Bekas Pemilik Kelab EPL Gelar CEO Man United, Richard Arnold, Sebagai Bodoh dan Lurus Bendul

Bekas pemilik kelab Crystal Palace, Simon Jordan, telah menggelarkan bahawa CEO Man United, Richard Arnold adalah seorang yang bodoh dan lurus bendul selepas perbualannya tentang kisah dalam kain kelab Syaitan Merah tersebut ditularkan oleh penyokong.

Arnold bersetuju untuk bertemu dengan beberapa orang penyokong di sebuah pub bagi membincangkan hala tuju kelab yang pernah menguasai bola sepak Inggeris suatu ketika dahulu. Sebelum itu, penyokong-penyokong tersebut telah merancang untuk melakukan tunjuk perasaan di hadapan rumah Arnold.

Dalam video tersebut, CEO Man United telah mengkritik keadaan semasa kelab dan bercakap secara jujur dan ikhlas.

Dia telah menerangkan bahawa keadaan Man United sekarang ini ibarat satu mimpi ngeri dan mendakwa dia tidak rasa bangga dengan kedudukan semasa kelabnya. Selain itu, dia juga meluahkan rasa risaunya tentang masa depan kelab yang telah dibakar dengan wang ringgit.

Walaupun video tersebut mendapat pujian segelintir penyokong, kelab secara rasminya dilaporkan berasa kesal dan kecewa kerana perbualan antara CEO mereka dan penyokong telah dirakam tanpa pengetahuannya dan ditularkan di atas talian – terutamanya selepas Arnold meminta penyokong untuk tidak merekodkannya.

Di kaca mata Jordan, pengakuan Arnold menunjukkan betapa dia adalah seorang yang lurus bendul.

“Penyokong tidak mahu dengar daripada kau, diorang nak dengar apa yang kau cakap benda yang diorang nak dengar – ada beza tu tuan-tuan,” ujar bekas pemilik Palace itu di talkSPORT.

“Aku tak akan sebut apa yang dia cakap, aku tak kata yang aku risau macam mana benda ni akan dikendalikan di masa depan.

“Benda yang kau cerita kat orang tu adalah benda yang kau tak akan kongsi di medan umum.

“Kau tu kepala Manchester United dan kau tak patut cakap ‘aku risau la macam mana nak hadap benda ni nanti’, kau patut tahu macam mana kau akan hadap benda ni nanti.

“Cabaran yang kau hadap adalah kalau kau nak beritahu penyokong Man United ni yang kau perlukan pelabur untuk dapatkan dana baiki stadium dan kau guna Tottenham sebagai contoh…

“Kalau aku ni penyokong Man United, aku terus bagi atas muka lah dan cakap, ‘Keluarga Glazer tu dah ambik £1.5 billion untuk bayar riba dan dividen sepanjang 15 tahun, kenapa diorang tak berhenti kaut duit macam tu dan kelab tak perlu pergi menghadap pelabur untuk bina stadium’.

“Roman Abramovich dulu dia macam nak jadi cari modal untuk buat stadium di Chelsea dengan cara meminjam duit, semua orang ingat dia akan guan duit dia sendiri untuk buat stadium tapi sebenarnya tak.

“Dia kulu kilir pergi cari duit daripada orang lain.

“Tak salahpun pinjam duit, tapi dalam kisah Manchester United ni, penyokong United akan terus balas lah – ‘Kau dah sedap ambik £1.5 billion buat bayar riba selama 17 tahun, bayar hutang yang tak patut kau buat pun untuk kelab ini patutnya’, jadi aku fahamlah perasaan diorang tu macam mana.”

Selepas memberikan komen tentang butiran pertemuan tersebut, Jordan bercakap tentang pertemuan itu pula dengan mengatakan walaupun ia dirakam secara sembunyi, United dan Arnold tidak patut rasa serabut apabila video itu disebarkan.

“Richard Arnold duduk dalam satu pertemuan, kalau kau bodoh sangat, takde telur, sangat lurus bendul dan kau fikir yang apa yang kau cakap nanti tak akan diketahui oleh orang ramai sama ada ada orang rakam atau penyebaran mulut ke mulut – kau dah kenapa?” sambung Jordan lagi.

“Apa masalah kau? Matanglah sikit! Kau masuk satu bilik, kau ada di kalangan orang awam, realistik lah sikit. Kenapa Manchester United nak bengang dengan benda sikit [cerita bocor] ni? Ini apa yang boss besar diorang fikir ke?

“Dalam dunia sebenar, kau orang jual kau beli, lepas tu, dah!

“Diorang ni [penyokong Manchester United] tak nak sangat pun sembang-sembang ni, diorang nak jawapan yang diorang nak dengar.

“Diorang nak orang beritahu diorang bahawa keluarga laknat Glazer ni akan berambus, diorang orang kelab beritahu diorang yang Glazer ramai-ramai ni akan beli stadium baru tanpa kesan yang buruk, diorang nak orang beritahu diorang bahawa United akan menang liga!

“Aku rasa jawapan dia [Arnold] tu okay je, jadi dia kena tunaikan lah. Yang kau nak merengek sangat ni kenapa? Nak nangis kenapa? Kenapa Man United tak gembira?”

Rakan Jordan, Ally McCoist dan Jamie O’Hara di dalam temu bual ini turut bertuju bahawa Arnold patut diam dan teruskan hidup macam biasa.

Malah mereka turut memberikan pujian dengan mengatakan bahawa apa yang Richard Arnold lakukan boleh jadi satu perkara yang positif dan membantu menjernihkan kembali hubungan antara penyokong dengan kelab.

“Sebenarnya bagus untuk PR [public relation] dan Man United boleh ambil kesempatan,” ujar McCoist, bekas penyernag Scotland.

Kenyataan ini disambut oleh O’Hara yang berkata,”Aku tak rasa temubual tu teruk. Dia sekadar menjadi jujur dan terbuka pasal benda ni.

“Diorang ada perpecahan yang besar. Kalau kau tengok kepada kelab yang berjaya, para penyokong, CEO dan pengurus serta pemilik – semuanya bergerak pada arah yang sama.

“Tapi United, diorang saling menarik ke arah yang berlainan.”

Nota : Susah juga sebenarnya nak terjemah mat saleh British cakap guna slang dia. Banyak benda kena google translate. Kalau terjemahan tu tak kena dengan tekak korang, minta maaf la yek. Kalau nak tengok video, cari di talkSPORT.

BACA:  Carrick Alami Kemurungan Selepas Tewas Dalam Final UCL 2009 Kepada Barcelona