Benatia Dedah Sebab Tolak Tawaran Manchester United Dan Berhijrah Ke Qatar

Pemain antarabangsa Morocco, Mehdi Benatia berkata beliau menerima kritikan dari segenap pihak apabila menolak tawaran untuk menyertai Manchester United dan berhijrah ke Qatar untuk bermain dengan kelab Al-Duhail.

Benatia mengambil keputusan untuk meninggalkan Juventus selepas kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama dimana gandingan Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci lebih diutamakan Massimiliano Allegri.

Benatia meninggalkan kancah bola sepak Eropah walaupun baru berusia 31 tahun. Sayang seribu kali sayang

Bekas pemain AS Roma dan Bayern Munich itu turut menerima tawaran daripada Manchester United untuk berpindah pada jendela perpindahan Januari lalu tetapi menolaknya kerana beliau berhasrat mahu membesarkan anak-anaknya dalam persekitaran Islamik.

Dengan berpindah ke Doha, Benatia berharap hasratnya untuk membesarkan keluarga beliau dalam persekitaran Islam bakal terlaksana.

Pemain berusia 31 tahun itu sudah pon melakukan penampilan pertamanya bersama Al-Duhail dimana kelab tersebut tumpas di tangan Al-Gharafa 1-0 pada Khamis lepas.

Benatia faham dengan kritikan yang diterimanya, terutamanya dari Morocco kerana meninggalkan persekitaran bola sepak Eropah yang kompetitif tetapi beliau berharap peminat dapat memahami punca sebenar beliau berpindah dan berhijrah ke Qatar.

Demi anak-anak, Benatia sanggup meninggalkan Eropah untuk mencari persekitaran Islamik untuk membesarkan keluarganya.

“Saya menerima kritikan dari pengkritik sukan di Morocco selepas berpindah ke Doha. Tetapi saya mahu semua pihak menghormati keputusan ini kerana ia adalah keputusan terbaik buat saya dan keluarga.”

“Saya mahu anak-anak saya dibesarkan dalam persekitaran yang Islamik. Saya juga boleh menyertai kelab di Arab Saudi dan United Arab Emirates (UAE) tetapi saya memilih untuk menyertai Al-Duhail.”

“Tambahan pula terdapat banyak pemain yang berasal dari Morocco yang kini mewakili pasukan kebangsaan bermain untuk kelab-kelab di negara-negara Teluk.”

“Jurulatih Morocco, Herve Renard sudah mengenali saya dan jika beliau lihat saya tidak patut berhak berada dalam pasukan kebangsaan, saya akan tetap menghormati keputusannya.”

Selain Manchester United, Arsenal juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan Benatia bagi memperbaiki bahagian pertahanan mereka. Perjanjian pertukaran pemain melibatkan Benatia dan Aaron Ramsey pernah dilaporkan beberapa akhbar dari Itali sebelum tetapi ia tidak mendapat sambutan dari pihak pemain.

Benatia telah melakukan 55 penampilan bersama skuad kebangsaan Morocco dan merupakan kapten pasukan tersebut ketika beraksi dalam Piala Dunia 2018 di Russia beberapa bulan yang lalu.

Benatia berharap akan terus mewakili Morocco selepas ini walaupun tidak lagi beraksi di Eropah

Walaupun gagal membawa masuk Benatia, Manchester United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer tetap menyerlah. Sejak mengambil alih pasukan, Red Devils berjaya memenangi 9 dari 10 perlawanan terakhir mereka. Benatia Who ?

Manchester United akan menyambung kempen Liga Perdana Inggeris dengan berkunjung ke Craven Cottage untuk berhadapan dengan pasukan bawahan, Fulham dalam misi untuk mengejar Liverpool dalam perebutan kejuaraan liga.

BACA:  Rangnick Dedah Manchester United Happy Campur Puas Hati Duduk Tempat Keempat, EPL Tiada Dalam Sasaran United