Belanda Hasilkan Sepakan Percuma Paling Genius Dalam Sejarah Piala Dunia

Walaupun Belanda tersingkir di kaki Argentina dalam perlawanan suku akhir namun sepakan percuma yang dihasilkan pada lewat permainan boleh dianggap sebagai sepakan percuma paling genius dalam sejarah Piala Dunia.

Gol ini terus memberi nafas tambahan kepada Belanda untuk terus kekal di Piala Dunia sekurang-kurangnya dalam tempoh 30 minit lagi dan mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Kebangkitan sensasi telah dicetus oleh pemain super sub, Wout Weghorst yang masuk menggantikan Memphis Depay pada minit ke-78 ketika Belanda ketinggalan dua gol dibelakang.

Wout Weghorst telah mengurangkan defisit dengan satu sundalan tajam yang jahat yang dengan darjah kesukaran yang tiggi berpunca dari hantaran sedap Steven Berghuis.

Pada minit ke-9 masa kecederaan ketika Argentina di ambang kemenangan German Pezzella membuat satu kesilapan yang tidak patut apabila menolak Wout Weghorst.

Leandro Paredes telah mencabar Wout Weghorst untuk merebut bola di udara dan German Pezella turut sama mahu membantu namun telah melakukan satu kekasaran tidak perlu ke atas Wout Weghorst.

Situasi bola ketika itu kurang berbahaya di mana Wout Weghorst dalam posisi membelakangi gawang dan tidak mampu untuk melakukan percubaan ke gawang Argentina.

Pengadil telah menghadiahkan sepakan percuma di detik paling genting, Belanda mendapat peluang terakhir mereka dan ketika inilah sepakan percuma genius telah terhasil.

Teun Koopmeiners telah melakukan satu perkara luarbiasa dan di luar kotak pemikiran ramai apabila untuk membuat hantaran terus kepada Wout Weghorst.

Nyata benteng Argentina yang dalam mood melompat langsung tidak menduga hantaran sebegini akan dilakukan oleh Teun Koopmeiners.

Leandor Peredes melonjak paling tinggi dan bola lalu di bawah kaki lompatannya dan terus sampai kepada Weg Worghorst yang telah bersedia menerima bola.

Enzo Fernandez cuba untuk menghalang dengan satu terjahan namun Weg Worghorst lebih pantas dan merembat terus bola ke gawang menewaskan Emiliano Martinez.

Nyata pemain pertahanan dan penjaga gol Argentina terkesima dan tidak bersedia dengan situasi yang tidak terjangka itu lalu terhukum.

Alexis MacAllister yang bebaring untuk membuat benteng tidak sempat untuk bangun dan ketika mengangkat badan dari tanah bola telah berada di dalam gawang.

Semuanya terjadi dalam tempoh beberapa saat sahaja atau mungkin kurang namun telah mengubah kedudukan perlawanan dari 2-1 kepada 2-2 dan perlawanan dibawa ke masa tambahan.

Gol pendahuluan Argentina dari Nahuel Molina dan Lionel Messi berjaya dipadamkan oleh Wout Weghorst ketika perlawanan kurang satu minit untuk tamat.

Tiada apa yang menarik di masa tambahan dan hanya berbaki kurang 10 minit Argetina mengasak seperti tidak mahu ke sepakan penalti.

Rembatan Lautaro Martinez tepakt ke dada Van Dijk dan rembatan Otamendi yang terbias hanya sedikit melepasi dan tiada gol terhasil.

Pemenang akan ditentukan di sepakan penalti yang akhirnya berjaya menjadi milik Argentina.

1. Virgil vin Dijk gagal disepakan pertama dinafikan Emi Martinez dan Lionel Messi tiada masalah meletakkan Argentina di depan.

2. Steven Berghui juga gagal, Emi Martinez padu menepis dan Leandro Paredes berjaya menyempurnakan.

3. Teun Koopmeiners berjaya menewaskan Emi Martinez yang tegak berdiri, Gonzalo Montiel tiada masalah dengan sepakan yang tenang.

4. Wout Weghorst meneruskan ketajaman untuk kedudukan 2-3 selepas Enzo Fernandez melakukan sepakan yang liar.

5. Luuk De Jong berjaya namun Lautaro Martinez memastikan kemaraan Argentina dengan kedudukan 4-3.

FT | Belanda (3) 2–2 (4) Argentina

Kesebelasan Utama Belanda Argentina

Kesebelasan Utama Netherlands (3-4-1-2) Noppert; Timber, Van Dijk, Ake; Dumfries, De Roon, F de Jong, Blind; Gakpo; Depay, Bergwijn.

Pemain Simpanan: Pasveer, Bijlow, De Ligt, De Vrij, L de Jong, Berghuis, Lang, Klaassen, Malacia, Janssen, Weghorst, Koopmeiners, Taylor, Simons, Frimpong.

Kesebelasan Utama Argentina (3-5-2) E Martinez; Romero, Otamendi, Lisandro Martinez; Molina, De Paul, Fernandez, Mac Allister, Acuna; Messi, Alvarez.

Pemain Simpanan: Armani, Rulli, Foyth, Tagliafico, Montiel, Paredes, Pezzella, Di Maria, Palacios, Correa, Almada, Gomez, Guido, Dybala, Lautaro Martinez.

Pengadil: Antonio Mateu Lahoz (Spain)

BACA:Β  Friendly Match: Belanda 2-2 Scotland