Bekas Pengurus Chelsea Bakal Berlumba di Rally Dakar

Andre Villas-Boas kini dalam usahanya untuk menukar kerjaya daripada seorang pengurus bola sepak yang power kepada seorang pelumba kereta Rally dan beliau dilihat serius meninggalkan dunia bola sepak.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur dan Chelsea itu bakal mengambil bahagian dalam perlumbaan rally paling hebat di alam semesta, Rally Dakar dan tidak pasti di Planet Nameck ada perlumbaan seperti ini.

Ketika kerjayanya sebagai pengurus bola sepak, Villa Boas dilihat sebagai pengurus muda yang berpotensi dan bakal menjadi pengurus bola sepak seterusnya mencipta kisah klasik untuk masa depan. Segalanya hancur di Chelsea.

Villa-Boas yang kini berusia 40 tahun telah mula serius dalam kerjaya barunya selepas melepaskan jawatan sebagai pengurus di Shanghai SIPG pada bulan November yang lalu.

Sebagai pengurus bola sepak mungkin agak kekok bagi Villa-Boas untuk mengharungi perlumbaan yang penuh 9berliku lagi beralun itu. Namun beliau bakal membuktikan kehebatannya jika berjaya mengharungi perlumbaan off-road (tutup jalan) sejauh 5,500 batu itu.

“Pelumbaan bermotor sentiasa mengalir dalam darah aku dan menjadi keghairahan aku sejak kecil lagi, bukan macam kau ghairah tengok blue!” Jelas Villa-Baos.

Villa-Baos telah menjadikan kegemilangan Enzo Ferrari sebagai sumber inspirasinya dan sanggup mengambil risiko dalam perlumbaan yang telah menamatkan 70 nyawa sejak 1978.

“Korang pun tahu, kemalangan boleh terjadi tetapi kau terima jela dan teruskan hidup.Enzo Ferrari pernah berkata, ‘kau korbankan segalanya tanpa ragu-ragu demi memenuhi kegilaan ini.'”

Bekas pengurus bola sepak itu bakal memandu jentera Toyota Hilux dalam perlumbaan selama 15 hari itu yang bakal bermula di Peru, Sabtu ini. Perlumbaan bukanlah satu bidang yang asing dalam waris-waroh Villa-Baos cuma beliau menempa nama dalam bidang bola sepak.

Bapa Saudaranya merupakan seorang pelumba Rally Dakar antara tahun 1982 hingga 1984 yang menggunakan format perlumbaan sebenar yang lebih mecabar sebelum diubah. Maka tidak hairanlah darah pelumba ada dalam dirinya.

Villa-Baos merupakan seorang penonton tegar setiap perlumbaan Formula One (F1) atau perlumbaan kereta jika diadakan di bumi Portugal ketika beliau masih kecil dan beliau masih menyimpan tiket perlumbaan.

Beliau berlumba untuk ‘Race for Good’ yang menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran ramai kepada Ace Afrika yang merupakan sebuah organisasi yang aktif membuat kerja kebajikan.

Rally Dakar memerlukan komitmen yang tinggi dan AVB tidak memandang ringan perlumbaan ini dengan menyewa sebuah khemah dikedudukan 13,000 kaki dari aras laut sebagai latihan menyesuaikan diri dengan altitud tinggi.

AVB juga meminta bantuan penolong pengurus bola sepaknya untuk menyediakan latihan yang sesuai dengan kerjaya barunya bagi menguatkan otot dan tubuh.

Menatang Mendakah Rally Dakar?

Sebelum ini, perlumbaan ini dikenali sebagai Rally Paris-Dakar kerana pengembaraan perlumbaan ini bermula dari Kota Paris k Bandar Senegalese. Perlumbaan ini kemudian dipindahkan ke Amerika Selatan disebabkan masalah keselamatan semasa pelumba.

Perlumbaan ini dibatalkan pada 2008 kerana isu keselamatan. Pada 2009 perlumbaan ini dipindahkan ke Amerika Selatan.

1. Rallu Dakar diadakan secara tahunan dalam bulan Januari. Jarak perlumbaan sejauh 5,500 batu dan bermula di Amerika Selatan.

2. Perlumbaan ini melibatkan jentera bernama trak, motosikal dan kereta. Semua boleh menyertai termasuklah korang.

3. Perlumbaan ini majoritinya disertai pelumba amatur dan terdapat pelumba profesional menyertai kerana cabaran perlumbaan ini.

4. Rally Dakar berlangsung selama 15 hari dan edisi 2018 bakal berlangsung Sabtu ini.

5. Perlumbaan ini banyak memakan nyawa. Sejak 1978 sebanyak 70 nyawa telah terkorban.

6. Nama perlumbaan ini Rally Dakar bukan Rally Zakar.

Baca Juga

Baca Juga