BBC Mohon Maaf Selepas Perkataan “Manchester United Are Rubbish” Tertera Di TV

British Broadcasting Corporation (BBC) News telah membuat permohonan maaf selepas perkataan “Manchester United Are Rubbish” atau “Manchester United Adalah Sampah” tertera di kaca televisyen ketika laporan berita keudarakan.

Semua sedia maklum apa yang terjadi kepada Manchester United musim ini dengan prestasi hambar teruk serta huru-hara yang berterusan sehingga ke penghujung musim.

Seperti memerah limau nipis, garam dan cuka ke luka, kejadian tidak disengajakan terjadi di stesen penyiaran kebangsaan menambah kepedihan hati penyokong Setan Merah.

Penonton pantas menyedari paparan berita (Ticker news) tidak enak itu muncul di bahagian bawah skrin dengan berita ‘menghina’ Manchester United ketika berita melaporkan kemenangan pusingan pertama Cam Norrie di Terbuka Perancis.

Dalam sekejapan masa, kesilapan paparan ini terus menjadi sensasi di media sosial dengan tangkap layar mula dimuat naik lalu perkongsian terus dilakukan kerana kesilapan kelakar ini.

Pada awalnya ramai sangsi dengan kesahihan tangkap layar ini dan ada yang percaya bahawa ini semua adalah palsu dan hanya suntingan tangan-tangan nakal sahaja.

Namun British Broadcasting Corporation (BBC) menyedari mereka telah melakukan satu kesilapan besar dan terus membuat permohonan maaf secara langsung dan memadamkan kesangsian ramai.

Sebenarnya adalah satu hakikat bahawa Manchester United musim ini adalah sampah tapi tidak wajar bahasa tidak sopan itu digunapakai oleh penyiar berita kebangsaan. Buat borak kedai kopi boleh la.

Lantaran itulah British Broadcasting Corporation (BBC) membuat permohonan maaf kepada penyokong Manchester United yang sudah pasti tersinggung serta akan teruk dibahan lagi.

“Sebelum ini, sesetengah daripada anda mungkin telah perasan sesuatu yang agak luar biasa pada paparan (Ticker) yang tertera di bahagian bawah skrin ketika berita keudara tentang perkatan mengenai Manchester United dan saya harap peminat Manchester United tidak tersinggung dengannya.” Jelas hos berita itu.

Hos berita itu kemudian menjelaskan bahawa ia adalah disebabkan oleh seorang pelatih yang mempelajari sistem itu dan sekali lagi memohon maaf atas kejadian itu.

Ada yang berpendapat bahawa tindakan BBC memohon maaf kerana bercakap benar adalah sesuatu yang gila kerana semua orang tahu kebenarannya ketika ini.

Pasukan Premier League paling kelakar musim ini, Manchester United menamatkan musim 2021/22 dengan kegagalan yang penuh gemilang apabila terus mencatatkan kekalahan walaupun pada hari terakhir liga.

Crystal Palace memberikan Manchester United kekalahan terakhir yang merupakan kekalahan yang ke-12 musim ini selepas mencatatkan prestasi buruk sejak bulan April.

Dalam 9 perlawanan terakhir Manchester United hanya mencatatkan 2 kemenangan dari 9 perlawanan dengan 5 kekalahan dan 2 seri yang terus memadamkan impian Champions League mereka.

Musim lalu, Manchester United merupakan pasukan naib juara dibelakang Manchester City dengan meraih 74 mata dari 21 kemenangan, 11 seri dan 6 tewas. 57 gol 57 bolos.

Musim ini Manchester United menamatkan liga di tangga ke-6 dengan mengumpul 58 mata dari 16 kemenangan, 10 seri dan 12 tewas. 73 gol 44 bolos.

Kemerosotan yang amat parah dan teruk dipamerkan selepas melakukan penambahan pemain bintang di dalam pasukan seperti Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho.

Penambahbaikan yang diperlukan oleh Manchester United di awal musim ini adalah seorang pemain tengah bertahan namun pemain posisi lain pula dibawa masuk.

Di awal musim juga, Manchester United dilihat sebagai pencabar apabila memegang gelaran naib juara dan dijangka memberi saingan sehingga penghujung musim.

Manchester United juga diramal tidak berdepan masalah untuk menamatkan musim sekurang-kurang dikedudukan slot empat teratas.

Namun sebaliknya terjadi apabila hampir saja beraksi di liga persidangan pada musim hadapan namun terselamat dan menjadi pasukan pelengkap jadi serta badut yang menghiburkan di liga.

Maka ungkapan “Manchester United Are Rubbish” atau “Manchester United Adalah Sampah” adalah tepat dan benar namun tidak sesuai dan tidak sopan digunakan di stesen penyiar kebangsaan.

BACA:  Sheikh Jassim Jumpa Levy Pertimbang Beli Tottenham Dan Balas Dendam Terhadap MU