Carlo Ancelotti kini sah telah dipecat oleh Bayern Munich sejurus tiba di Munich selepas tewas tiga gol tanpa balas kepada kelab dari Perancis, Paris Saint-Germain di Champions League.
Penceraian dengan cara baik dan penuh beradab antara Bayern Munich dan Carlo Ancelotti di umumkan secara rasmi oleh Bayern Munich melalui satu kenyataan media yang dibuat melalui laman sesawang Bayern.
Presseerklärung: FC Bayern trennt sich von Carlo Ancelotti. https://t.co/hcibg8SzlS pic.twitter.com/D5VXNl22Kv
— FC Bayern München (@FCBayern) September 28, 2017
Maka benarlah amaran yang dikeluarkan oleh CEO Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge bahawa tindakan akan diambil selepas kekalahan di kaki PSG dan perkara ini juga diulangi dalam kenyataan media tersebut.
“Prestasi pasukan sejak musim baru bermula gagal dicapai seperti apa yang diharapkan. Permainan di Paris menunjukkan bahawa kami perlu menanggung akibat.”
“Kami telah mengadakan satu perbincangan terbuka dan serius dan memberitahu Ancelotti kepeutusan kami” Ujar Karl-Heinz Rummenigge.
Selepas memberitahu Ancelotti yang beliau dipecat, Karl-Heinz Rummenigge menulis ayat standard bagi menjaga hati.
“Aku berterima kasih kepada Carlo Ancelotti atas kerjasaman dan menyesali atas keputusan yang dibuat. Carlo kawan aku dan akan kekal berkawan tetapi keputusan secara profesional harus dibuat.”
Mengenai pengganti Carlo Ancelotti, terdapat beberapa nama yang disebut seperti pengurus Hoffenheim, Nagelsmann dan bekas pengurus Borussia Dortmund, Thomas Tuchel. Pembantu jurulatih Willy Sagnol bakal mengambil alih tugas Ancelotti seperti mana yang terjadi pada 2016 di mana beliau menjadi pengganti sementara Pep Guardiola.
Beberapa lagi jurulatih dari Italy yang bersama Ancelotti iaitu Davide Ancelotti, Giovanni Mauri, Francesco Mauri dan Mino Fulco turut dilepaskan.
Kekalahan Bayern Munich kepada PSG jika dilihat pada mata kasar tidak terlalu teruk tetapi kekalahan itu merupakan kekalahan terbesar Bayer Munich di peringkat kumpulan Champions League dalam tempoh 21 tahun.
It has been a great honour to form part of Bayern’s history. I would like to thank the Club, the Players and it's amazing fans. #MiaSanMia pic.twitter.com/oZ7mLllers
— Carlo Ancelotti (@MrAncelotti) September 28, 2017
Ancelotti berjaya merangkul gelaran Bundesliga dalam debutnya bersama Bayern Munich pada musim lalu tetapi tersingkir di Champions League di suku akhir kepada Real Madrid dan tewas kepada Borrusia Dortmund di separuh akhir DFB Pokal.
Pada musim ini Bayern memulakan musim baru liga dengan tidak bergaya. Selepas enam perlawanan Bayern mengalami satu kekalahan, satu seri, sekaligus berada ditangga ketiga liga dibelakang Dortmund dan Hoffenheim.