Bastian Schweinsteiger Kembali Ke Skuad Utama Manchester United?

Bastian Schweinsteiger yang disejuk beku dari skuad utama setelah Mourinho hadir ke Old Trafford bakal kembali ke skuad utama Manchester United? Schweinsteiger telah kembali menyertai latihan bersama pasukan utama.

Schweinsteiger telah mengalami tempoh yang sukar dan duka di Manchester United sejak Jose Mourinho mewarisi takhta pengurus dari sifunya Louis Van Gaal. Schweinsteiger telah disisihkan oleh Mourinho dan hanya berlatih bersama skuad simpanan sahaja.

Pemain Bangsa J (JERMAN) berusia 32 tahun itu sememangnya tiada dalam rancangan jangka panjang Setan Merah ditambah pula dengan gambar rasmi kelab yang dikeluarkan dengan ketiadaan kelibat Schweinsteiger dan Piala FA dalam gambar tersebut mengukuhkan lagi bahawa sememangnya beliau tidak diperlukan lagi oleh Si Setan Merah.

bastian-schweinsteiger-ashley-young-manchester-united
Saat Bahagia Schweinsteiger Bersama United. Mungkinkah Kebahagiaan Bakal Kembali? Sesungguhnya Kebahagiaan Adalah Hak Milik Setiap Insan.

Bagaimanapun perjalanan karier suram Schweinsteiger mungkin berubah jika Mourinho menawarkan talian hayat untuk beliau di mana United sekarang sedang mengalami Ejakulasi Pramatang.

Manchester United melalui laman Twitter rasminya telah memuat naik gambar sesi latihan skuad utama di Carrington pada isnin dan kelihatan kelibat Schweinsteiger bersama Rooney di situ telah menimbulkan persoalan adakah Schweinsteiger bakal kembali ke skuad utama?

Kepulangan Schweinsteiger ke skuad utama mungkin menjadi kenyataan kerana di kala ini Mourinho sememangnya memerlukan suntikan semangat dan inspirasi dari pemain berpengalaman di tengah padang setelah Rooney digugurkan maka Schweinsteiger yang berpenglaman luas mungkin mampu menggalas peranan itu.

Minggu hadapan mungkin Schweinsteiger bakal kembali untuk membantu United mencatat kemenangan setelah mengharungi 4 perlawanan tanpa menang di liga. Jika bukan kerana jadual perlawanan yang padat mungkin Mourinho dan pemainnya menghadiri seminar Azizan Osman untuk mengembalikan sumber inspirasi.

Baca Juga

Baca Juga