Ben Askren KO Dengan Tumbukan Tangan Kanan Jake Paul Di Pusingan Pertama

Bekas juara Bellator welterweight, Ben Askren tumbang secara knockout (KO) dengan tumbukan tangan kanan Youtuber terkenal, Jake Paul di pusingan pertama dalam acara utama Saturday night’s Triller Fight Club di Atlanta.

Kemenangan ini telah menepati ramalan yang dibuat oleh Jake Paul sebelum perlawanan bahawa beliau akan menangan dalam dua pusingan pertama.

Tidak sempat pusingan memasuku pusingan kedua, Jake Paul menang dalam tempoh kurang lebih seminit dengan tumbukan tangan kanan yang terus menamatkan pertarungan.

Selepas menerima tumbukan tangan kanan Jake Paul, Ben Askren masih mampu berdiri dan mahu meneruskan perlawanan namun pengadil telah menamatkan perlawanan dengan keputusan KO.

Menjelang malam pertarungan, Ben Askren telah melabel Jake Paul sebagai “Khayal teruk” dan berpendapat bahawa dia adalah “petinju peringkat tinggi” tetapi pada hakikatnya, juara kebangsaan NCAA dua kali bergelut dan tewas mudah.

Petarung MMA berusia 36 tahun itu tidak bertarung sejak kalah secara submission kepada Demian Maia di Ultimate Fighting Championship (UFC) pada tahun 2019.

Dan kekurangan minit dalam pertarungan kompetitif dan fizikal yang tidak terjaga menjadi punca Ben Askren tewas kepada seorang Youtuber dalam perlawanan tinju.

Dulu ditumbuk-tumbuk laju-laju, dikepit-kepit celah ketiak tak mati Ben Askren ni sekarang kena penumbuk Youtuber pun tumbang.

Ben Askren nyata tidak mengambil endah dengan pertarungan tinju ini dan semua ini dapat dilihat pada hari timbang berat sehari sebelum pertarungan.

Mungkin pertarungan tinju ini hanya dianggap Ben Askren sebagai pertarungan pertunjukkan dan hanya disertai untuk wang dollar sahaja.

Selepas melihat fizikal Ben Askren pada hari timbang berat inilah Jake Paul membuat ramalan beliau akan menang dalam dua pusingan awal.

“Aku lihat lelaki yang memandang rendah aku, aku lihat orang yang menganggap pertarungan ini sebagai jenak dan lelaki yang berkata aku akan terberak ketika sesi faceoff.”

“Ini adalah 24 jam terakhir kita semua mendengar tentang Ben Askren. Ini sangat bermakna bagi saya, ini untuk Shadow.”

Jake Paul menganjing fizikal Ben Askren dan menanggap beliau tidak serius untuk pertarungan ini.

“Aku tak percaya dia boleh bertahan untuk dua pusingan. lihat lelaki ini, dengan perut menggelebih ternyata dia tidak serius semasa berlatih.”

Jake Paul telah tiga tahun bergelar petinju daripada seorang Youtuber dan telah mencatatkan rekod kemenangan 100 daripada 3 kemenangan 3-0 dan kesemua lawannya bukan petinju original.

Linangan air mata Jake Paul mengiringi kemenangan Youtuber itu yang sarat dengan emosi seperti memenangi kejuaraan dunia ketika ramai yang menonton terasa masa dibazirkan.

Ramai yang menganggap ini hanya satu pertarungan pertunjukkan yang berpaksikan kepada wang dan content sahaja untuk menarik tontonan ramai.

BACA:  Jake Paul Hadiahkan Poirier Rantai Berloketkan 'Sleepy McGregor' Yang Bernilai $100k