Batshuayi Dikecam Kerana Menunjukkan Makna Sebenar Memanaskan Bangku Simpanan

Disebalik senyummu sembunyi seribu lara, begitulah kisah disebalik kekalahan Chelsea kepada West Ham United yang memberi kemenangan pertama kepada Moyes dan kedua kepada The Hammers.

Penyerang Chelsea, Michy Batshuayi yang berada di bangku simpanan mencuri tumpuan ketika Chelsea ketinggalan seawal minit ke-6 perlawanan apabila menunjukkan makna sebenar memanaskan bangku simpanan.

Ketika siaran langsung di televisyen, kamera telah menalakan lensa ke arah Batshuayi yang ketika itu asyik meletakkan botol pemanas dimukanya dan perilaku Batshuayi itu tular dan seperti biasa mengundang kecaman.

Nyaman, nikmat dan gurih

Tindakan seperti itu tidak pernah berlaku dan dilakukan oleh pemain profesional sebelum ini tetapi kini bola sepak sudah memasuki era moden. Maka salahkah Batshuayi hingga dikecam?

Menurut laporan kaji cuaca seperti yang dilaporkan BBC, suhu di London ketika perlawanan adalah sekitar 4 darjah celcius namun kecam tetap kecam. Korang orang Malaysia ke suka kecam?

Mereka sedar cuaca sekarang sangat sejuk tetapi mereka tetap menanggap tindakan Batshuayi meraut wajahnya dengan botol pemanas itu dan meletakkan di celah paha satu tindakan keterlaluan bagi pemain Profesional.

Tidak dikecam. Selamat

Antonio Rudiger juga dilihat menggunakan botol pemanas tersebut tetapi yang mendapat kecaman adalah Batshuayi. Kesian.

Malah ada yang membayangkan apakah yang akan ditutur oleh Roy Keane jika mengetahui perkara ini. Tetapi itulah makna memanaskan bangku simpanan yang sebenar.

Kalau main dengan AC Milan pasti Batshuayi sudah ditempeleng oleh Gattuso.

Gantung 50 perlawanan.

Memalukan

Baca Juga

Baca Juga