Bekas Penyerang Liverpool Mengintai peluang Untuk Kembali Ke Premier League

Bekas penyerang Liverpool power this is our year, Fernando Torres dilaporkan sedang mengintai peluang untuk kembali ke Premier League selepas sudah puas berkhidmat serta beraksi di liga Sepanyol, La Liga.

Fernando Torres yang kini menjangkau usia 33 tahun kurang mendapat peluang untuk beraksi dan hanya bermain dua perlawanan sahaja musim ini bersama Atletico madrid, satu di La Liga dan satu lagi di Copa Del Rey.

Dengan kepulangan Diego Costa bersama Atletico Madrid dan bakal bermain pada awal tahun ini akan terus menyempitkan peluang Torres untuk beraksi, maka memaksa Torres mencari jalan keluar dengan mencari pasukan baru.

The El Nino sangat cemerlang dan bersinar sewaktu beraksi bersama Liverpool bergandingan pula dengan Kapten pasukan Steven Gerrard telah dikaitkan dengan dua pasukan Premier League iaitu Newcastle United dan juga Liverpool A atau Southampton.

Wakil Torres telah menyatakan bahawa Torres berkeingingan untuk keluar dari Atletico Madrid pada bulan Januari ini sebagai pemain pinjaman dan mungkin akan bekerjasama bersama pengurus The Toon, Rafa Benitez atau Bos The Saint, Mauricio Pellegrino.

Torres kini berharap dua kelab tersebut dapat menawarkan satu pakej yang menarik untuk meyakinkan Atletico supaya membenarkan beliau dipinjamkan ke kelab Premier League.

Bersama Atletico, Torres masih mempunyai baki kontrak selama 18 bulan dan berharap dapat kembali beraksi bersama kelab kelahirannya pada musim panas akan datang untuk menghabiskan baki kontrak.

Torres dijangka bersara selepas kontraknya tamat dan sudah tentu mahu menghabiskan musim terakhir bersama Atletico Madrid samada dapat bermain atau tidak.

Cemerlang di Liverpool

Rafa Benitez pernah menjalinkan hubungan yang mesra dan padu ketika bersama, di mana Benitez ketika itu merupakan pengurus Liverpool telah menyambar Torres dari Atletico Madrid dengan harga £26.5 pada tahun 2007.

Torres juga mempunyai hubungan yang mesra dengan pengurus Southampton dari Argentina, Mauricio Pellegrino yang merupakan staf kejurulatihan Benitez ketika mereka menikmati saat bahagia bersama di Merseyside.

Kerjaya Torres di Liverpool sangat cemerlang dengan menjaringkan 65 gol dalam 113 penampilan sehingga menarik minat Chelsea membelinya pada harga £50 juta pada Januari 2011. Prestasi Torres di Chelsea agak suram.

Sepanjang di Chelsea, Torres hanya menjaringkan 20 gol dalam 148 penampilan tetapi telah menikmati kejayaan yang agak padu dengan menjuarai Piala FA, Champions League dan Europa League.

Pada Januari 2015, Torres menyertai AC Milan dan Atletico sebagai pemain pinjaman kembali ke Atletico pada bulan Ogos sebagai pemain tetap.

Antara pilihan lain yang ada bagi pemain yang di hujung kerjaya adalah bermain di Liga Amerika Syarikat atau membuat duit mudah di Liga China.

Kelab yang berminat mendapatkan Torres sebagai pemain pinjaman harus membayar sebahagian gaji Torres yang dilaporkan sekitar £2.2 juta setahun.

Baca Juga

Baca Juga