Barcelona Tawarkan Griezmann Kepada City Untuk Dapatkan Empat Pemain Pilihan Mereka Dari Etihad

Barcelona sedang berusaha untuk menghantar Antoine Griezmann ke Manchester City dalam usaha mereka untuk mendapatkan salah seorang daripada empat pemain dari Etihad untuk di bawa ke Nou Camp.

Ia merupakan salah satu usaha dari Barca untuk mengajak City membuat pertukaran pemain, dengan memberikan Griezmann kepada Pep dan ditukarkan dengan salah seorang dari empat pemain pilihan mereka.

Gergasi Catalan itu perlu mengurangkan perbelanjaan mereka dari sudut pembayaran gaji dan satu-satunya jalan terbaik adalah melepaskan Antoine Griezmann.

Bintang Perancis itu ditandatangani dari Atletico Madrid pada 2019 lalu dengan yuran perpindahan bernilai £100 juta dan untuk mengaut keuntungan dari penjualan semula pemain itu adalah sangat mustahil pada ketika ini.

Ia bermaksud Barcelona perlu melakukan rundingan pertukaran pemain yang melibatkan bekas bintang Atletico Madrid itu.

Radio Catalunya telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa Manchester City telah dihubungi oleh Barcelona untuk membincangkan tentang hal tersebut.

Barcelona telah menamakan Riyad Mahrez, Raheem Sterling, Bernardo Silva atau Aymeric Laporte sebagai empat pemain yang mereka minat.

Pep Guardiola sementara itu telah menyatakan yang beliau tidak berminat dengan bintang berusia 30 tahun itu dan mahu kekalkan kesemua pemain itu dalam skuadnya.

Sterling dan Mahrez kebiasaannya akan bermain di posisi sayap, dan Aymeric Laporte pula merupakan nadi di posisi pertahanan bersama Ruben Dias dan John Stones.

Bernardo Silva hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan Manchester City pada musim panas ini walaupun beliau boleh dianggap sebagai pemain paling terkenal di Etihad Stadium.

City memenangi gelaran premier league dan Carabao Cup pada musim lalu namun mereka terlepas peluang untuk menjulang kejuaraan Champions League pertama kelab selepas tewas dalam aksi perlawanan akhir bertemu Chelsea.

Manchester City turut kehilangan legenda terhebat sepanjang zaman kelab, Sergio Aguero yang telah menandatangani perjanjian bersama Barcelona, selepas meninggalkan Etihad sebagai free ejen.

Ia bermaksud Griezmann sepertinya tidak mungkin akan beraksi dalam saingan premier league pada musim hadapan memandangkan tak ada kelab yang sanggup untuk menggunakan khidmatnya.

Kepulangan semula ke Atletico Madrid berkemungkinan untuk berlaku dengan Barcelona mahu menukarkan beliau dengan pemain midfield, Saul Niguez.

Griezmann pernah beraksi bersama Atletico Madrid selama lima tahun di bawah kendalian Diego Simeone dengan pengurus dari Argentina itu masih ada kepercayaan terhadap bekas pemainnya itu.

Beliau dalam satu temu bual bersama Marca telah mendedahkan bahawa:

“Saya ada hubungan yang sangat baik, hubungan yang sangat indah atas dasar kesukanan, anak saya sendiri turut berkawan dengan anak dia.”

“Oleh yang demikian, selepas apa yang telah beliau lakukan untuk Atletico, saya mahu dia lakukan yang terbaik bersama Barcelona, dia seorang pemain yang sungguh menakjubkan.”

“Saya harap dia dapat temui semula rentak permainan dia ketika dalam saingan Euro, Piala Dunia, seperti lima tahun bersama kami. Saya tak harap benda lain selain dari mahu melihat kejayaan dia bersama Barcelona.”

“Kami sudah bercakap dengan kelab, masih ada bahagian perlu diperbetulkan dalam skuad, kami perlukan penyerang. Pemain lain akan datang kalau ia bukan Griezmann. Pihak kelab akan memutuskan apa yang terbaik untuk kelab.”

Barca sehingga kini masih belum mendaftarkan pemain seperti Aguero, Eric Garcia dan Memphis Depay ekoran dari masalah terlebih perbelanjaan mereka.

Barcelona mahu bawa pemain yang tak terima pemotongan gaji ke mahkamah

Barcelona dilaporkan bersedia untuk mengheret pemain mereka sendiri ke mahkamah jika ada kalangan mereka yang menolak untuk menerima cadangan pemotongan gaji.

Terdapat segelintir pemain Barca yang menolak untuk menerima pemotongan gaji menjelang bermulanya musim baharu ini dan pihak kelab tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Masalah kewangan Barca dilaporkan berada di tahap yang agak teruk pada ketika ini, dan pihak kelab baru-baru ini telah memberi amaran kepada para pemain yang gaji mereka semua akan dipotong.

Presiden La Liga, Javier Tebas telah memberi amaran bahawa jika Barca tidak melakukan hal tersebut, maka mereka tidak akan dibenarkan untuk menandatangani penandatanganan terbaru seperti Sergio Aguero, Memphis Depay dan Eric Garcia.

Menurut laporan sama juga, Lionel Messi secara terbuka sudah bersetuju untuk menerima pemotongan gaji, dengan 50% dari gaji asalnya akan dikurangkan.

Griezmann ketika kariernya bersama Atletico Madrid

Walau Messi telah bersetuju untuk menerima pemotongan gaji dalam rundingan kontrak barunya, namun keadaan ekonomi kelab pada ketika ini telah menangguhkan lagi tempoh urusan tersebut.

Pengurangan gaji Messi seorang diri tidak cukup untuk menyelamatkan keadaan dengan pihak kelab mahu memotong gaji lebih ramai pemain mereka sebelum 15 Ogos ini.

Tarikh tutup untuk mereka lakukan itu adalah pada minggu yang mana akan bermulanya aksi saingan La Liga musim 2021/22.

Menurut sumber laporan dari Mundo Deportivo, pihak kelab telah memberi amaran kepada sesiapa sahaja pemain yang menolak pengurangan gaji, maka tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka.

Akhbar tempatan Sepanyol itu turut menyatakan yang pemain seperti Gerard Pique, Sergio Busquets dan Sergi Roberto kesemuanya sudah bersetuju untuk menerima pemotongan gaji mereka.

Jordi Alba dinamakan sebagai salah seorang pemain berpengalaman yang menolak untuk menerima pemotongan gaji dan mahu tetap menuntut jumlah seperti yang tertulis dalam kontraknya.

Hal itu sedikit mengejutkan Presiden kelab, Joan Laporta memandangkan hubungan beliau dengan Jordi Alba adalah sangat baik.

Laporta dilaporkan sangat berharap kesudian Messi untuk menerima pemotongan gaji akan memberi dorongan kepada semua pemain lain untuk mengikuti jejak langkahnya.

Beliau juga berharap para pemain akan sudi untuk menerima pemotongan gaji tersebut walau tidak sebanyak seperti yang dilakukan oleh Messi.

Tindakan apa yang sebenarnya akan diambil oleh pihak kelab atau bagaimana keberhasilan dari tindakan undang-undang yang mahu mereka ambil masih belum didedahkan dalam laporan tersebut.

Namun begitu, agak tidak menarik untuk melihat sebuah kelab seperti Barcelona perlu sampai melakukan tindakan mengugut para pemain mereka berkait hal pengurangan gaji.

Ia kerana pihak kelab sebelum ini sudah memotong gaji para pemain mereka ketika awal wabak pandemik melanda dunia, dan kini mereka mahu sekali lagi melakukan hal sama dengan cara paksaan.

Sumber: SB

BACA:  Griezmann Bantai Pengadil Kerana Terlalu Manjakan Liverpool