Barcelona Sedia Membayar £132 Juta Untuk Coutinho

Barcelona yang kini bersedia membelanjakan £132 juta(RM736.40 juta) untuk mendapatkan pemain Liverpool power this is our year, Philippe Coutinho yang menjadi buruan dan dambaan pada perpindahan musim sejuk bulan Januari ini.

Laporan dari akhbar Sepanyol, The Sports mendakwa bahawa gergasi La Liga itu harus meletakkan harga yang lebih kurang mereka belanjakan ketika mendapatkan Ousmane Dembele yang sebanyak £136 juta untuk memikat Coutinho.

Pemain perancang Liverpool itu sudah tegedik-gedik dan tidak sabar untuk menyertai Barcelona pada musim panas yang lalu, namun bidaan yang dibuat kelab Catalan sebanyak tiga kali telah ditolak dan nilai bidaan terakhir adalah £119 juta.

Liverpool mencuba sehabis daya serta bermati-matian mempertahankan Coutinho daripada menyertai Barcelona, namun itu semua tidak dapat mengubah kehendak Barcelona untuk mendapatkan bekas pemain Inter Milan itu.

Jangan kau pergi, usah kau pergi,,,

Berdasarkan laporan The Sport juga yang menyatakan bahawa ejen yang mewakili Coutinho telah bertemu dengan pihak Barcelona untuk membincangkan dan menyelesaikan syarat-syarat peribadi serta merancang ‘serangan’ bagi membuatkan Liverpool melepaskan Coutinho.

Ejen Coutinho sudahpun mengadakan rundingan dengan Barcelona sejak Jun lalu bagi memastikan pemain itu menikmati £10.6 juta(RM57.82 juta) semusim untuk tempoh lima tahun dan gaji yang bakal diterima Coutinho adalah sekitar £200,000 (RM1.09 juta) seminggu.

Akhbar yang popular di Sepanyol itu juga mendakwa bhawa Barcelona sedia untuk membayar yuran sebanyak £132 juta secara ansuran dan mereka sangat yakin bakal membawa pemain berusia 25 tahun itu ke bumi Catalan.

Pada perpindahan musim panas yang lalu, Coutinho sendiri telah meminta berpindah daripada Liverpool yang sentiasa melaungkan ‘This Is Our Year’ saban tahun untuk beberapa dekad. Coutinho dipercayai masih berminat untuk ke Sepanyol.

Ini bukanlah kali pertama berita tentang Countinho dan Barcelona akan bersatu, namun semuanya mungkin.

Baca Juga

Baca Juga