Beckham: United Tidak Seteruk Liverpool

MANCHESTER – Bekas pemain Manchester United, David Beckham yakin bahawa kelab itu tidak akan menjadi seperti Liverpool yang mengambil masa lama untuk memenangi gelaran Liga Perdana England.

United berjaya memenangi liga buat kali terakhir ketika zaman bimbingan bekas pe­ngurus, Alex Feguson pada tahun 2012 yang mana pengendali kelahiran Scotland itu berjaya memintas rekod Liverpool dengan merakamkan trofi Liga Perdana England ke-20 buat kelab gergasi England tersebut.

Liverpool pula mereka masih belum berjaya mendapatkan trofi tersebut dalam tempoh 25 tahun dan Beckham yang pernah memenangi Liga Perdana England sebanyak enam kali ketika bersama United, yakin bahawa bekas pasukannya tidak akan senasib dengan The Reds.

“Saya tidak melihat perkara itu akan berlaku. Malah, saya tidak pernah terfikir bahawa kami akan berupaya untuk memenangi beberapa piala.

“Sudah tentu berlaku perubahan (dalam United) tetapi saya optimis bahawa United tidak akan mengikuti jejak langkah Liverpool yang masih gagal untuk memenangi Liga Perdana England dalam tempoh yang lama,” ujarnya. – Agensi

Baca Juga

Baca Juga