Bekas Penyerang Premier League Dan Serie A Ini Hanya Terima Gaji RM5.06 Bersama Kelab Baharunya

Bekas penyerang antarabangsa Croatia Nikola Kalinic menandatangani kontrak untuk menyertai Hajduk Split di jendela perpindahan Januari ini dan akan bersama kelab itu sehingga ke akhir musim ini.

Menariknya sepanjang bersama Hajduk Split, Kalinic bersetuju untuk menerima gaji hanya sebanyak €1 (RM5.06).

Karier bola sepak Kalinick bermula bersama Hajduk di mana debut profesionalnya bermula pada musim 2005-06.

Kali ini dia menyertai Hajduk buat kali ketiga hanya selepas lima bulan meninggalkan kelab itu sebelum ini.

Kalinic akan berusia 36 tahun pada Jumaat ini dan merupakan seorang ejen bebas setelah berehat daripada bola sepak buat seketika.

Selepas mengesahkan kembali menyertai Hajduk, Kalinic menyifatkan ia adalah kontrak paling mudah untuk ditandatanganinya dan turut mengesahkan jumlah gaji diterimanya.

“Nikola kembali hanya dengan satu sasaran: membantu Hajduk untuk meraih kejuaraan pertama selepas 19 tahun,” kata Pengarah kelab Mindaugas Nikolicius.

Pada masa ini kelab itu berada di kedudukan teratas Liga Croatia dan mempunyai kelebihan enam mata ke atas pencabar terdekat Rijeka.

Kalinic sebelum ini pernah beraksi di Premier League bersama Blackburn, selain beberapa kelab Serie A lain seperti Firentina, Milan, Roma dan Verona.

Kalinic turut pernah mewarnai kancah saingan La Liga bersama Atletico Madrid.

Kalinic akan diberikan jersi No.9 selepas Aleksandar Trajkovski secara sukarela memberikannya nombor tersebutkepadanya..

Baca Juga

Baca Juga