Barcelona vs Chelsea : Mampukah Messi Menghapuskan Badi Menentang Chelsea?

Sudah tertulis dan sudah suratan takdir bahawa Chelsea telah diundi untuk bertemu Barcelona dalam round of 16 di kejohanan kelab paling berprestij di dunia, Champions League yang kini sudah memasuki pusingan kalah mati.

Perkara positif paling besar yang dimiliki Chelsea dalam pertemuan dengan kelab Catalan ini adalah badi atau sumpahan yang melanda pemain paling hebat di alam semesta, Lionel Messi ketika berdepan kelab dari London tersebut.

Untuk rekod, Lionel Messi gagal menjaringkan sebarang gol walaupun sebiji ketika menentang Chelsea dalam 8 perlawanan terdahulu. Dalam 8 pertemuan pemain berusia 30 tahun itu gagal menjaringkan gol dalam 29 percubaan.

Yang paling diingati, Messi juga gagal menjaringkan penalti di Nou Camp pada separuh akhir pusinga kedua musim 2011/12. Ini merupakan rekod terburuk Messi ke atas satu kelab dalam kerjayanya yang penuh gemilang.

Dalam perlawanan separuh akhir tersebut, Chelsea berjaya menyingkirkan Barcelona dengan agregat 3-2. Chelsea berjaya menjadi pasukan dari London yang pertama menjulang trofi Champions League selepas menewaskan Bayern Munich di penentuan sepakan penalti di perlawanan akhir.

Kelab Catalan itu mempunyai rekod yang sangat bagus menentang pasukan Premier League di pusingan kalah mati, mara sebanyak 6 kali dalam 7 pertemuan dengan kelab Inggeris dan gagal mara hanya sekali ketika menentang Chelsea.

Perlawanan pertama Messi menentang Chelsea dalam kaiernya pada musim 2005/06, di mana Messi berjaya membantu Barca menang dengan agregat 3-2 pada pusingan 16 terbaik dan menewaskan Arsenal di perlawanan akhir.

Kedua-dua pasukan ini sekali lagi bertemu dalam saingan musim 2006/07 apabila berada dalam kumpulan yang sama, di mana Chelsea menang 1-0 di Stamford Bridge hasil jaringan Didier Drogba sebelum seri 2-2 dalam perlawanan kedua.

Chelsea dan Barcelona juga bertemu sesama mereka di separuh akhir musim 2008/09. Barcelona berjaya mara ke perlawanan akhir selepas Andres Iniesta menjaringkan gol pada minit ke-93 perlawanan.

Akhirnya Messi kini mendapat peluang kembali untuk memperbaiki rekod tersebut apabila bakal bertemu Chelsea di bawah kendalian Antonio Conte dalam dua perlawanan Champions League Februari tahun hadapan.

“Badi sungguh la jupo Chelsea” Kata Messi | Foto : Mirror

Lionel Messi kini terus menjadi inspirasi pasukan Barcelona di bawah Ernesto Valverde di mana mereka berada di puncak La Liga dengan rekod 15 perlawanan tanpa kalah.

Adakah Messi akan berjaya mencecah jaring Chelsea dan menghapuskan badi? Atau Messi akan terus berpegang dengan kata-kata keramat Lagenda bola sepak dunia ini untuk menyedapkan hati?

“Kalau bola tu dah tak nak masuk, buat macam mana pun takkan masuk” The Legendry Sir Lord.

Baca Juga

Baca Juga