Bas Timnas Indonesia Dilempari Batu Oleh Penyokong Vietnam

Drama perlawanan Vietnam menentang Indonesia berlarutan di luar padang apabila bas yang membawa Timnas Indonesia telah di baling oleh batu oleh penyokong Vietnam ketika bas tersebut mahu berlepas pulang dari stadium My Dinh, Hanoi.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua yang penuh drama Indonesia berjaya mengikat Vietnam 2-2 selepas perlawanan berlarutan ke masa tambahan dan Indonesia layak dengan agregat 4-3. Kekalahan ini mungkin menyebabkan rasa tidak puas hati penyokong Vietnam.

Melalui laman Instagram Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) telah mengesahkan bahawa Doktor pasukan, Syarif Alwi dan Pembantu jurulatih, Gatot Prasetyo mengalami kecederaan.

Tahap kecederaan yang dialami kedua-dua mangsa belum dapat dipastikan. PSSI juga telah melaporkan kejadian tersebut kepada AFF untuk tindakan lanjut.

Baca Juga

Baca Juga