Belum Sempat Beraksi, Pembelian Musim Panas Liverpool Terpaksa Diketepikan Kerana Dibelenggu Masalah Kecederaan

Penandatanganan terbaru Liverpool, Calvin Ramsay terpaksa direhatkan pada awal kariernya di Anfield, selepas beliau disahkan mengalami kecederaan.

Ekoran dari hal itu, Calvin Ramsay dilaporkan tidak dibenarkan untuk menyertai sesi latihan bersama para pemain dari skuad utama.

Beliau ditandatangani dari Aberdeen dengan yuran bernilai bernilai £6.5 juta pada musim panas baru-baru ini, dengan Neco Williams bakal meninggalkan kelab untuk sertai Nottingham Forest.

Beliau dikatakan bakal menjadi back up kepada Trent Alexander Arnold dan Ramsay diharapkan akan mampu memberikan impak seperti yang diharapkan darinya.

Ramsay memulakan sesi latihan pra-musim bersama beberapa pemain senior sebelum ini, namun beliau kemudiannya terpaksa diasingkan untuk menerima rawatan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Jurgen Klopp mengesahkan kepada laman rasmi kelab tentang berita yang Calvin Ramsay sedang dibelenggu masalah kecederaan pada ketika ini.

Kecederaan itu hanya mampu dikesan selepas beliau selesai menjalani medikal, dengan Liverpool tidak mahu mendesak beliau untuk kembali cergas secepat mungkin.

Jurgen Klopp walau bagaimanapun tetap yakin yang kecederaan dihadapi oleh Calvin Ramsay itu tidak memerlukan masa yang panjang untuk kembali sembuh sepenuhnya.

“Malang sekali, Calvin sekarang tidak menjalani sesi latihan bersama kami pada ketika ini, dia ada menderita masalah kecederaan.”

“Tak ada sesiapa tahu, kita sedar ketika kita melakukan medikal sekali lagi kepadanya.”

“Sehingga hari ini, dia tak ada masalah, tapi laporan kesihatan dari team medikal memberitahu kami yang jika kami tak bertindak sekarang, kami akan ada masalah lebih besar di masa hadapan.”

“Jadi, ketika kamu semuda itu, sudah tentu, dia ada perjalanan karier yang lebih panjang, jadi kami pada ketika ini akan bertanggungjawab sepenuhnya, jadi dia masih belum berlatih bersama skuad tapi dia dah banyak menjaga kualiti fitness dia. Jadi saya yakin ia tak akan ambil masa yang panjang.”

Ramsay berjaya memenangi anugerah Scottish FWA Young Player of the Year pada musim lalu selepas melihat kehebatan beliau beraksi bersama Aberdeen.

Beliau berjaya mencatatkan sembilan assists dan satu gol sepanjang musim lalu dan Klopp percaya Ramsay merupakan pemain yang boleh beliau harapkan.

“Jadi saya tak nampak dia jalani latihan lagi, tapi semuanya yang kami nampak tentang dia, kami dengar tentang dia, saya dengar sendiri dari dia, dia pemain yang menakjubkan.”

“Dia memang menakjubkan, apa dia buat dengan Aberdeen musim lalu, sungguh menakjubkan.”

“Dalam kumpulan umur dia dan kamu tahu hal yang kami perlukan dari seorang full back, dia boleh dikatakan ada hampir semua yang kami mahukan.”

“Jadi kami benar-benar mengharapkan lebih dari dia untuk jangka masa panjang.”

Skuad Liverpool pada ketika ini sedang berada di Thailand untuk aksi pra-musim bertemu Manchester United.

Sebaik tiba di Bangkok, Jurgen Klopp segera menganjing Manchester United dalam sesi temu bual beliau bersama media Thailand.

Jurgen Klopp menganjing Man Utd sebaik tiba di Bangkok

Sambutan hangat yang diterima oleh kem Liverpool sebaik mereka tiba di Bangkok menyebabkan Jurgen Klopp sempat menganjing Manchester United yang tiba sehari lebih awal.

Jurgen Klopp bersama anak-anak buahnya mendapat sambutan yang sungguh luar biasa dasyat dari pelbagai pihak ketika mereka tiba di Thailand.

Para penyokong berkumpul di lapangan terbang dan di hotel untuk melihat sendiri para pemain kegemaran mereka secara langsung.

Pihak media juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan sidang media bersama Jurgen Klopp sebaik pengurus dari Jerman itu tiba.

Pengurus Liverpool itu dalam mood yang sangat gembira dan beliau turut sempat menganjing Manchester United ketika sesi temu bual tersebut.

“Soalan pertama yang saya ada… Adakah keadaan seperti ini semalam ketika Manchester United baru sampai?”

Pihak media yang ada dalam sidang media tersebut segera menjawab:

“Tidak, tidak.”

Sambil kesemua mereka ketawa besar bersama-sama.

Kedua-dua kelab terhebat dalam sejarah bola sepak itu akan turun beraksi bertemu sesama sendiri pada 12 Julai nanti.

Jurgen Klopp turut bercakap tentang prospek berdepan Manchester United yang akan beraksi buat pertama kalinya di bawah kendalian Erik Ten Hag.

“Kebiasaannya perlawanan bola sepak merupakan hal terpenting untuk kami. Tapi dalam kes yang sangat spesifik ini, ia lebih kepada untuk peminat.”

“Kita ada 37 pemain, dari semua generasi ada di sini. Dan kita perlu guna semua mereka. Pemain yang ada tugasan antarabangsa pada musim panas baru sampai hari ini. Mereka tak boleh bermain terlalu lama, tapi kita akan cuba berikan mereka minit permainan.”

Jurgen Klopp kemudiannya turut menambah lagi.

“Manchester United. Pengurus baru. Mereka berlatih lebih lama berbanding kami. Tak pasti, tapi mungkin mereka dalam situasi lebih baik pada ketika ini. Kita lihat ia sebagai ujian yang penting kerana ia bertemu United. Dan kami tak bermain perlawanan persahabatan.”

Perlawanan bertemu Manchester United jelas sekali akan memberi peluang kepada para penyokong untuk menyaksikan aksi debut penandatanganan terbaru kelab, Darwin Nunez.

Walau bagaimanapun, agak sukar untuk melihat beliau diturunkan, kerana beliau sebenarnya masih belum sempat menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukannya yang baru.

Liverpool jelas sekali sedang dalam usaha mereka untuk bersaing dalam saingan Premier League dan Champions League pada musim baharu nanti.

Mereka pada musim lalu dikecewakan oleh Manchester City dan Real Madrid yang menjuarai saingan Premier League dan Champions League.

Liverpool sebenarnya berpotensi untuk memenangi kedua-dua piala tersebut, namun sayangnya mereka tewas di saat-saat akhir.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga bertekad mahu mempertahankan gelaran FA Cup dan Carabao Cup yang mereka menangi pada musim lalu itu.

Untuk Manchester United pula, mereka akan turun buat pertama kali di bawah kendalian Erik Ten Hag yang kononnya akan memulakan era baru skuad setan merah itu.

Skuad setan merah jelas sekali sangat berharap agar bekas pengurus Ajax itu akan mampu menaikkan semula mereka dan menjadikan mereka sebagai pasukan paling digeruni di pentas bola sepak Eropah.

Tekanan sudah tentu dirasai oleh Ten Hag dan beliau juga jelas sekali akan menuntut anak-anak buahnya supaya memberikan yang terbaik.

Aksi bertemu Liverpool bakal menjadi medan pemanas badan untuk beliau bersama anak-anak buahnya, dengan Ten Hag sangat terdesak mahu anak-anak buahnya mencatat kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jurgen Klopp Koyak Dan Tuduh Pengadil Tak Pernah Main Bola