Barcelona Sudah Bercakap Dengan Calon Pengganti Ronald Koeman

Barcelona dilaporkan sudah bersedia untuk memecat Ronald Koeman dengan mereka ketika ini sudah bercakap dengan Roberto Martinez berkait tawaran untuk menguruskan Barcelona.

Laporan terbaru dari media Sepanyol itu menyatakan yang Barca benar-benar mahu melantik Martinez sebagai pengganti untuk Ronald Koeman.

Gergasi Catalan itu dilaporkan sudah memutuskan untuk memecat Koeman selepas melihat prestasi dan persembahan semasa skuad pada ketika ini.

Goal mendakwa yang Presiden kelab, Joan Laporta sangat meminati Martinez yang kini sedang bertugas sebagai pengurus untuk skuad kebangsaan Belgium.

Pengurus berusia 48 tahun itu berhasrat untuk kekal bersama Belgium sehingga tamat kempen Piala Dunia 2022 di Qatar, namun beliau bersedia untuk menjadi pengurus Barca andai di tawarkan.

Barcelona walau bagaimanapun perlu menyediakan pampasan berbilai €1.5 juta untuk memastikan hal tersebut menjadi kenyataan.

Wakil kelab telah menghubungi Martinez berkait minat mereka dan Koeman dipercayai sudah tahu akan nasib beliau di Nou Camp pada ketika ini.

Seri bertemu Granada dan Cadiz telah meninggalkan Barcelona di kedudukan ketujuh dalam carta La Liga pada ketika ini, dengan mereka tujuh gol dibelakang pendahulu, Real Madrid.

Di antara pertemuan kedua-dua perlawanan sebelum ini, Koeman dilihat bersikap aneh dalam sidang media yang mana beliau langsung tidak menjawab persoalan yang ditanya oleh pihak media.

“Kelab pada ketika ini bersama saya sebagai pengurus, dalam situasi untuk bina semula. Kedudukan kewangan kelab berhubung dengan aktiviti sukan, dan sebagainya.”

Jelas bekas pengurus Everton itu.

“Ini bermaksud kami sebagai satu pasukan perlu bina semula pasukan bola sepak tanpa perlu melibatkan pelaburan dana yang besar.”

“Semua ini perlukan masa. Bakat muda hari ini berkemungkinan akan menjadi bintang besar dalam tempoh beberapa tahun lagi.”

“Dalam usaha untuk bina semula pasukan ini, ia bermaksud pemain muda perlu mendapatkan peluang, seperti Xavi dan Iniesta ada ketika era mereka. Tapi, kita semua perlu bersabar.”

“Tambahan pula, berada di kedudukan teratas dalam saingan La Liga merupakan kejayaan yang besar, ini merupakan sekolah bola sepak terbaik untuk semua bakat hebat ini.”

“Namun dalam saingan Champions League, kita tidak boleh jangkakan keajaiban. Kekalahan bertemu Bayern Munich perlu diambil berat.”

“Proses yang sedang kita lalui sekarang, staff dan pasukan, berhak sokongan dari kata-kata dan perbuatan.”

Beliau jelas langsung tidak menjawab segala persoalan yang dilontarkan kepadanya, melainkan dengan memberi kenyataan untuk melindungi dirinya sendiri.

Koeman tidak habis-habis menjelaskan tentang perancangan beliau, dan cuba meyakinkan semua orang yang rancangan beliau sudah berjalan dan hampir sempurna.

Selain dari itu, beliau sama sekali tidak menjelaskan apa-apa atau menjawab sebarang soalan lain dari pihak media.

Masa depan beliau sebelum ini dikatakan samar-samar dan selepas pihak kelab bercakap dengan calon penggantinya, sepertinya Koeman bakal bercerai dengan Barca dalam tempoh terdekat ini.

Sumber: SB

BACA:  El Clasico: Barcelona 1-2 Real Madrid