Alejandro Garnacho jelas menikmati momen kejayaan menjaringkan gol keduanya di Old Trafford pada malam tadi untuk membantu Manchester United membenam West Ham 3-0.
Berbeza dengan keraian ‘Siuu’ yang sering dilakukannya – meniru idolanya Cristiano Ronaldo – Garnacho meraikan jaringannya menentang West Ham dengan cara berbeza dan lebih santai.
Garnacho berjaya mencetak nama sebagai penjaring hasil sepakan deras daripada luar kotak penalti untuk menggandakan kelebihan United setelah Rasmus Hojlund terlebih dahulu meletakkan tuan rumah 1-0 di hadapan.
Dan selepas mengesahkan jaringan tersebut, Garnacho pantas menuju ke kawasan tepi padang dan melompat untuk duduk di papan iklan.
Jika keraikan ‘Siuu’ yang sering dilakukannya berinspirasikan keraian Ronaldu, keraian duduk santai di papan iklan pula sebenarnya berinspirasikan keraian tang pernah dilakukan oleh pemain tengah West Ham, Mohammed Kudus.
Alejandro Garnacho has cracked out the Mohammed Kudus celebration AGAINST Mohammed Kudus 🌶️#BBCFootball #MUNWHU pic.twitter.com/MlQ5pDXGo7
— BBC Sport (@BBCSport) February 4, 2024
Ia adalah keraian sama yang pernah dilakukan oleh pemain antarabangsa Ghana itu ketika menjaringkan gol menentang Manchester United pada Disember lalu.
Garnacho tidak keseorangan meraikan gol tersebut apabila turut disertai oleh Hojlund dan Kobbie Mainoo yang turut teruja.
Bercakap kepada Sky Sports selepas perlawanan, pemain muda Argentina itu mengesahkan dirinya mengambil inspirasi dari keraian tersebut namun enggan mendedahkan sumbernya.
“Saya sangat gembira kerana menjaringkan dua gol,” kata Garnacho.
“Ya, sata mengambil inspirasi untuk keraian itu.”
Garnacho kini telah menjaringkan empat gol daripada lima perlawanan terakhir Premier League dan turut menjadi pemain kesebelasan utama skuad Erik ten Hag yang belum pernah tewas sejak tahun baru.
“Saya gembira bermain di kelab ini, di hadapan penyokong dan di stadium ini. Ia sungguh luar biasa,” tambahnya lagi.
🔴 Rasmus Højlund: “I remember just a month ago, there was a lot of talk about me and Garnacho not scoring enough goals…”.
“But we are both young, just growing every day. You can see the connection between us already now!”, told Sky. pic.twitter.com/PBP6Ufz1Ux
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 4, 2024
“Dan jika saya berjaya membantu pasukan, kami [dia dan Hojlund] juga memainkan peranan penting membantu pasukan, kami gembira.”
Pada masa yang sama Hojlund turut meraikan hari jadi ke-21 dengan satu lagi gol, jaringan kedua daripada dua perlawanan Premier League dan pemain itu kini kelihatan berjaya menemui rentak yang diperlukan selepas perlu menanti sehingga tiga bulan tanpa sebarang jaringan di Premier League.
“Kami masih muda, saya baru berusia 21 tahun. Dia [Garnacho] baru 19. Kami menjadi semakin baik setiap hari dan anda boleh melihar sendiri persefahaman yang semakin jit,” ujar Hojlund.