Kejohanan bola sepak paling berprestij di muka bumi ini hampir menemui siapa juara terulung. Perlawanan pembukaan separuh akhir Piala Dunia 2018 menemukan dua pasukan dari benua Eropah iaitu Belgium dan Perancis.
Perlawanan pagi ini merupakan pertemua ke-74 kedua-dua pasukan ini dalam semua kejohanan. Rekod pertemuan lampau jelas berpihak kepada Belgium walaupun tidak dipisahkan dengan jurang yang besar ini rekod pertemuan mereka :
Perancis – Menang 24, seri 19 dan 31 kalah
Belgium – Menang 30 , seri 19 dan 25 kalah
Jumlah Pertemuan – 74 perlawanan
Ini merupakan pertemuan kompetitif pertama antara Belgium dan Perancis sejak Piala Dunia 1986 di mana Perancis menang 4-2 di penentuan tempat ketiga dan keempat. 75 pertemuan yang berlaku ini adalah lebih kepada perlawanan persahabatan.
Dalam pertemuan di Piala Dunia hanya dua kali Perancis dan Belgium bertembung dan kedua-dua perlawanan telah di menangi oleh Perancis. Rekod yang tidak cemerlang Beligum di Piala Dunia bertemu Perancis.
Piala Dunia 1938 – Perancis 3-1 Belgium
Piala Dunia 1986 – Perancis 4-2 Belgium
Kali terakhir Belgium dan Perancis bertemu adalah dalam perlawanan persahabatan di Paris pada tahun 2015. Belgium berjaya mencatatkan kemenangan tipis ke atas Perancis 4-3.
Ini merupakan penampilan kali kedua Belgium di separuh akhir Piala Dunia selepas kali terakhir layak pada Piala Dunia 1986. Namun Belgium tewas dikaki Maradona dan Argentina yang merupakan juara Piala Dunia 1986.
Belgium Road To Semi Final
Belgium memulakan kempen Piala Dunia 2018 dengan penuh bergaya lagi meyakinkan. Perlawanan pertama menyaksikan mereka menewaskan Panama yang pertama kali layak ke Piala Dunia 3 gol kosong. Semoga Panama tidak serik.
Kemudian Belgium tenang membelasah Tunisia 5-2 pada perlawanan kedua. Perlawanan terakhir kumpulan Belgium bertemu England dan Adnan Januzaj menjaringkan gol kemenangan Belgium dengan penuh bergaya.
Sebagai juara kumpulan G, Belgium telah bertemu Jepun di kalah mati. Jangkaan meleset bahawa Belgium akan mudah menewaskan Jepun. Belgium bangkit selepas ketinggalan 2-0 untuk menang 3-2 dengan jaringan minit akhir Chadli.
Di suku akhir, Brazil yang diangkat calon pilihan telah di tumbangkan Belgium dengan aksi yang penuh mencabar dan menyeronokkan. Perlawanan tersedap di Piala Dunia setakat ini.
Group stage
Belgium 3-0 Panama
Belgium 5-2 Tunisia
Belgium 1-0 England
Round of 16
Belgium 3-2 Japan
Quarter Final
Belgium 2-1 Brazil
Perancis Road To Semi Final
Perancis memulakan kempen Piala Dunia dengan penuh tidak bergaya hambar dan membosankan. Turun dengan barisan pemain handalan dunia yang sedap lagi power Perancis yang dianggap gah sekadar menang 2-1 ke atas Australia.
Kylian mbappe mennyelamat Les Bleus dengan gol kemenangan 1-0 ke atas Peru. Pada perlawanan terakhir kumpulan Perancis sekadar seri tanpa jaringan menentang Denmark dalam perlawanan yang super boring. Perlawanan paling bosan di Piala Dunia?
Perancis berubah 100 peratus di pusingan kalah mati apabila menundukkan Argentina 4-3 dalam perlawanan yang sudah dijangka menjadi milik Perancis dengan Mbappe menjaringkan 2 gol.
Di perlawanan suku akhir Perancis kembali kepada prestasi mereka di peringkat kumpulan dengan aksi membosankan dan hambar namun mereka mudah menewaskan Uruguay 2 gol tanpa balas.
Group stage
France 1-0 Peru
France 2-1 Australia
France 0-0 Denmark
Round of 16
France 4-3 Argentina
Quarter Final
France 2-0 Uruguay
Pemain Perancis,Blaise Matuidi dijangka akan menggantikan Corentin Tolisso yang dikenakan pengantungan kerana kad kuning. Matuidi akan kembali berganding bersama Paul Pogba dan N’golo Kante di jentera di tengah.
Manakala right wing-back Belgium, Thomas Meunier juga mengalami penggantungan dan memeningkan Roberto Martinez yang tiada pengganti yang sesuai. Carrasco mungkin sebagai pengganti tetapi akan menjadi lubuk emas buat Perancis.