Bayern Leverkusen Troll Manchester United dan Peminatnya

Akaun Twitter Bayer Leverkusen dengan sinisnya telah mengusik peminat Manchester United yang kini jauh berada jauh di belakang Liverpool dalam carta Liga Perdana musim ini.

Peminat United sendiri mengusik Leverkusen kerana sekadar mampu berada di tempat kelima dalam carta Bundesliga.

Tetapi pentadbir akaun twitter milik kelab Jerman itu bersedia untuk sebarang fitnah atau berkemungkinan di pecat dengan Tweet:

“Pasukan anda secara terang-terangan 38 mata di belakang pendahulu liga dan anda datang ke sini untuk membahas perkara ini?”

United kini menderita berada di kedudukan kelapan dalam saingan Liga Perdana. Lebih memeritkan lagi seteru utama mereka Pasukan Liverpool selesa berada di puncak Liga dengan mendahuli 22 mata di hadapan Manchester City.

Peminat kagum dengan tindak balas yang cepat dari twitter mereka dan memuji pentadbir akaun twitter Leverkusen kerana kecerdasan mereka.

Ini bukan kali pertama Leverkusen mengusik pasukan dari Liga Perdana dan peminatnya.

Berikutan kekalahan 7-2 Tottenham Hotspur di tangan Bayern Munich pada Oktober, mereka mengejek Spurs dan mencadangkan agar pasukan Spurs harus mencuba untuk terlibat di dalam sukan yang lain.

Leverkusen lebih megah apabila pasukannya baru sahaja memperoleh kemenangan 4-3 yang begitu mendebarkan ke atas Borussia Dortmund pada hari Sabtu lalu.

Perlawanan antara Leverkusen dengan Dortmund begitu menghiburkan para peminat dengan aksi yang cukup menarik.

Tetapi tumpuan lebih ke arah aksi mengagumkan yang ditunjukkan oleh Emre Can yang menjadi watak penting dalam jentera tengah pasukan Dortmund.

Pemain Jerman itu membuat debut pertamanya selepas perpindahan dari Juventus. Dan aksi beliau pada malam debutnya sangat mantap lalu menjadikannya satu hari yang tak mungkin dilupakan oleh beliau sendiri.

Dortmund tewas dalam aksi perlawanan yang penuh dramatik dan kejar mengejar antara kedua pasukan dan Leverkusen berjaya menundukkan mereka dengan keputusan akhir empat gol berbalas tiga.

Kalau kita lihat twitter Leverkusen mereka memang aktif dan selalu memuat naik Status yang menghiburkan peminat. Tapi tak sangka pulak mangsa usikan mereka kali ini Manchester United.

Jaga-jaga United dah ada Bruno dan Ighalo sekarang. Tunggu masa je diorang nak kejar balik kedudukan untuk layak ke Champions League.

Baca Juga

Baca Juga