Bekas Pemain Perak Dan Harimau Malaya Didakwa Ceroboh Bilik Hotel Didiami Isteri Orang

Seorang bekas pemain Perak dan skuad kebangsaan dikhabarkan menceroboh bilik hotel yang didiami isteri orang.

Perkara itu difahamkan kini sedang disiasat oleh pihak polis dan mangsa dipercayai berada di dalam trauma akibat kejadian.

Insiden itu mulai tular apabila selepas ianya didedahkan oleh salah sebuah portal sukan yang berkongsi tangkap layar kenyataan dipercayai suami mangsa di media sosial mengenai kejadian itu.

View this post on Instagram

A post shared by CakapSukan (@cakapsukan)

“Terima kasih kepada semua yang membantu isteri saya sebelum ketibaan saya di Kuala Lumpur. Hanya Allah yang mampu membalasnya…” tulis suami mangsa yang turut tidak didedahkan identitinya.

“Tapi untuk si pesalah, dah tiba masa untuk mendapat habuan yang setimpal apabila dia [pesalah] bertindak menceroboh bilik hotel dan bertindak agresif terhadap bini aku sehingga trauma.

“Tiada maaf bagi mu ex Malaysia dan Perak.

“Bila aku dah nekad nak proceed ke mahkamah ….. duduklah kau dalam tahanan lokap sementara.

“Kau amat dikenali di kaca tv dan dalam padang,” tulis suami mangsa.

Berdasarkan perkongsian foto oleh suami mangsa, laporan polis dipercayai telah dilakukan di Balai Polis Kelana Jaya di Petaling Jaya, Selangor.

Kes tersebut kedengaran serius. Sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan butiran kejadian membabitkan bekas pemain itu.

Jadi usahlah kita membuat sebarang spekulasi sehingga perkara yang sebenar-benanrnya didedahkan.

Baca Juga

Baca Juga