Benzema Amalkan Sunnah Nabi Untuk Kekalkan Prestasi Sehingga Menang Ballon d’Or

Pemenang Ballon D’Or 2022, dan penggempur sensasi Real Madrid Karim Benzema sedang menikmati hari hari terbaik dalam kariernya.

Untuk berada di tahap tertinggi pada usianya yang sudah 34 tahun memerlukan banyak pengorbanan. Banyak latihan dan juga penjagaan kesihatan fizikal dan mental yang sangat teliti.

Seperti yang diketahui umum, penyerang asal Perancis itu pernah berkongsi, salah satu cara beliau mengekalkan prestasinya adalah dengan mengamalkan sunnah nabi iaitu dengan berbekam.

Dalam satu muat naiknya di media sosial beberapa bulan lalu, badan Benzema kemerahan, kesan selepas dibekam. Beliau turut melahirkan rasa syukur selepas menjalani terapi bekam.

Karim Benzema

“Hebat (diikuti dengan hati) #alhamdulillah,” tulis Benzema di bahagian kapsyen.

Pemain Pasukan Kebangsaan Perancis (Timnas) yang beragama Islam itu memang seorang yang taat kepada suruhan agama.

Selepas memuat naik status itu, ramai yang cuba mendapatkan informasi tentang rawatan yang dilakukan Benzema itu. Ternyata ianya bekam.

Seorang lagi atlet yang beragama Islam, Khabib Nurmagomedov pernah memberikan komen kepada rakan baiknya itu. Dia menganggap bekam sebagai rawatan terbaik untuk pemulihan kecergasan.

Benzema akhirnya menang Ballon D’Or

Karim Benzema menepati ramalan awal dan akhir apabila telah dipilih sebagai pemenanga Ballon d’Or bagi tahun 2022 yang memberi pengiktirafan kepada pemain bola sepak terbaik dunia bagi musim 2021/22 yang berlangsung di Paris’ Theatre Du Chatelet.

Pemain kebangsaan Perancis telah mempamerkan aksi dan prestasi yang sangat menakjubkan bersama Real Madrid secara individu dan berpasukan untuk mengetepikan saingan dari 29 calon akhir yang lain.

Anugerah utama anjuran France Magazine ini telah disampaikan kepada Karim Benzema oleh legenda bola sepak dunia, Zinedine Zidane yang merupakan pemenang bagi tahun 1998.

Selepas 24 tahun akhirnya anugerah paling berprestij yang menjadi impian bagi seorang pemain bola sepak ini kembali menjadi milik pemain daripada Perancis.

Anugerah ini dimulakan pada tahun 1956 dan pada tahun 2009, Ballon d’Or telah digabungkan dengan anugerah pemain terbaik dunia FIFA menjadi FIFA Ballon d’Or.

Kerjasama ini hanya bertahan sehingga 2015, dan pada tahun berikutnya angerah Ballon d’Or dan Pemain Terbaik FIFA diberikan dalam majlis yang berasingan dan membolehkan kedua-dua anugerah kembali ke format asal.

Dengan kemenangan Benzema ini juga telah menjadikan penyerang Real Madrid sebagai pemain dari Perancis kelima selepas Zinedine Zidane, Michel Platini, Jean-Pierre Papin dan Raymond Kopa.

1. Raymond Kopa – 1958
2. Michel Platini – 1983, 1984, 1985
3. Jean-Pierre Papin – 1991
4. Zinedine Zidane – 1998
5. Karim Benzema – 2022

Sejak dari tahun 2008 sehingga kini, Karim Benzema sudah 11 kali berada dalam calon akhir untuk anugerah Ballon d’Or ini dan pencapaian terbaik pada 2021 dikedudukan keempat.

Berikut merupakan pencapaian dan kedudukan Karim Benzema untuk anugerah Ballon d’Or dari tahun 2008-2022:

2008: Unranked
2009: Unranked
2010: Tidak Tercalon
2011: Unranked
2012: 21
2013: Tidak Tercalon
2014: 16
2015: 20
2016: Tidak Tercalon
2017: 25
2018: 17
2019: 26
2020: Ballon d’Or Dibatalkan
2021: 4
2022: 1

Benzema layak mendapat pengiktirafan selepas prestasi cemerlangnya tahun ini. Dia memainkan peranan besar dalam kegemilangan Liga Juara-Juara Madrid pada Mei dan terus mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kempen 2022-23.

Jaringan 44 gol musim lalu bukan sahaja membawa Real Madrid menjuarai Champions League malah juga merangkul trofi La Liga dan menjadi pemain Real Madrid ke-9 menang Ballon d’Or sejak tahun 2000.

Karim Benzema telah menewaskan pemain handalan lain untuk merangkul anugerah ini meninggalkan Sadio Mane ditempat kedua diekori rapat Kevin De Bryune ditempat ketiga.

Berikut merupakan kedudukan senarai 30 calon akhir untuk anugerah Ballon d’Or 2022 yang sudah pasti di kepalai Karim Benzema selaku pemenang:

1. Karim Benzema (Real Madrid dan France)

2. Sadio Mane (Bayern Munich dan Senegal)

3. Kevin De Bryune (Manchester City dan Belgium)

4. Robert Lewandowski (Barcelona dan Poland)

5. Mohamed Salah (Liverpool and Egypt)

6. Kylian Mbappe (PSG and France)

7. Thibaut Courtis (Real Madrid and Belgium)

8. Vinicius Junior (Real Madrid and Brazil)

9. Luka Modric (Real Madrid and Croatia)

10. Erling Haaland (Manchester City and Norway)

11. Son Heung-min (Tottenham and South Korea)

12. Riyad Mahrez (Manchester City and Algeria)

13. Sebastien Haller (Borussia Dortmund and Ivory Coast)

=14. Rafael Leao (AC Milan and Portugal)

=14. Fabinho (Liverpool and Brazil)

16. Virgil van Dijk (Liverpool and Netherlands)

=17. Casemiro (Manchester United and Brazil

=17. Luis Diaz (Liverpool and Colombia)

20. Cristiano Ronaldo (Manchester United and Portugal)

21. Harry Kane (Tottenham and England)

=22. Trent Alexander-Arnold (Liverpool and England)

=22. Phil Foden (Manchester City and England)

=22. Bernardo Silva (Manchester City and Portugal)

=25. Joshua Kimmich (Bayern Munich and Germany)

=25. Mike Maignan (AC Milan and France)

=25. Antonio Rudiger (Real Madrid and Germany)

=25. Joao Cancelo (Manchester City and Portugal)

=25. Christopher Nkunku (RB Leipzig and France)

=25. Darwin Nunez (Liverpool and Uruguay)

BACA:  Wartawan Perancis Tuduh Deschamps Anggap Benzema Bodoh, Sengaja Singkirkannya Dari Piala Dunia