Bekas Rakan Sepasukan Dedahkan Ayam Punca Ronaldo Kekalkan Prestasi

Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo telah mendedahkan diet pemakanan ketat pemain bintang itu untuk terus kekal berprestasi tinggi walaupun sudah mencecah usia 37 tahun dan ayam adalah antara puncanya.

Pada kebiasaannya usia 37 tahun merupakan umur teramat senja bagi seorang pemain bola sepak dunia serta tidak mampu lagi untuk terus beraksi diperingkat tertinggi dan liga kompetitif seperti di Premier League.

Selain Cristiano Ronaldo hanya Zlatan Ibrahimovic pernah beraksi di Premier League di usia veteran dan mampu untuk terus mempamerkan prestasi peringkat tertinggi.

Memasuki usia 30-an merupakan fasa kebanyakkan pemain mula melepasi tahap kemuncak dan sesetengah kelab pula mempunyai polisi menawarkan kontrak setahun atau 2 tahun kepada pemain melepasi usia 30 tahun.

Kerana itulah Liverpool langsung tidak teragak-agak untuk melepaskan Sadio Mane walaupun pada harga agak rendah untuk membawa masuk pemain baharu.

Selain faktor sistem gaji yang ketat, Liverpool tidak mahu mengambil risiko menunaikan permintaan gaji Mohamed Salah yang tinggi mencecah £400,000 seminggu.

Namun ada segelintir pemain yang mencapai tahap kemuncak mereka agak lewat selepas melepasi usia 30-an seperti mana Jamie Vardy yang digelar sebagai late boomer.

Untuk mengekalkan prestasi dan tahap kecergasan diperingkat tertinggi seorang pemain mestilah mempunyai tahap disiplin yang mencapai tahap ekstrem.

Selain itu juga faktor pemakanan yang merupakan cabaran paling besar perlu diambil berat dan itulah yang diamalkan Ronaldo selain gila bersenam.

Superstar Portugal itu berada dalam bentuk fizikal yang luar biasa, tidak seperti situasi Manchester United dan masih merupakan salah seorang atlet terkemuka dunia walaupun sudah berusia 37 tahun.

Dia sangat terperinci tentang apa yang dia makan dan bagaimana dia mengekalkan fizikalnya yang tidak masuk akal.

Pemain muda Juventus, Daouda Peeters memberi gambaran berharga tentang bagaimana Ronaldo kekal di puncak permainannya dan ia melibatkan banyak ayam.

Apabila ditanya tentang ‘CR7’ dan dietnya, Peeters memberitahu AS:

“Sentiasa sama. Brokoli, ayam dan nasi. Dengan liter air, dan sudah tentu tanpa minuman berkarbonat apatah lagi Coca-Cola.”

“Cristiano mahu menang sentiasa dan di mana-mana. Saya pergi ke gim untuk seketika dan sudah tentu, Cristiano juga berada di sana.”

Tiap kali Daouda Peeters ke gym pasti Ronaldo ada disitu dan walaupun mempunyai badan yang sasa tapi Daouda Peeters masih mengagumi badan Ronaldo.

“Saya kagum. Cristiano mempunyai badan yang sempurna untuk seorang pemain bola sepak.”

“Dan walaupun saya juga agak berotot, hari itu saya fikir; masih ada kerja yang perlu dilakukan.”

“Tetapi hei, dia telah melakukannya secara gila selama bertahun-tahun.”

Cristiano Ronaldo sendiri pernah mendedahkan diet ketatnya yang wajib disusuli selepas latihan keras kepada GOAL yang semestinya mengelakkan makanan bergula seperti Coca-Cola.

“Senaman yang baik mesti digabungkan dengan diet yang baik,”

“Saya makan diet protein tinggi, dengan banyak karbohidrat, bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran, dan mengelakkan makanan manis.

Makan dengan kerap mengikut keperluan badan kerana badan memerlukan tenaga untuk membolehkan kerja keras dilakukan.

“Makan dengan kerap. Jika anda berlatih dengan kerap, adalah penting untuk mengekalkan tahap tenaga yang tinggi untuk menjana badan anda untuk prestasi yang lebih baik.

“Saya kadang-kadang makan sehingga enam hidangan yang lebih kecil sehari untuk memastikan saya mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan setiap sesi di peringkat teratas.”

Ronaldo meneruskan:

“Belajar untuk melatih minda anda serta badan anda. Kekuatan mental adalah sama pentingnya dengan kekuatan fizikal dan akan membantu anda mencapai matlamat anda.

“Berdisiplin. Menjaga diri, bermotivasi dan berpegang pada rutin anda adalah kunci. Bagi saya, tiada ruang untuk memanjakan diri jadi saya perlu tegas.

“Latihan dan sesi fizikal adalah yang paling penting, tetapi menjalani gaya hidup santai membantu anda menjadi yang terbaik, secara fizikal dan mental.

“Saya menghabiskan masa lapang saya dengan keluarga dan rakan-rakan, yang membuatkan saya tenang dan berfikiran positif.”

Meluangkan masa bersama keluarga rakan dan taulan juga amat penting bagi Ronaldo yang membantu menenangkan fikiran. Badan cergas, minda cerdas.

BACA:  15 Fakta Bola Sepak Yang Pelik Tapi Benar