Benzema Mengecam Giroud Secara Terang Terangan

Penyerang sensasi pasukan Real Madrid, Karem Benzema baru-baru ini membuat siaran langsung di laman Instagram miliknya dan telah bermain permainan soal jawab bersama peminatnya.

Dalam siaran langsung itu juga, Benzema secara terang terangan mengejek bekas rakan sepasukannya di Perancis, Olivier Giroud.

Benzema mengatakan bahawa Giroud hanya umpama Go-kart sedangkan dirinya sendiri adalah jentera Formula one.

Benzema sudah tidak beraksi untuk pasukan kebangsaan Perancis sejak sebelum bermulanya Euro 2016.

Sementara Giroud sendiri telah bermain untuk dua kejohanan antarabangsa pasukan Perancis sehingga kini.

Penyerang pasukan Real Madrid itu sehingga kini masih mempamerkan permainan yang luar biasa hebat bersama pasukan kelabnya.

Sedangkan Giroud, beliau masih terumbang ambing untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama bersama pasukan Chelsea.

“Anda jangan bandingkan Formula 1 dengan Go-kart, saya sudah cukup baik dengan memberi perumpamaan seperti itu.”

Kata Benzema dalam siaran langsung di Instagramnya menurut dari Daily Mail.

“Next…. Saya tahu bahawa saya lebih kepada Formula 1.”

“Dia nampak berfungsi sebab dia berada dalam pasukan, hanya itu sahaja alasannya. Ia tidak menakjubkan, cuma mungkin dia adalah sesuatu dalam diri dia.”

“Selain dari itu, ada ke sesiapa yang suka melihat cara dia bermain? Entah saya pon tak tahu.”

Giroud adalah antara pemain pilihan kegemaran untuk Didier Deschamps dan beliau telah membantu pasukan kebangsaan Perancis untuk menjuarai Piala Dunia 2018.

Pemain berusia 33 tahun itu juga merupakan salah seorang penjaring terbanyak untuk pasukan kebangsaan Perancis sepanjang zaman.

Selain Michel Platini dan Thierry Henry beliau adalah pemain ketiga yang menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk pasukan ‘Les Bleus’.

Selepas kecederaan yang di alami oleh Tammy Abraham, Giroud telah menjadi pilihan untuk Frank Lampard sebagai penyerang utama pasukan Chelsea.

Beliau telah berjaya menjaringkan dua gol dari tiga penampilannya dalam Premier League sebelum liga bola sepak digantung.

Sementara itu, Benzema sudah tidak beraksi bersama pasukan kebangsaannya ekoran dari isu beliau dengan Mathieu Valbuena.

Benzema pernah ada isu mengancam pemain midfield Olympiacos itu.

Pemain berusia 32 tahun itu sedang menikmati musim yang cemerlang dibawah kendalian Zinedine Zidane.

Ramai peminat yang mahu beliau kembali beraksi bersama pasukan kebangsaan Perancis.

Walau bagaimanapun, Presiden persatuan bola sepak Perancis dengan segera menghentikan segala rumours itu.

Hal itu membawa kepada satu lagi kecaman dari Benzema di laman Twitter miliknya, Benzema sebenarnya selain boleh mewakili Perancis, beliau juga boleh bermain untuk pasukan Algeria.

“Sekiranya anda rasa saya sudah tidak boleh beraksi, berikan saya bermain bersama negara yang saya boleh wakili dan kita akan lihat hasilnya.”

Kata Benzema kepada Goal.

BACA:  Demi Benzema, Ronaldo Hadir Ke Majlis Ballon d'Or Buat Pertama Kalinya Sejak 2017