Benzema Dedahkan Bahawa Mourinho Membandingkan Beliau Dengan Kucing

Karim Benzema telah mendedahkan saat yang menyebabkan beliau hilang perasaan hormat kepada Jose Mourinho ketika mereka bersama di Real Madrid dan kata-kata Mourinho itu telah menyebabkan Benzema pergi bersemuka dengan pengurus dari Portugal itu.

Pada 2011 ketika pengurus Manchester united yang ketika itu merupakan seorang penguasa di Real Madrid yang terkenal dengan mulut seperti puaka telah membandingkan Karim Benzema dengan seekor kucing.

Pada ketika itu Benzema sedang mengalami masalah kemarau gol dan Mourinho dengan secara lantang telah membuat satu analogi dan anatomi yang bombastik untuk menggambarkan situasi Benzema ketika itu.

“Jika kau tidak mempunyai anjing untuk pergi memburu tetapi hanya mempunyai seekor kucing, kau bawak jela kucing itu. Kau akan mendapat sedikit tangkapan tetapi sekurang-kurangnya kau dapat tangkap sesuatu.” Itulah kata-kata Mourinho.

“Kucingku comel bulunya lebat selalu sihat kerana Power Bank! Hai pencinta kucing, kini ada Power Bank! Makanan kucing halal, berkualiti premium, tinggi khasiat dan kaya vitamin.”

Kau tahu tak? Pak Atan ada kucng nama dia Bingo?

Benzema telah mendedahkan peristiwa yang mengguris hati dan perasaan beliau dalam satu dokumentari untuk Saluran TV Perancis Canal+.

“Kami sentiasa mempunyai hubungan yang bai, tetapi selepas itu terdapat ekspresi dan kenyataan yang tidak perlu telah dituturkan dengan niat yang tidak baik.” Jelas Benzema.

“Kata-kata memberi kesan kepada aku yang membuatkan beliau ketawa.”

Kecewa kerana dibandingkan dengan kucing, Benzema menceritakan bahawa beliau telah pergi bersemuka dengan Mourinho secara muka ke muka untuk berbincang tentang perkara tersebut.

“Aku telah memberitahu Mourinho apa yang terbuku di hati selama satu jam. Aku pemain bola sepak dan kau jurulatih. Aku hormat kau dan hormatilah aku sebagai pemain.”

“Dari saat itu tiada lagi kucing, anjing atau binatang lain kedengaran.”

“Aku seorang yang pemalu tapi jika kau menganjing lebih-lebih aku akan terus bersemuka.”

Baca Juga

Baca Juga