Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan kepada dunia betapa padunya sundulan beliau yang sentiasa diasah dengan teknik yang betul sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak handalan.
Sundulan tajam yang tidak boleh dibawa bincamg dengan lonjakkan setinggi mungkin yang tidak mampu dicabar lawan menyaksikan gawang lawan dirobek begitu saja.
Pemain Juventus ini merupakan seorang pemain sayap lincah lagi bijak ketika menaikkan kerjayanya bersama Manchester United.
Selepas meninggalkan Setan Merah, pemenang Ballon d’Or sebanyak 5 kali itu tanpa jemu telah meningkatkan mutu lalu menjadi sangat berbahaya ketika di udara.
Seorang bekas penyerang, Tony Cascarino yang pernah beraksi bersama Gillingham, Millwall dan Chelsea berpendapat Ronaldo merupakan pemain paling hebat ketika bola diudara.
Bekas pemain Chelsea yang mungkin ramai peminat Chelsea pun tak kenal.
Tony Cascarino yang kini merupakan seorang kolumnis juga telah mendedahkan teknik yang membuatkan Ronaldo mampu menyundul sedemikian rupa hebatnya dalam tulisannya di The Times.
“Jarak tandukan ketika Ronaldo menjaringkan gol sangat luar biasa dan Adol(Nama Manja Ronaldo) sangat bekerja keras untuk menukar gaya permainan dari seorang pemain sayap lincah yang menaikkan namanya ketika bersama Manchester United.”
“Pemain Portugal berusia 35 tahun ini telah membawa sundulan kepada tahap yang padu dan telah menguasai pelbagai jenis sundulan ketika pemain lain sudah berasa sangat bertuah jika bagus dalam satu atau dua jenis tandukan.”
Ketika masih bermain Tony Cascarino mempunyai kelebihan dalam melakukan tandukan dan tidak ramai yang lebih bagus berbanding beliau semasa bermain di England.
“Kualiti terbaik ketika masih bermain adalah tandukan dan tidak ramai yang lebih baik dari aku ketika aku bermain di England.”
“Tetapi Ronaldo berada dalam kelas tersendiri dan berada di tahap tertinggi dalam bola sepak.”
“Aku pernah jelaskan sebelum ini bahawa terdapat banyak cara berbeza ketika menanduk sama seperti melakukan sepakan.”
“Dengan kepala kau boleh tanduk ke kiri, ke kanan, dengan bahagian depan kepala atau bahagian atas.”
“Adol menanduk seperti hayunan kayu gol yang sempurna, semuanya bergerak seiringan dan ketika semuanya sempurna peluang tipis la kaun nak hentikan Adol.”
Tony Cascarino juga memuji dan mengagumi Ronaldo dalam usahanya untuk menajamkan tandukan yang memerlukan Ronaldo menguatkan bahagian badan tertentu.
“Bentuk badan Adol banyak berubah tahun demi tahun dan Adol banyak menghabiskan masa menguatkan bahagian atas badan.”
“Bahagian atas badan yang kuat mampu membuat Adol melonjakkan badannya ke udara pada posisi yang betul untuk menyundul.”
“Kekuatan bahagian paha sangat penting untuk melonjak tinggi. Aku mempunyai badan yang kurus tapi peha yang bapak besar untuk tubuh aku.”
“Adol mempunyai peha yang nampak besar secara natural kerana Adol telah berkerja keras untuk memantapkan pahanya. Paha memainkan perang penting untuk mendapatkan lompatan yang tinggi.”
Ronaldo sememangnya terkenal dengan kerja keras dan tidak mengenal penat lelah, jika tidak mana mampu bermain diperingkat tertinggi pada usia 34 tahun. Penghujung karier bagi seorang pemain penyerang apatah lagi sayap.
Tidak ramai pemain di posisi Ronaldo mampu meneruskan kecemerlangan pada usia itu.
Cristiano Ronaldo Mempunyai Fizikal Yang Menyerupai Mereka Yang Berusia 20an
Semasa menjalani pemeriksaan perubatan bersama Juventus keadaan fizikal pemain paling sensasi dan kacak dalam sejarah bola sepak,Cristiano Ronaldo dilihat hampir sama dengan fizikal mereka yang berusia 20-an.
Telah tersebar luas bahawa kondisi fizikal Ronaldo selepas menjalani perubatan di J Medical :
1. Lemak Badan : 7% berbanding pemain profesional lain yang secara purata mempunyai 10-11% lemak.
2. Jisim Otot : 50% dan purata bagi atlet profesional lain adala 46%.
3. Pemain paling laju di Piala Dunia 2018 dengan kelajuan 33.98km/j
Cristiano Ronaldo's physical state has been compared to a 20 year old after his Juve medical.
Body fat: 7% (10-11% is avg w/pros)
Muscular mass: 50% (46% is avg w/pros)
Ran 33.98km in World Cup, fastest in the entire tournament— Matteo Bonetti (@BonettiESPN) July 23, 2018
Ketua pasukan Portugal itu yang kini berusia 33 tahun yang sangat menitik berat menjaga badan telah mengakui perkaran ini.
“Secara biologinya aku seakarang berumur 23 tahun.”
—-
“I am now biologically 23 years old.”
Turut didedahkan adalah kandungan lemak badan Ronaldo yang hanya ada 7% sahaja. Jika dibandingkan dengan pemain bola sepak yang lain secara purata mereka mempunyai kandunga lemak sekitar 10 atau 11%
Badan Ronaldo juga terbina dan terbentuk dengan begitu sado dengan jisim otot sebanyak 50% dan sekali lagi dibandingkan dengan pemain Profesional biasanya jisim otot mereka tidak akan melebih 46% sahaja.
Diet Yang Gila
Luis Lavrador, yang merupakan Chef pasukan kebangsaan Portugal telah mendedahkan amalan diet Ronaldo ikuti selama ini yang Sangat dicemburui oleh pemain lain dan membuatkan Ronaldo muda 10 tahun berbanding umur di Kad Pengenalan Portugal.
“Cristiano Ronaldo memimun minuman isotonik yang istimewa yang diadun dengan kandungan gula yang sedikit dan dicampur dengan karbohidrat untuk menggalakan rintangan, elektrolit dan vitamin B12 untuk melawan keletihan.” Ujar Lavrador.
“Diet Ronaldo sangaT kaya dengan protin dan meminum Wine sekali sehari dan memakan pelbagai jenis ikan yang merupakan makanan kegemaran Ronalda, buah-buahan segar, bijirin, salad dan daging panggang.”
Dah kaya raya tapi Ronaldo menghadkan dan menjaga pemakanan beliau dengan gila sekali. Korang rasa korang boleh buat?
Azam nak kurus dari umur 30, sekarang dah 50 tak kurus-kurus. Ye dok?