Berapakah Kerugian Manchester United Selepas Tersingkir Dari Champions League?

Manchester United dilaporkan telah mengalami kerugian yang agak besar selepas tersingkirnya mereka daripada saingan Champions League sekaligus gagal untuk meneruskan kemaraan ke peringkat kalah mati.

Manchester United yang hanya memerlukan satu mata gagal bangkit menentang RB Leipzig selepas ketinggalan 3-0 dan hanya mampu mengejar untuk keputusan akhir 3-2.

Keputusan perlawanan antara PSG dan Istanbul Basaksehir yang digantung tidak memberi impak kerana PSG sudah mara melalui peraturan head-to-head.

Berapakah Keruigan Wang Hadiah Manchester United?

Kerugian daripada wang hadiah sudah pasti akan dirasai oleh Manchester United dan dalam situasi ekonomi sekarang kehilangan pendapatan sebegini sebolehnya mahu dielakkan namun semuanya sudah terjadi.

Namun mujurlah, Manchester United menamatkan saingan kumpulah H di tempat ketiga dan sudah menjadi tradisi pasukan tempat ketiga akan meneruskan saingan di peringkat kalah mati Europa League.

Bermain di Europa League bermakna, Manchester United akan kehilangan pendapatan dan kerugian yang agak besar daripada wang kejohanan yang ditawarkan mengikut peringkat.

Jika Manchester United berjaya melepasi peringkat kumpulan dan mara ke pusingan kalah mati Champions League maka habuan sebanyak £8.5 juta (RM 46.51 juta) menunggu.

Jumlah diraih diperingkat kalah mati Champions League tidak dapat ditandingi walaupun Manchester United berjaya merangkul dan bergelar juara Europa League.

Jika Manchester United menang semua perlawanan Europa League dan menjadi juara, wang hadiah yang dijana oelh pemenang hanyalah £7.7 juta (RM42.14 juta) sahaja.

Perbezaan sangat besar hampir £1 juta tu cok. Wang hadiah eringkat kalah Champions League mati pun dah tinggi dari jadi juara Europa League. Nampak tak perbezaan darjat?

Manakala wang hadiah suku akhir Champions League bernilai £9.5 juta (RM51.99 juta) dan peringkat separuh akhir berjumlah £11 juta (RM30.19 juta).

Juara Champions League bagi musim ini akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak £17.3 juta sahaja yang bersamaan dengan RM94.67 juta je.

Kau kira sendiri la berapa rugi berapa untuk dengan main buah kalau, hakikatnya Europa League dihadapan.

Adakah Penajaan dan Hak Komersil Terjejas?

Tersingkirnya Manchester United daripada Champions League tidak memberi impak atau menjejaskan pendapatan yang diraih Setan Merah melalui penajaan daripada pengeluar pakaian, Adidas.

Walaupun buat kali kedua bermain di Europa League secara berturut=turut, Manchester United masih lagi meraih £75 juta sepertimana termaktub dalam perjanjian.

Penajaan Manchester United oleh syarikat automobil Amerika Syarikat, Chevrolet juga tidak terjejas melainkan Manchester United tersingkir daripada Premier League.

Laporan kewangan suku ketiga yang disiarkan bulan lalu menunjukkan pendapat kelab mencecah £109 juta dengan penurunan sebanyak 19.5 peratus untuk tempoh sama tahun lalu.

Champions League 2020/21: RasenBallsport Leipzig 3-2 Manchester United

Drama berterusan dalam kumpulah H yang dilabel sebagai kumpulan paling maut dalam saingan peringkat kumpulan Champions League musim ini dan sehingga perlawanan terakhir tiada pasukan yang sudah layak.

Manchester United yang pada awalnya dikatakan bakal berdepan laluan sukar untuk mara membuktika sebaliknya selepas 4 perlawanan dan semakin menepati ramalan dengan perlawanan berbaki.

Hanya seri sahaja yang diperlukan oleh Manchester United untuk mara ke pusingan kalah mati namun tewas kepada PSG dan RasenBallsport Leipzig menjadi penentu.

RasenBallsport Leipzig yang merupakan semi finalis musim lalu mengejutkan Manchester United seawal minit kedua perlawanan melalui rembatan Angelino.

Sangat teruk permainan dipamerkan oleh Manchester United dan 10 minit selepas gol pertama, David De Gea tertewas lagi dengan percubaan Amadou Haidara.

Selepas setengah jam perlawanan, Willi Orban menjaringkan gol ketiga dan mujurlah Video Assistant Referee membatalkan jaringan tersebut.

Separuh masa kedua menyaksikan Manchester United bermain dengan lebih kemas dan mula insaf dengan kesilapan masa lalu.

Namun jaringan yang dicari tidak kunjung tiba dan Manchester United buntu untuk mencari gol bagi merapatkan jurang.

Bruno Fernandes hampir merapatkan defisit jaringan namun sayang sepakan percumanya yang cantik lagi indah itu sekadar menggegar palang dengan bunyi dentuman ‘ketung’ jelas kedengaran.

Sejurus selepas itu, RB Leipzig terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga hasil jaringan Justin Kluivert yang merupakan anak kepada pemain bola sepak lagenda Patrick Kluivert.

Menggeleng kepada Bruno Fernandes melihat gol ketiga RB Leipzig.

Mason Greenwood telah dijatuhkan dan pengadil tidak teragak-agak untuk memberikan Manchester United sepakan penalti dan bermakna itu satu harapan dan sinar pada minit ke-80.

Bruno Fernandes tiada masalah untuk menjaringkan sepakan penalti yang sememangnya bukan sahaja menjadi kepakaran beliau malah sudah menjadi darah daging.

Tiga minit kemudian gol kedua pula menyusul melalui tandukan Paul Pogba yang telah memanjat Harry Maguire untuk melakukan tandukan.

Tandukan Paul Pogba yang mencetuskan kontroversi melalui kenyataan daripada ejen beliau telah terbias pemain RB Leipzig untuk gol kedua.

Betambah-tambah sinar harapan untuk Manchester United mencari satu lagi gol bagi mengikat kedudukan, seri sudah cukup untuk Manchester United bersaing di Champions League.

Gol yang dicari-cari Manchester United tidak kunjung tiba sehinggalah wisel penamat ditiup oleh pengadil. Menandakan segalanya sudah tamat.

Kempen Eropah Manchester United tidak tamat lagi apabila akan meneruskan saingan di Europa League yang pasti tersenyum menanti kedatangan United.

Kekalahan Manchester United ini menjadikan perlawanan antara PSG dan Istanbul Basaksehir yang digantung tidak lagi bermakna dan sekadar pelengkap jadual.

Leipzig: Gulacsi; Mukiele, Konaté, Orban, Angelino; Sabitzer, Haidara, Kampl; Nkunku, Forsberg; Olmo

Subs: Wosz, Poulsen, Tschauner, Adamas, Sorloth, Kluivert, Halstenberg, Martinez, Martel

United: De Gea; Wan-Bissakae, Lindelof, Maguire, Shaw; McTominay, Matic; Greenwood, Fernandes, Telles; Rashford

Subs: Bailly, Tuanzebe, Pogba, Mata, Grant, Lingard, James, Fosu-Mensah, Ighalo, Williams, Henderson Van de Beek

Pengadil: A Lahoz (Sepanyol)

BACA:  Ince: Sanchez Punca Prestasi Pogba Merudum