Berdepan Tiga Kekalahan Berturut-turut Menyukarkan Spurs Untuk Kejar ‘Top 4’

Antonio Conte sebelum ini berjaya mengukuhkan rekod tanpa kalah dari sembilan perlawanan awal beliau sebagai pengurus Tottenham Hotspur dalam saingan Premier League.

Kekalahan pertama beliau dalam saingan Premier League pada musim ini adalah ketika beraksi bertemu Chelsea di Stamford Bridge pada Januari lalu.

Selepas kekalahan di tangan Chelsea itu, Spurs berjaya menandatangani dua pemain dari saingan Serie A, Dejan Kulusevski dan Rodrigo Bentancur sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.

Keputusan mereka menandatangani dua pemain itu sudah tentu kerana mahu menambah baik kekuatan skuad dalam usaha mahu menamatkan saingan liga di kedudukan empat teratas.

Spurs juga dianggap calon kegemaran untuk mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas berbanding seteru utama mereka Arsenal, Manchester United dan Wolverhampton Wanderers.

Kehadiran dua penandatanganan terbaru itu jelas sekali sangat diharapkan akan membantu Spurs untuk terus catat kemenangan dan memperbaiki kedudukan dalam carta saingan liga.

Walau bagaimanapun, sepertinya tidak semua yang dirancang berjalan seperti yang diharapkan dengan Spurs kini sudah merekodkan tiga kekalahan secara berturut-turut dalam saingan liga.

Ia juga merupakan kali pertama dalam tempoh 13 tahun ini yang memperlihatkan Antonio Conte tewas tiga kali berturut-turut dalam saingan liga.

Ketika Manchester United keciciran mata dan Spurs berpeluang untuk memintas mereka, skuad kendalian Antonio Conte itu bahkan menjadi lagi dungu dengan mereka turut keciciran mata.

Lebih teruk lagi, United hanya mencatatkan dua keputusan seri, sebaliknya mereka mencatatkan dua kekalahan secara berturut-turut dari dua perlawanan terakhir dalam saingan liga.

Tottenham Hotspur bermula dengan mencatatkan kekalahan 3-2 bertemu Southampton yang mana mereka kena comeback dalam perlawanan tersebut.

Spurs kemudiannya sekali lagi berdepan dengan kekalahan selepas mereka dikejutkan dengan kekalahan 2-0 bertemu Wolverhampton Wanderers.

Dua kekalahan berturut-turut dari dua perlawanan terakhir ini menyebabkan Spurs kini berada di kedudukan kelapan dalam carta saingan liga.

Mereka bahkan turut sudah dipintas oleh Wolves dan sepertinya mereka bakal semakin sukar untuk mengejar kedudukan empat teratas.

Penandatanganan terbaru mereka, Dejan Kulusevski masih belum diturunkan dalam kesebelasan utama dengan beliau hanya membuat penampilan sebagai pemain gantian sahaja setakat ini.

Pemain yang memakai jersi bernombor 44 itu sebenarnya mempunyai potensi untuk menjadi pemain terpenting skuad namun sepertinya ketika ini beliau masih belum mampu memberikan impak seperti yang diharapkan.

Mengapa Kulusevski memilih memakai nombor 44?

Penandatanganan terbaru Tottenham Hotspur, Dejan Kulusevski memilih untuk memakai jersi bernombor 44 kerana mahu mengikuti jejak langkah idolanya, Adnan Januzaj.

Beliau sememangnya sangat meminati bekas pemain sayap Manchester United itu, dan kerana itulah beliau mahu memakai nombor yang sama.

Tottenham Hotspur telah mengumumkan Kulusevski sebagai penandatanganan terbaru mereka pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.

Beliau ditandatangani dengan perjanjian pinjaman selama 18 bulan dari Juventus, dengan Spurs turut diberi pilihan untuk menandatangani beliau secara tetap.

Pemain berusia 21 tahun itu memakai jersi bernombor 44 untuk Atalanta, Parma dan Juventus dan menurut The Athletic, semuanya kerana pengaruh Januzaj.

Kulusevski merupakan peminat setia Januzaj dan beliau pernah menonton aksi bekas bintang United itu dalam satu perlawanan persahabatan di Sweden.

Kerana tertarik dan terpegun dengan kehebatan bintang Belgium itu, Kulusevski jadi benar-benar berminat dan mengagumi bakat hebat yang dimiliki oleh bekas bintang United itu.

Januzaj ketika itu diletakkan sebagai pemain simpanan dalam skuad kendalian Sir Alex Ferguson, yang mana beliau pada tahun 2013 itu baru sahaja berusia 18 tahun.

Beliau kemudiannya berjaya menempatkan diri dalam skuad utama United pada musim berikutnya, dan menjadi antara bakat hebat yang dikagumi.

Beliau telah diberikan jersi bernombor 11 ketika menjadi bintang utama United, namun sayangnya karier beliau ketika itu menjadi agak huru-hara.

Pemain sayap itu kemudiannya sering diketepikan kerana gagal untuk menarik perhatian Louis Van Gaal atau Jose Mourinho.

Beliau kemudiannya menghabiskan masa sebagai pemain pinjaman bersama Borussia Dortmund dan Sunderland, sebelum ditandatangani secara tetap oleh Real Sociedad pada tahun 2017 yang lalu.

Januzaj masih lagi beraksi bersama Real Sociedad dan beliau turut diturunkan ketika aksi bertemu setan merah dalam saingan Europa League musim lalu.

Kulusevski sementara itu telah dinamakan sebagai pemain muda terbaik saingan Serie A pada musim 2019/20 sebelum beliau memenangi gelaran Copa Italia pada musim 2020/21.

Minit permainan beliau sedikit terbatas pada musim ini dan beliau hanya tiga kali sahaja diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam saingan Serie A.

Rodrigo Bentancur turut ditandatangani oleh Tottenham Hotspur dari Juventus dengan perjanjian pembelian tetap pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.

Pemain berusia 24 tahun itu bakal menjadi pemain free ejen pada musim panas nanti, dan skuad kendalian Antonio Conte segera mengikat beliau dengan perjanjian selama enam tahun.

Antonio Conte sememangnya sangat lantang dalam meminta pimpinan kelab mendapatkan pemain baru untuknya, dalam usaha beliau untuk memperkuat skuadnya.

Tambahan pula Tottenham Hotspur pada jendela perpindahan Januari ini turut kehilangan beberapa pemain mereka, dan kerana itulah mereka sangat terdesak mahukan pemain baru.

Tanguy Ndombele telah kembali menyertai Lyon sebagai pemain berstatus pinjaman, sementara Giovani Lo Celso dan Bryan Gil pula telah melengkapkan perpindahan mereka ke saingan La Liga juga sebagai pemain pinjaman.

Kehadiran duo Juventus itu sangat diharapkan akan mampu membantu Tottenham Hotspur mencabar kedudukan empat teratas dalam carta saingan Premier League.

Antonio Conte jelas sekali mahu memastikan sasaran utama beliau untuk membawa Tottenham Hotspur kembali ke saingan Champions League terlaksana.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Antonio Conte Berminat Dapatkan Khidmat Vidal & Sanchez