Beberapa Pemain Sporting CP Tamatkan Kontrak Lebih Awal Kerana Masalah Dalaman Kelab

Kemelut yang melanda kelab Portugal, Sporting CP semakin meruncing apabila beberapa pemain senior kelab tersebut mengikut jejak langkah penjaga gol mereka, Rui Patricio dengan meminta  kebenaran untuk menamatkan kontrak lebih awal dengan kelab berkenaan.

Seramai 4 pemain termasuk Bas Dost dan William Carvalho mahu menamatkan kontrak mereka dengan Sporting CP berikutan musim yang penuh bergelora di hadapi kelab dari Portugal tersebut musim lepas.

Rui Patricio menjadi pemain pertama angkat kaki dari Sporting CP berikutan kontroversi yang melanda kelab tersebut

4 pemain tersebut adalah Bas Dost,  William Carvalho, Gelson Martins, dan Bruno Fernandes merupakan pemain terbaru yang mahu meninggalkan kelab tersebut dengan memohon penamatan kontrak lebih awal.

Mereka ini juga merupakan pemain yang mempunyai nilai tinggi dalam pasaran perpindahan dan kehilangan mereka tanpa sebarang yuran perpindahan sudah tentu akan menjejaskan kantung kewangan kelab tersebut.

4 pemain tersebut mengikut jejak langkah penjaga gol Portugal, Rui Patricio yang paling awal meminta pelepasan dari kontraknya awal bulan ini.

Sporting CP menamatkan kempen Primeira Liga 2017/2018 di kedudukan ke-3, sekali gus terlepas slot untuk beraksi di Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan. Beberapa isu luar padang telah menjejaskan prestasi pasukan dalam kancah domestik dan juga Eropah musim lepas dimana mereka bersaing dalam Europa League.

Kekalahan di tangan Atletico Madrid dalam aksi suku akhir Europa League menyebabkan presiden kelab Sporting CP menggantung 19 orang pemain. Brutal

Presiden kelab berkenaan, Bruno De Carvalho mencetuskan kontroversi awal April lalu apabila menggantung seramai 19 orang pemain Sporting CP berikutan kekalahan mereka di tangan Atletico Madrid dalam aksi pertama suku akhir Europa League.

Penyokong Sporting CP menjadikan keadaan lebih parah apabila segelintir dari mereka bertindak menyerang pemain dan staff dalam satu sesi latihan bulan lalu berikutan keputusan buruk yang dicatatkan pasukan.

Presiden Sporting CP ada mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung serangan tersebut tetapi gagal meredakan keadaan kerana beliau tidak seratus peratus berada di belakang pasukan.

“Ia agak menyakitkan hati tetapi esok adalah hari baru. Kita harus sedar jenayah merupakan sebahagian dari kehidupan seharian kita dan ia mesti dihukum di tempat yang betul dan pada masa yang betul.” Ujar presiden Sporting CP ketika mengulas mengenai serangan peminat terhadap pemain mereka sendiri.

Gelson Martins jadi sasaran Arsenal dan Liverpool. Sape tak mahu barang free

Berikutan pemergian Patricio dan ketua jurulatih Jorge Jesus, 4 pemain terdiri daripada Dost, Carvalho, Martins, dan Fernandes mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut dan telah menfailkan notis kepada ‘Portuguese Securities Market Commission’ yang mereka mahu menamatkan kontrak dengan Sporting CP.

Mereka mengaktifkan klausa ‘just cause’ iaitu diserang di tempat kerja sebagai alasan untuk menamatkan kontrak mereka lebih awal dari sepatutnya.

William Carvalho menjadi sasaran pasukan seperti Everton dan West Ham manakala Gelson Martins dilaporkan telah menarik minat Arsenal dan Liverpool.

BACA:  Friendly Match: Portugal 4-0 Israel