Barcelona Sedang Dalam Usaha Untuk Membawa Kembali Bekas Bintang Mereka Ke Nou Camp

Barcelona kini sedang hangat dikaitkan dengan bakal membawa kembali seorang lagi bekas bintang mereka selepas sebelum ini dikaitkan dengan Alexis Sanchez pada Januari ini.

Masih banyak sebenarnya tugas yang perlu diselesaikan oleh Xavi sejak beliau kembali ke Nou Camp sebagai pengurus bagi menggantikan Ronald Koeman.

Beliau diharapkan akan dapat mengembalikan Barcelona di kedudukan selayaknya mereka selepas melalui dua musim yang sungguh suram.

Gergasi Catalan itu pada ketika ini sedang berada 18 mata di belakang pendahulu saingan La Liga yang juga seteru utama mereka, Real Madrid.

Barcelona pada ketika ini sedang berdepan dengan masalah kewangan yang teruk hingga menyebabkan mereka gagal untuk daftarkan Lionel Messi pada musim panas sebelum ini.

Walau bagaimanapun, mereka pada ketika ini dilaporkan sudah ada dana tambahan untuk dibelanjakan pada jendela perpindahan akan datang.

Dengan Sergio Aguero sudah mengumumkan persaraannya secara rasmi, kelab telah dikaitkan dengan beberapa pemain penyerang terbaik di benua Eropah.

Pierre Emerick Aubameyang, Edinson Cavani dan Alexis Sanchez antara nama-nama besar yang dikatakan bakal ditandatangani oleh Barcelona.

Walau bagaimanapun juga, Xavi sepertinya tidak hanya akan menumpukan kepada jentera serangan sahaja dengan beliau turut mahu memantapkan semula barisan pertahanan skuad.

Barcelona pada ketika ini sedang berunding dengan pemain pertahanan Marc Bartra untuk membawa beliau pulang ke Nou Camp.

Sport melaporkan yang Barca sedang dalam usaha mereka dan benar-benar serious untuk membawa semula bekas pemain pertahanan mereka itu ke kelab.

Bartra pada ketika ini sedang beraksi bersama Real Betis dan beliau kini sudah masuk musim ke empat bersama kelab dari Sepanyol itu.

Beliau juga merupakan nadi penting dalam sistem kendalian Manuel Pellegrini yang sering diturunkan dalam skuad utama.

Marc Bartra berjaya membantu skuadnya untuk mencatatkan 11 kemenangan dari 12 perlawanan terakhir mereka dalam saingan La Liga termasuk menewaskan Barcelona.

Beliau pada ketika ini bermain di posisi centre-back dan sememangnya menjadi antara pemain paling berprestasi kelab.

Bartra sendiri melihat Xavi sebagai mentor beliau sejak dari awal kariernya di Nou Camp dahulu dan ia jelas sekali bakal menjadi faktor utama untuk pemain berusia 30 tahun itu kembali sertai Barcelona.

Kontrak beliau bersama Real Betis juga akan tamat pada penghujung musim nanti, maka beliau boleh kembali ke Nou Camp sebagai pemain bebas ejen pada musim panas akan datang.

Barcelona pada musim ini sudah mencatatkan 19 bolos dalam saingan La Liga sahaja, dengan mereka tiga kali ditewaskan dengan keputusan 3-0 ketika aksi peringkat kumpulan saingan Champions League.

Tiga kekalahan memalukan itu menyebabkan Barcelona terpaksa akur untuk tersingkir dari saingan Champions League musim ini, dan bakal beraksi di pentas Europa League.

Pemain pertahanan kelab, Clement Lenglet dihentam teruk ketika aksi terakhir dalam saingan Champions League, yang mana beliau ketika itu dilihat sedang ketawa riang bersama Lewandowski.

Para peminat menganggap yang Lenglet sebenarnya tak menghormati kelab dan kerana itulah beliau masih mampu untuk tersenyum riang walau skuadnya baru sahaja tersingkir dari pertandingan utama Eropah itu.

Selain itu, Barcelona juga sedang berdepan masalah besar untuk melepaskan Samuel Umtiti pada ketika ini, dengan beliau dianggap beban utama kelab.

Barcelona sukar untuk melepaskan Samuel Umtiti dari kelab

Maruah Samuel Umtiti seolah-olah dipijak selepas ada kelab gergasi di benua Eropah yang menganggap Barcelona sekadar bergurau ketika menawarkan bintang Perancis itu kepada mereka.

Wakil dari kelab tersebut sempat berfikir yang Barcelona sebenarnya sekadar bergurau menawarkan Samuel Umtiti kepada mereka dalam satu perjumpaan yang dilakukan baru-baru ini.

Kelab yang dimaksudkan itu adalah Benfica dengan mereka seolah-olah tidak percaya Barcelona berani menawarkan Umtiti kepada mereka, selepas melihat keadaan bekas bintang Lyon itu.

Samuel Umtiti tidak dinafikan lagi merupakan pemain yang dianggap beban terbesar Barcelona pada ketika ini dan kerana itu jugalah Benfica menganggap tak masuk akal untuk mereka mendapatkan khidmatnya.

Umtiti hanya turun beraksi sekali sahaja sepanjang musim ini dengan beliau beraksi selama 90 minit ketika aksi terikat 2-2 bertemu Osasuna hujung minggu lalu.

Beliau juga pada ketika ini dianggap sebagai beban utama Barcelona dengan pihak kelab berdepan kesukaran untuk melepaskan Umtiti.

Terdapat satu kisah yang tular baru-baru ini, yang membuktikan betapa sukarnya gergasi Catalan itu untuk melepaskan bekas pemain Lyon itu dari kelab.

Menurut sumber laporan SPORT, ketika wakil Barcelona menyebut nama Umtiti sebagai pemain yang boleh ditandatangani, kelab yang mendengar tawaran tersebut bertanya semula kepada wakil Barca adakah beliau bergurau tentang hal itu.

Benfica sebelum ini pernah dikaitkan dengan pemain berusia 28 tahun itu, namun pada ketika ini, mereka sudah tidak berminat sama sekali untuk mendapatkan khidmatnya lagi.

Bebanan gaji Umtiti dirasakan sangat berat dengan Benfica jelas sekali tidak sanggup untuk menanggung beban membayar gaji yang tinggi kepada pemain yang selalu dibelenggu masalah kecederaan.

Dek kerana tidak ada kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya, maka Barcelona perlu mencari jalan lain untuk melepaskan bintang Perancis itu.

Satu-satunya cara untuk Barcelona melepaskan Umtiti pada ketika ini adalah dengan membatalkan kontrak beliau yang akan tamat dua tahun dari sekarang itu.

Kontrak Samuel Umtiti bersama kelab akan berakhir pada 2023 nanti dengan beliau dipercayai menolak untuk menerima cadangan pemotongan gaji bernilai £208,000 seminggu dari kelab.

Barca sebelum ini membayar £20 juta untuk mendapatkan Umtiti pada tahun 2016 yang lalu, dengan beliau kini sudah membuat 83 penampilan dari dua musim pertamanya di Nou Camp.

Beliau kemudiannya lebih kerap memanaskan bangku simpanan, berbanding diturunkan untuk beraksi di atas padang.

Antara sebab beliau sering diketepikan adalah kerana sering dibelenggu masalah kecederaan dan turut tidak berada di tahap kecergasan terbaik untuk bermain.

Pemenang dua kali gelaran La Liga itu sebelum ini tidak digemari oleh bekas pengurus Barca, Ronald Koeman dan beliau juga sepertinya berdepan masalah sama di bawah kendalian Xavi Hernandez.

Bukan hanya kelab sahaja yang mahu melepaskan Umtiti, dengan para penyokong juga turut sama naik tidak mahu melihat bintang Perancis itu terus berada di Nou Camp.

Para penyokong menggesa pihak kelab supaya melepaskan Samuel Umtiti walau dengan apa cara sekalipun, asalkan beliau tidak lagi menjadi sebahagian dari Barca.

Beliau pernah kena boo teruk oleh para penyokong ketika beraksi dalam perlawanan merebut Joan Gamper Trophy bertemu Juventus pada Ogos lalu.

Beliau bahkan turut tidak terlibat dengan pemain lain ketika sesi mengambil hadiah kerana menangis di dalam bilik persalinan.

Beliau juga pernah berdepan situasi yang mana segelintir penyokong menghadang keretanya dengan salah seorang dari mereka memanjat bonet kereta Umtiti ketika beliau mahu keluar meninggalkan padang latihan.

Ketika ada kelab yang menganggap Barcelona bergurau kerana menawarkan Umtiti, maka ia sebenarnya satu petanda yang sangat tidak baik.

Umtiti harus sedar yang banyak kelab lain tidak berkenan dengan cara permainan beliau dan beliau haruslah sedar diri untuk tidak meminta gaji yang terlalu tinggi.

Beliau mungkin perlu terima sahaja tawaran pemotongan gaji dari Barcelona, dan mempamerkan aksi persembahan terbaiknya agar mendapatkan semula kepercayaan dari penonton.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ansu Fati Meraikan Gol Dengan Berlari Mencari Doktor Yang Merawatnya