Bekas Direktor Akademi Dedah Punca Sebenar Arsenal Lepaskan Harry Kane

Bekas Direktor Akademi Arsenal, Liam Brady mendakwa tindakan untuk melepaskan Harry Kane daripada akademi adalah kerana beliau terlalu ‘chubby’ ketika itu.

Walaubagaimanapun, Brady mengakui tindakan yang diambil Arsenal berkenaan Kane adalah satu kesilapan besar.

Melihat kepada status dan prestasi yang dipamerkan Kane bersama Tottenham beberapa tahun kebelakangan ini, Arsenal pastinya menyesal dengan tindakan mereka melepaskan Kane ketika pemain tersebut masih berusia 8 tahun.

Bintang Spurs ini dianggap antara penyerang terbaik dunia ketika ini dan hampir pasti dilantik menjadi kapten pasukan England ketika Piala Dunia di Russia 2018.

Menangis air mata darah pon tidak akan dapat mengembalikan kenangan ini

Kane pernah berkata tindakan Arsenal melepaskannya ketika beliau baru berusia 8 tahun telah menjadikan beliau sangat bersemangat untuk berjaya.

Kane turut mengakui semangatnya menjadi berkobar-kobar setiap kali Spurs berhadapan Arsenal dalam North London Derby.

Walaupun belum pernah memenangi sebarang kejuaraan bersama Spurs setakat ini, beliau telah berjaya memenangi anugerah peribadi.

Beliau adalah pememang kasut emas sebanyak dua kali dan telah menjaringkan lebih 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris ketika berusia 24 tahun.

Once a Gunners, always a Gunners. Kane ketika sambutan kemenangan liga awal 2000

Bekas Direktor Akademi Arsenal, Liam Brady berkata kesilapan telah dilakukan pihaknya ketika membuat keputusan mengenai masa depan Harry Kane di Akademi Remaja Arsenal ketika itu.

“Harry Kane sangat ‘chubby’ ketika itu dan tidak atletik. Tetapi kami silap. Walaupun demikian, Tottenham juga pernah meminjamkan beliau ke kelab liga bawahan sebanyak 3 atau 4 kali sebelum ini.”

“Dengan usaha keras beliau, Kane berjaya membina karier yang sangat hebat. Dan beliau berhak merasai kejayaan yang dikecapi beliau sekarang.”

Status Kane telah melangkui Liga Perdana Inggeris dan beliau kini dianggap setanding dengan pemain ternama Eropah yang lain.

“Pemain muda ini mempunyai satu sikap yang mana beliau sentiasa mahu menjadi lebih bagus. Selepas Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Robert Lewandowski, pemain selepas itu adalah Kane.”

“Jumlah jaringan beliau menunjukkan mengapa beliau berhak berada di situ. Tambahan pula, beliau baru berusia 24 tahun.”

Buffon bakal menangis malam ini

Hampir 20 tahun peristiwa itu kini, Harry Kane sudah pun berusia 27 tahun dan membina reputasi yang gah sebagai pemain penyerang terbaik dunia walaupun bersama Spurs yang sendu, hidup segan mati tak mahu.

Berapa banyak pun jumlah gol yang dijaringkan oleh Kane bersama Spurs tiada trofi untuk dijulang dan paling hampir pun tewas di perlawanan akhir.

Harry Kane kini dipersimpangan delima untuk keluar daripada Spurs demi mengejar cita-cita seorang pemain bola sepak dan mencapai tahap yang lain dengan kehebatan yang ada pada dirinya.

Harry Kane telah membuat satu pendedahan bahawa beliau mahu mencapai tahap seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo serta tidak mampu menyembunyikan lagi keinginannya untuk menjulang trofi.

Selepas perlawanan menentang Aston Villa di Stadium Tottenham Hotspur, Harry Kane secara berseorangan berjalan mengelilingi padang sambil bertepuk tangan tanda terima kasih kepada penyokong.

Riak wajah Harry Kane tampak begitu beremosi dengan mata berkaca seolah-olah bukan sahaja mengucapkan terima kasih tetapi mengucapkan selamat jalan.

Kini Manchester United, Chelsea dan Manchester City antara pasukan dari premier league yang sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Jika Kane mahu terus kemarau trofi boleh je join Arsenal balik. Kane kan bakal singel and available.

BACA:  Real Madrid dan Ronaldo Sah Berpisah Kerana Curang Untuk Bersama Juventus