Barcelona Sanggup Lepaskan Enam Pemain Untuk Dapatkan Martinez Dan Pjanic

Barcelona kini dalam usaha untuk mencari dana bagi mendapatkan Lautaro Martinez dan Miralem Pjanic musim panas ini.

Antara cara untuk mereka mendapatkan dana adalah dengan menjual atau menukar dua pemain itu dengan enam pemain sedia ada dalam skuad mereka sekarang.

Barcelona kini sedang mendahului Real Madrid dalam saingan La Liga dengan kelebihan dua mata. Mereka juga dalam perlumbaan untuk memenangi saingan Liga musim ini sekembalinya aksi La Liga bulan hadapan.

Bintang Inter Milan, Lautaro Martinez dan pemain Juventus, Miralem Pjanic menjadi sasaran utama Barcelona untuk memperkuat pasukan mereka bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Menurut laporan dari Mundo Deportivo, Barcelona perlu menjual enam pemain mereka musim ini untuk mendapatkan dana bagi membeli pemain yang mereka inginkan.

Menurut laporan sama, Arturo Vidal, Nelson Semedo, Jean-Clair Tobido, Junior Firpo, Moussa Wague dan Rafinha antara pemain yang ingin mereka lepaskan musim panas nanti.

Kedua-dua Vidal dan Semedo telah dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan, namun Antonio Conte’s tidak mahu urusan pertukaran pemain menjadi sebahagian dari urusan perpindahan ini.

Mereka sanggup membeli kedua-dua pemain itu dan mahu menjual penyerang utama mereka, Martinez dengan harga yang mereka inginkan.

Semedo pula dilaporkan sudah dalam perjalanan ke Juventus sebagai sebahagian dari urusan perpindahan yang melibatkan Pjanic, Mattia De Sciglio.

Terdapat laporan yang mengatakan Juventus akan menyerahkan Pjanic, Mattia De Sciglio serta wang tunai €25 juta untuk mendapatkan Semedo namun berita itu telah dinafikan oleh mereka.

Pemain pertahanan tengah itu turut dikaitkan dengan kebarangkalian beliau akan ditukarkan dengan Joao Cancelo dari Manchester City selepas melihat bekas bintang Juventus itu gagal untuk beraksi cemerlang di premier league.

Pemain pertahanan mereka Todibo kini sedang dipinjamkan ke Schalke dan pemain itu mempunyai klausa pelepasan bernilai £22 juta untuk pembelian tetap.

Namun pasukan dari Bundesliga itu sepertinya tidak mampu untuk membayar yuran perpindahan setinggi itu untuk mendapatkan khidmatnya secara tetap.

Pemain pertahanan berusia 20 tahun itu kini dikaitkan dengan perpindahan ke Everton dan the Toffees sendiri sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan Barcelona selepas urusan perpindahan pemain seperti Andre Gomes dan Lucas Digne.

Rafinha dan Wague juga kedua-dua kini sedang dipinjamkan ke Celta Vigo dan Nice pada musim ini. Kemungkinan kedua-dua mereka akan dibeli secara tetap oleh pasukan masing-masing penghujung musim nanti.

Akhir sekali Firpo yang baru sahaja menyertai Barcelona pada penghujung musim panas lalu dan kini Barcelona dilaporkan sanggup melepaskannya dengan nilai £25 juta.

Walaupun melepaskan enam pemain atau lebih hanya untuk mendapatkan dua pemain, pasukan kendalian Quique Setien pastinya akan tampil lebih hebat bersama Martinez dan Pjanic.

BACA:  Bacelona Siap Melepaskan Sesiapa Saja Kecuali Messi Dan Ter Stegen