Ben Mee Mengecam Kempen ‘White Lives Matter Burnley’

Ketua pasukan Burnley, Ben Mee telah memberi kata-kata yang luar biasa semasa sesi temu bual berkait kempen ‘White Lives Matter Burnley‘ yang berlaku ketika perlawanan bertemu Manchester City.

Ben Mee mengecam perbuatan mereka yang menerbangkan banner bertulis “White Lives Matter Burnley” di Etihad Stadium ketika pasukannya tewas 0-5 kepada Manchester City.

Seperti yang semua tahu, dari kesemua perlawanan yang berlangsung selepas saingan liga kembali bersambung, para pemain dan staff telah turut serta dalam acara penghormatan kepada kempen “Black Lives Matter“.

Dalam perlawanan Manchester City bertemu Burnley, mereka turut sama melakukan hal tersebut yang mana kesemua pemain dan staff berlutut selepas mendengar wisel pertama yang ditiup oleh pengadil perlawanan, Andre Marriner.

Di belakang jersi kesemua pemain turut memaparkan tulisan ‘Black Lives Matter‘ menggantikan nama mereka sebagai tanda menyokong kempen tersebut.

Tetapi dengan tiba-tiba satu banner telah diterbangkan di ruangan udara Etihad Stadium dan tulisan yang ditulis jelas bertentangan dengan apa yang mereka sokong dan menidakkan hak sama rata.

Burnley dengan segera mengeluarkan kenyataan dan menegaskan bahawa harus ada hukuman yang berat dan digantung seumur hidup untuk sesiapa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Ben Mee turut tampil membicarakan tentang perkara tersebut dan memberikan kata-kata yang menjelaskan bahawa beliau tidak suka dengan kejadian itu.

Ben Mee bercakap dengan penuh keikhlasan ketika dalam sesi temu bual selepas tamat perlawanan itu bersama Sky Sports.

“Saya berasa kecewa dan sangat malu dengan adanya sebilangan penyokong yang membuat keputusan untuk menerbangkan banner itu di ruang udara Stadium.”

Jelas Mee kepada Patrick Davison dari Sky Sports.

“Mereka telah pon melakukannya. Di sana terdapat kumpulan pemuda yang juga berasa malu melihat perkara itu, mereka terlepas dalam mencari maksud dari apa yang kita semua cuba untuk capai dan golongan ini semua harus pergi ke abad ke-21 untuk mengajar diri mereka sendiri.”

“Ia sama sekali tidak melambangkan tujuan kelab, tujuan seseorang pemain itu apa dan yang pasti ianya juga bukanlah tujuan kebanyakkan penyokong. Itu sudah tentu. Ianya cuma sebilangan kecil penyokong yang berbuat demikian dan saya sangat kecewa dengan apa yang terjadi.”

Bekas pemain dari akademi Manchester City itu turut menyatakan bahawa kelab sudah berusaha untuk menghalang perkara itu dari terjadi dan sekali lagi beliau menegaskan bahawa kejadian tersebut sangat menjijikan.

“Sebenarnya sebelum kami ke sana kami sudah mendengar berita bahawa perkara seperti itu mungkin akan berlaku, kelab sudah berusaha untuk menghentikannya. Saya sangat berharap perkara seperti itu tidak akan terjadi lagi. Kami sangat malu dan kecewa.”

Tambah Ben Mee lagi.

BACA:  Arteta Puji Semangat Juang Anak Buahnya Bertemu Burnley