Berapa Jumlah Wang Dibelanjakan Oleh Kelab Inggeris Kepada Ejen Pemain?

Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris telah berbelanja sebanyak £174 juta (RM955 juta) kepada ejen bola sepak sepanjang jendela perpindahan pada musim panas tahun lalu dan musim sejuk awal tahun ini., dengan Manchester City dan Chelsea menjadi pembayar tertinggi.

City telah berbelanja £26.3 juta (RM144 juta) kepada ejen, manakala Chelsea di tempat kedua dengan £25.1 juta (RM137 juta).

#Pogback #DabTillDie

Manchester United yang memecahkan rekod dunia untuk membawa pulang Pogba yang setakat ini hanya menyerlah dengan hashtag #Pogback dan dab, telah membayar sebanyak £19 juta (RM104 juta), diikuti seteru utama mereka, Liverpool dengan  £13.8 juta (RM76 juta).

Berikut adalah senarai perbelanjaan kepada ejen pemain di kalangan 20 kelab EPL.

1. Manchester City – £26.3 juta
2. Chelsea – £25.1 juta
3. Manchester United – £19 juta
4. Liverpool – £13.8 juta
5. Arsenal – £10.2 juta
6. West Ham – £9.5 juta
7. Bournemouth – £7.4 juta
8. Tottenham – £7.2 juta
9. Southampton – £6.3 juta
10. Watford – £6.2 juta
11. Crystal Palace – £6 juta
12. Sunderland – £5.8 juta
13. Stoke – £5.4 juta
14. Leicester – £5.3 juta
15. Everton – £5.1 juta
16. Swansea – £4.3 juta
17. West Brom – £4.2 juta
18. Burnley – £2.6 juta
19. Middlesbrough – £2.5 juta
20. Hull City – £1.9 juta

Di bawah undang-undang FIFA, FA England dipaksa untuk mendedahkan jumlah bayaran kelab-kelab mereka, dari EPL sehingga Liga Kebangsaan, kepada ejen pada tahun lalu.

Dalam laporan Sportsmail tiga hari lalu juga, FA dikehendaki untuk mengisytiharkan nama setiap ejen yang terlibat dalam dua jendela perpindahan lalu. Dengan pededahan ini, para penyokong dapat melihat jumlah sebenar yang telah ditabur kepada ejen bola sepak.

Manolo Gabbiadini – Pembelian musim sejuk terbaik setakat ini.

Untuk setiap urusniaga, ejen digalakkan untuk mendapatkan komisen sekadar 3 peratus daripada nilai perjanjian yang dipersetujui antara kelab dan pemain. Walaubagaimanapun, nilai ini boleh berubah bergantung kepada urusan antara mereka.

Alangkah baiknya jika pasukan-pasukan di Malaysia ini melakukan pendedahan yang serupa, terutamanya wang yang dibayar kepada ejen pemain import. Tapi, memandangkan kebanyakan pasukan bola sepak di Malaysia ini diuruskan oleh persatuan orang politik, maka tidak mungkin perkara-perkara yang melibatkan ketelusan ini dapat dilihat dalam masa terdekat.

Sumber : Daily Mail

Baca Juga

Baca Juga