Ben Foster Alami Kecederaan Ketika Bermain Bersama Anaknya

Penjaga gol West Bromwich Albion, Ben Foster terpaksa melupakan aksi untuk seketika selepas mengalami kecederaan ketika bermain bersama anaknya di taman.

Ben Foster tidak bermain ketika West Brom mencatatkan keputusan seri menentang Leicester dalam satu-satunya aksi Liga Perdanan Inggeris semalam.

Kecederaan yang dialami Foster telah disahkan oleh pengurus West Brom, Tony Pulis selepas berakhirnya perlawanan.

“Kami tidak akan sekali-kali mengambil risiko untuk menurunkan Foster pada perlawanan ini. Beliau mengalami kecederaan di pergelangan kaki beliau ketika bermain bersama anaknya. Oleh kerana beliau pernah putus ligamen sebelum ini, kami mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati dengan keadaan semasa Foster.”

Untuk rekod, Ben Foster pernah terlepas aksi bolasepak selama 10 bulan akibat mengalami kecederaan ACL pada awal tahun 2015.

Boaz Myhill mengambil tempat beliau di posisi penjaga gol dan Pulis dilihat resah selepas Myhill turut mengalami kecederaan ringan selepas bertembung dengan penyerang Leicester, Jamie Vardy dalam perlawanan tersebut. West Brom bernasib baik kerana Myhill masih boleh bermain selepas insiden tersebut.

“Kami hanya mempunyai 2 orang penjaga gol yang berpengalaman, jadi sekarang keadaan kami agak tertekan.”

Seorang lagi pilihan untuk mengisi tempat Ben Foster adalah penjaga gol berusia 21 tahun, Alex Palmer yang juga penjaga gol ketiga West Brom.

Palmer hanya mempunyai pengalaman kompetitif bolasepak ketika dipinjamkan ke kelab amatur, Kidderminster Harriers pada musim 2015/2016.

Kecederaan Ganjil di Luar Padang

Ben Foster bukan keseorang dalam mengalami kecederaan ganjil di luar padang. Bulan lepas, pemain muda Real Madrid, Marco Asensio terpaksa diketepikan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Apoel Nicosia selepas mengalami kecederaan yang tidak disangka-sangka.

Safawi Spain cedera ketika bersyukur.

Pemain berusia 21 tahun itu dijangkiti jerawat di bahagian kaki beliau akibat jangkitan dari pisau pencukur bulu. Jerawat tersebut mengakibatkan beliau tidak mampu untuk menarik stoking.

Bekas pemain Manchester United, Rio Ferdinand pernah mengalami kecederaan ketika sedang bermain permainan konsol. Ferdinand mengalami kekejangan di bahagian tendon kakinya ketika bermain Pro Evolution Soccer, satu kecederaan yang tidak disangka-sangka boleh berlaku kepada seorang pemain bolasepak profesional.

Akhir sekali, penjaga gol Chelsea, Thibout Courtois pernah mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran iklan. Courtois mengutip kecederaan ketika sedang menjayakan aksi bermain basketball untuk promosi video permainan.

Cedera Ketika Penggambaran

Apa yang lebih menyedihkan adalah kecederaan ini memaksa beliau diketepikan untuk pertemuan penting menentang Manchester United di Old Trafford musim lepas.

Asmir Begovic diberi kepercayaan untuk mengisi tempat Courtois di gawang gol dan malangnya, Chelsea tewas 2-0 pada perlawanan tersebut. Conte pasti merungut mengenai nasib beliau yang malang pada hari tersebut.

Penulis

Artikel ini ditulis oleh Izzuddin Ismail untuk disiarkan di thesukan.com

Baca Juga

Baca Juga