Belgium Umum Skuad 23 Pemain Ke Piala Dunia 2018

Belgium dianggap pasukan paling bernilai Euro 2016 apabila 23 pemainnya bernilai lebih £50 juta (RM292 juta) berbanding skuad juara dunia Jerman.

Berdasarkan kajian Profit Accumulator, skuad Marc Wilmots (pada ketika itu) bernilai £318.9 juta (RM1.86 bilion). Kajian ini dibuat berdasarkan bayaran yuran perpindahan terkini bagi 23 pemain yang mewakili setiap negara di kejohanan di Perancis ini.

Senario itu meletakkan Belgium sebagai pasukan paling bernilai berbanding Jerman £264.5 juta (RM1.54 bilion), England £189.7 juta (RM1.1 bilion) dan Perancis £183 juta (RM1 bilion).

Skuad Belgium mempunyai purata yuran perpindahan £13.9 juta (RM81.4 juta) dengan bintang Manchester City Kevin de Bruyne menjadi pemain paling mahal apabila menyertai kelab Inggeris itu dengan bayaran £55 juta (RM322 juta).

Ini cerita dua tahun lepas di EURO 2016. Walaupun muncul sebagai skuad paling bernilai tetapi prestasi mereka tetap kelaut dan Portugal muncul juara.

Bagi menghadapi Piala Dunia 2018 yang bakal berlangsung di Rusia, Belgium kini di bawah pengurusan Roberto Martinez telah mengumumkan senarai akhir 23 pemain ke Piala Dunia.

Roberto Martinez telah membuat keputusan untuk membawa pemain seperti Adnan Januzaj dan Nacer Chadli ke kejohanan empat tahun sekali itu bersama Vincent Company yang cedera.

Penyerang Crystal Palace yang juga bekas pemain Liverpool, Christian Benteke digugurkan dan tidak akan beraksi di Piala Dunia.

Terdapat beberapa nama yang dibawa ke Piala Dunia menjadi persoalan dan terus dikaitkan pemain tersebut dengan Pak Radja Nainggolan yang tidak disenaraikan dari awal lagi.

Goalkeepers:
Koen Casteels (Wolfsburg),
Thibaut Courtois (Chelsea),
Simon Mignolet (Liverpool).

Defenders:
Toby Alderweireld (Tottenham Hotspur),
Dedryck Boyata (Celtic),
Vincent Kompany (Manchester City),
Thomas Meunier (Paris St-Germain),
Thomas Vermaelen (Barcelona),
Jan Vertonghen (Tottenham Hotspur).

Midfielders:
Yannick Carrasco (Dalian Yifang),
Kevin de Bruyne (Manchester City),
Mousa Dembele (Tottenham Hotspur),
Leander Dendoncker (Anderlecht),
Marouane Fellaini (Manchester United),
Eden Hazard (Chelsea),
Thorgan Hazard (Borussia Monchengladbach),
Adnan Januzaj (Real Sociedad),
Dries Mertens (Napoli),
Youri Tielemans (Monaco),
Axel Witsel (Tianjin Quanjian).

Forwards:
Michy Batshuayi (Chelsea),
Nacer Chadli (West Brom),
Romelu Lukaku (Manchester United).

Martinez sebelum ini menjelaskan bahawa Nainggolan digugurkan atas sebab taktikal dan mereka telah berkerja selama dua tahun sebagai persediaan dan pemain lain akan bermain di tempat itu.

Nainggolan tidak sesuai dengan taktikal Belgium. Walaupun cemerlang bersama Roma tetapi watak Nainggolan bersama Belgium tidak ada dan tidak akan diberikan role yang sama seperti di Roma.

Senang cerita memang Martinez tak nak Nainggolan dan mengikut bawangan di media sosial Pak Radja tak sanggup berada di bangku simpanan kerana ego yang tinggi.

Masalah merokok Surya 16 yang tegar Radja juga dikatakan antara puncanya. Di zaman Wilmot Radja diberi lesen besar. Setakat ni jela membawang. Malas aku nak taip.

Belgium setakat ini telah gagal menjulang sebarang gelaran di peringkat antarabangsa dan paling cemerlang ketika Piala Dunia 1986 di mana mereka mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Argentina.

Skuad bimbingan Martinez sekarang merupakan generasi emas Belgium dari perancangan akar umbi mereka. Kini kebanyakan pemain skuad ini berada pada kemuncak prestasi.

Adakah Belgium akan mecipta kejutan atau terus terkejut?

Setan Merah bakal menghadapi Panama pada 18 Jun sebagai perlawanan pembukaan sebelum menentang Tunisia dan England.

Baca Juga

Baca Juga