Benda Yang Kau Perlu Tahu Tentang Croatia vs England

Perlawanan kedua separuh akhir Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia akan menemui siapa bakal finalis edisi ini selepas Perancis telah berjaya menembah slot perlawanan akhir dengan menumbangkan Belgium dengan satu jaringan je.

Croatia atau England bakal ke final? Kedua-dua pasukan ini telah menunggu dengan sabar bagi mendapat peluang ke peringkat ini selepas mengalami kempen yang mengecewakan dalam Piala Dunia yang lalu sejak kali terakhir mereka menjadi 4 terbaik.

Kali terakhir Croatia layak ke separuh akhir adalah pada Piala Dunia 1998 di mana mereka gagal ke separuh akhir selepas tewas kepada tuan rumah, Perancis yang juga merupakan juara pada Piala Dunia 20 tahun lalu.

Davor Suker membawa Croatia ke separuh akhir 1998

England perlu menunggu lebih lama sehingga 28 tahun untuk kembali mara ke separuh akhir. Kali terakhir England ke separuh akhir pada Piala Dunia 1990 yang berlangsung di Italy juga gagal mara ke final.

Ini merupakan pertemuan kelapan antara England dan Croatia di mana England menang 4 perlawanan, seri satu dan dua dimenangi oleh Croatia. Enam dari perlawanan ini juga telah berlangsung pada hari rabu(waktu sana).

England : Menang 4, seri 1 dan 2 kalah
Croatia : Menang 2, seri 1 dan 4 kalah
Jumlah Pertemuan : 7 perlawanan

England dan Croatia hanya bertemu sekali dalam kejohanan besar iaitu pada Euo 2004 di peringkat kumpulan di mana England mudah melaukkan Croatia 4-2 sambil tersenyum. Croatia dan England merupakan pasukan bawah anjing yang cemerlang kali ini.

Skuad England 1966. Imej : Getty

Ini merupakan separuh akhir ketiga England pada Piala Dunia :

Piala Dunia 1966 : Menang 2-1 ke atas Portugal dan muncul juara buat kali pertama dan terakhir.
Piala Dunia 1990 : Tewas kepada Jerman
Piala Dunia 2018 : Menewaskan Croatia 3-1 dan muncul juara Piala Dunia buat kali kedua.

Croatia mempunyai 8 penjaring berbeza yang menjaringkan gol di Piala Dunia 2019. Hanya Belgium mempunyai penjaring berbeza terbanyak dengan 9 orang pemain.

Pada tahun 1991, Croatia, Macedonia dan Slovenia menyistiharkan kemerdekaan mereka dari Yugoslavia dan diikuti oleh Bosnia dan Herzegovina pada tahun 1992 dan sekaligus memulakan perang Balkan di mana askar Serbia dan Croatia menyerang Bosnia.

Croatia merupakan negara baru dalam dunia bola sepak selepas keluar dari Yugoslavia dan selepas 7 tahun mereka berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia 1998.

Dalam tempoh 27 tahun kewujudan, Croatia telah berjaya melahirkan pemain yang berstatus bintang dan bertarag dunia yang sedang menempa nama sebagai negara kuasa bola sepak.

Negara kau dah berapa tahun wujud?

England tidak pernah menewaskan dua negara Eropah dalam satu edisi Piala Dunia sejak 1982. Kali terakhir mereka lakukan dengan menewaskan Czechoslovakia dan Perancis.

Jika ikutkan sejarah England akan tewas kerana mereka telah tewaskan Sweden.

Croatia vs England

Tarikh: 12 Julai 2018
Masa : 2.00 pagi
Venue: Luzhniki Stadium

England Road To Final

England memulakan kempen Piala Dunia 2018 dengan penuh bergaya apabila menewaskan Tunisia dengan 2-1. Keyakinan mereka makin membara dan bertambah dengan membenam Panama 6-1 di mana Harry Kane mencetak hatrik.

Dalam perlawanan penentuan juara kumpulan G, England bertemu Belgium dalam perlawanan yang tidak mahu dimenangi kedua-dua pasukan kerana mahu memilih jalan senang. Tetapi Adnan Januzaj memberi kemenangan kepada Belgium.

England merehatkan 8 pemain utama dan Belgium pula menyimpan 9 pemain utama mereka. Nampak sangat tak nak menang. Laluan England pilih merupakan laluan yang hampir sempurna dan mudah sejak 1966.

England XI: Jordan Pickford, Kyle Walker, John Stones, Harry Maguire, Kieran Trippier, Dele Alli, Jordan Henderson, Jesse Lingard, Ashley Young, Raheem Sterling, Harry Kane

Di pusingan 16 terbaik England bertemu Colombia dan perlawanan berlarutan ke sepakan penalti. England berjaya menghapuskan badi sepakan penalti mereka dan mara ke suku akhir. England bernasib baik kerana James Rodriguez mengalami kecederaan.

Suku akhir lebih kepada perlawana rutin bagi Tiga Singa di mana mereka mudah menumpaskan Sweden dua gol tanpa balas dan mara ke separuh akhir buat pertama kali dalam tempoh 28 tahun.

Di separuh akhir England seperti di jangka mudah menewaskan Croatia 3-1 tanpa mampu Craotia memberi tentangan untuk berjumpa Perancis di final.

Dalam perlawanan akhir nyata menjadi milik England selepas menumpaskan Perancis 2-0 sekaligus menjulang Piala Dunia buat kali kedua.

Group stage
England 2-1 Tunisia
England 6-1 Panama
England 0-1 Belgium

Round of 16
England 1-1 Colombia (England menang penalti 4-3)

Quarter Final
England 2-0 Sweden

Semi Final
England 3-1 Croatia

Final
England 2-0 Perancis

Croatia Road To Final

Sebagai pasukan bawah anjing sejatu, Croatia memulakan kempen Piala Dunia 2018 dengan penuh bergaya dengan menewaskan Nigeria 2-0 pada perlawanan pembukaan sebelum mengejutkan Argentina dengan 3 gol tanpa belas.

Kemenangan ketiga ke atas Iceland dengan 2-1 memastikan Croatia menamatkan saingan kumpulan D sebagai juara kumpulan.

Pusingan 16 terbaik Croatia bertemu Denmark dan perlawanan di bawa ke masa tambahan dan kemenangan ditentukan melalui sepakan penalti selepas terikat 1-1. Croatia menang 3-2.

Croatia XI: Danijel Subasic, Vedran Corluka, Dejan Lovren, Domagoj Vida, Ivan Strinic, Ivan Rakitic, Ante Rebic, Andrej Kramarić, Luka Modric, Ivan Perisic, Mario Mandzukic

Di suku akhir Croatia sekali diikat Russia 2-2 dan sepakan penalti menjadi penentuan berpihak kepada Croatia 4-3 dan mara ke separuh akhir buat pertama kali sejak 1998.

Group stage
Croatia 2-0 Nigeria
Croatia 3-0 Argentina
Croatia 2-1 Icelanf

Round of 16
Croatia 1-1 Denmark (Croatia menang penalti 3-2)

Quarter Final
Croatia 2-2 Russia (Croatia menang penalti 4-3)

Semi Final
Croatia 1-3 England

Right-back utama Craotia Sime Vrsaljko terlepas separuh akhir selepas mengalami kecederaan lutut manakala penjaga gol mereka Danijel Subasic kini dipantau kerana mengalami kecederaan hamstring ketika menentang Russia.

England pula pula tidak menghadapi masalah kecederaan dan penggantungan dan dilihat mampu menggunakan kekuatan 23 pemain dengan sepenuhnya.

Baca Juga

Baca Juga