Barnes: Klopp Akan Tandatangani Saya Jika Dapat Jaringkan Gol Menentang Manchester City

Penyerang Burnley, Ashley Barnes mendedahkan beliau ada menerima mesej dari Jurgen Klopp menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City malam ini.

Barnes mendedahkan Klopp mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dengan harapan Burnley mampu mencuri mata dari Manchester City apabila melayan kunjungan pasukan tersebut di gelanggang sendiri malam nanti.

Klopp memberi kata-kata semangat kepada Barnes untuk mencari gol menentang City malam ini !

Barnes menambah lagi Klopp secara berseloroh berkata kepadanya yang beliau mungkin akan menandatangani beliau jika mampu menjaringkan gol dalam perlawanan itu nanti seterusnya memberi kelebihan kepada Liverpool dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Liverpool masih berada di kedudukan teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 2 mata ke atas Manchester City selepas mengharungi 36 perlawanan. Namun begitu, anak buah Pep Guardiola mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan berpeluang merampas kembali tempat teratas jika berjaya meraih 3 mata penuh menentang Burnley malam nanti.

Jika Burnley mampu mencuri mata, ia sebenarnya sudah cukup untuk memberi kelebihan kepada Liverpool dalam perebutan kejuaraan liga. Bagi merealisasikan perkara tersebut, Barnes memberitahu Klopp ada berhubung dengannya untuk memberi kata-kata semangat bagi mencari jalan untuk menewaskan Manchester City.

Peminat Liverpool turut menukar profile picture dengan gambar Barnes kerana yakin pemain itu akan membantu Liverpool !

“Saya ada menerima beberapa mesej dari peminat Liverpool yang membuat jenaka mengenai perkara ini, tetapi semuanya baik-baik belaka. Ia akan menjadi kemenangan yang bermakna jika kami berjaya menewaskan Manchester City.”

“Klopp juga ada menghantar mesej kepada saya yang mana beliau berkata akan menandatangani saya jika saya berjaya menjaringkan gol. Jadi saya mungki akan berpindah !”

“Ia akan menjadi detik yang penuh bermakna jika saya mampu menjaringkan gol dan kami berjaya memperolehi kemenangan. Seluruh pasukan ini akan masuk dalam lipatan sejarah Liverpool jika kami dapat membantu mereka.”

Untuk rekod, Barnes memiliki rekod yang cukup baik apabila bermain menentang pasukan-pasukan besar dimana musim ini beliau berjaya menjaringkan gol ketika menentang Arsenal, Tottenham, Chelsea, dan Manchester United. Barnes juga berjaya menemui jaring ketika menentang Manchester City dan Liverpool musim lepas.

“Ini adalah perlawanan yang saya tunggu-tunggu. Perlawanan yang saya mahu terlibat. Saya suka bermain menentang pasukan besar.”

Barnes terkenal sebagai big game player

“10 dari 31 gol saya dalam Liga Perdana Inggeris datang ketika saya bermain menentang pasukan besar. Ia merupakan statistik yang baik buat saya. Saya boleh bermain dalam apa jua perlawanan, kerja saya cuma mencari cara untuk menjaringkan gol.”

“Saya bertuah kerana kebanyakan gol saya datang ketika bermain menentang pasukan besar. Saya cuma mahu menunjukkan kemampuan saya dan saya berharap saya sudah melakukannya.”

BACA:  Al-Ittihad Teruskan Perbincangan, Yakin Salah Mahu Tinggalkan Liverpool