Bekas pemain Newcastle United, Cheick Tiote yang kini beraksi bersama pasukan divisyen kedua Liga China, Beijing Enterprises meninggal dunia selepas rebah ketika sesi latihan pada usia 30 tahun.
Tiote yang baru menyertai pasukan Beijing Enterprises 4 bulan yang lalu dikejarkan ke hospital pada jam 6 petang (waktu tempatan) selepas rebah ketika latihan. Tiote dikejarkan ke hospital dan pada pukul 7, Tiote disahkan meninggal.
Kematian pemain Ivory Coast itu disahkan melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh ejennya Emanuele Palladino. Tiote meninggalkan Newcastle United pada Februari lalu selepas 6 tahun setengah bersama. Kematian Tiote nyata mengejutkan dunia bola sepak.
“Dengan kesedihan yang amat mendalam, saya mengesahkan bahawa Cheick Tiote telah meninggal selepas rebah ketika latihan bersama kelab Beijing Enterprises,”
“Kami tidak boleh mengeluarkan kenyataan lanjut ketika ini dan kami memohon supaya menghormati privasi keluarga Tiote dalam mengharungi saat yang sukar ini,”
“Kami memohon doa dari anda semua.” Ujar Emanuele Palladino.
Beijing Enterprises juga mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan peristiwa ini :
“Pada 5 Jun, jam 6 petang, Tiote telah rebah dan tidak sedarkan diri ketika latihan. Beliau segera dikejarkan ke hospital dan meninggal pada jam 7 petang.”
Tribute Kepada Tiote
Dunia bola sepak yang terkejut dengan kematian Tiote terus menzahirkan penghormatan kepada pemain tersebut.
Goodbye Tioté, goodbye to a true professionalhttps://t.co/cyjlHRxWVq
— Rafa Benitez Web (@rafabenitezweb) June 5, 2017
Deeply sad to hear the news about Cheick.. One of my favourite teammates.. My thoughts are with his family. pic.twitter.com/FvS6TdDctP
— Tim Krul (@TimKrul) June 5, 2017
??? may Allah gives grant you jannah brother Tiote ???
— Demba Ba (@dembabafoot) June 5, 2017
Goodnight brother, You will be missed. My heart goes out to his family. Gone too soon #RIPcheiktiote
— Papiss Demba Cisse (@CissePapiss) June 5, 2017
Detik Yang Sentiasa Diingati Bersama Newcastle
Pemain tengah dari Ivory Coast itu membuat 156 penampilan bersama Newcastle selepas diikat dari kelab Belanda, FC Twente dengan harga £3.5 juta pada 2010. Tiote hanya menjaringka satu gol sepanjang kariernya bersama Magpies.
Tetapi gol tunggal tersebut terus kekal abadi diingatan penyokong Magpies kerana gol cantik dan padu itu merupakan gol penyaamaan ketika Newcastle seri menentang Arsenal 4-4. Dan Newcastle telah memuat naik video tersebut di laman Twitter.
We'll never forget you, Cheick. ⚫️⚪️ pic.twitter.com/c8aO6EyW5w
— Newcastle United FC (@NUFC) June 5, 2017
Tiote juga mewakili Ivory Coast di Piala Dunia 2010 di Africa Selatan dan 2014 di Brazil. Tiote juga telah membantu Ivory Coast muncul juara Africa Cup of Nations pada 2015.
Sumber : Daily Mail