim ini di kedudukan kedua.

Beliau kebiasaannya bermain dalam kesebelasan utama Barca bersama Ronald Araujo di posisi centre-back dan kedua-dua mereka berjaya mencipta gandingan yang sungguh menakjubkan.

Walaupun Barcelona pada ketika ini berdepan masalah kewangan, namun mereka sepertinya tetap mahu membuat beberapa penandatanganan pada musim panas ini.

Franck Kessie dan Andreas Christensen berkemungkinan akan sertai Barcelona sebagai pemain free ejen pada musim panas ini selepas kontrak kedua-dua pemain tersebut bersama kelab mereka tamat pada musim ini.

Barcelona juga turut sangat berminat mahu menandatangani Robert Lewandowski dari Bayern Munich dengan penyerang kebangsaan Poland itu bertekad mahu meninggalkan Allianz Arena musim panas ini.

Untuk memastikan mereka dapat mendaftarkan kesemua pemain ini, Barcelona jelas sekali perlu melakukan pengorbanan.

Mereka terpaksa menjual beberapa pemain dalam usaha untuk memastikan mereka akan mampu untuk mendaftarkan pemain yang akan ditandatangani pada musim panas nanti.

Frenkie de Jong merupakan antara pemain yang boleh Barca lepaskan kerana pemain midfield itu merupakan pemain sasaran Man Utd pada ketika ini.

Skuad setan merah yang kini dikendalikan oleh Erik Ten Hag sememangnya sangat berminat mahu mendapatkan khidmat De Jong dan mereka turut meletakkan pemain kebangsaan Belanda itu sebagai sasaran utama kelab.

Erik Ten Hag dan Frenkie de Jong sebelum ini pernah bekerjasama ketika karier mereka bersama Ajax sebelum ini.

Kerana pernah bekerjasamalah Ten Hag memilih Frenkie de Jong sebagai pemain sasaran utama beliau dengan beliau turut percaya pemain midfield itu mampu menyelesaikan masalah di Old Trafford pada ketika ini.

Barcelona tiada masalah untuk menjual De Jong, namun pemain itu sendiri pula seolah-olah tidak sanggup untuk ke Old Trafford pada musim panas ini.

Bukan hanya De Jong, Xavi sendiri sebenarnya turut berat hati mahu melepaskan pemain midfieldnya itu kerana beliau merasakan yang bekas bintang Ajax itu sebagai pemain terpenting dalam sistemnya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Penyokong Liverpool Mulakan Petisyen Mahu Penggantungan Ke Atas Messi Kerana Menumbuk Fabinho