Berita Nasional England Menggelar Maguire ‘Slabhead’ Selepas Kejayaannya Menjaringkan Gol Bertemu Ukraine

Media England hari ini dilanda fenomena Slabheadmania dengan mereka menggelar Harry Maguire menggunakan nama samarannya sebaik kejayaan ketua pasukan Manchester United itu menjaringkan gol bertemu Ukraine.

Ketika aksi Piala Dunia 2018, seluruh England jatuh cinta dengan Maguire selepas melihat kemampuan tandukan beliau dan kehebatannya mengawal barisan pertahanan.

Kehebatan beliau pada ketika itu berjaya membantu England untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia buat pertama kalinya dalam sejarah mereka sejak 1990.

Beliau pada ketika itu digelar ‘Slabhead’ kerana kecemerlangan beliau terutama kemampuan kepalanya yang luar biasa menakjubkan.

Walau bagaimanapun beliau mengalami kemerosotan prestasi ketika beraksi bersama Manchester United, bahkan Maguire hampir tidak berjaya untuk beraksi dalam saingan Euro 2020 kerana mengalami masalah kecederaan.

Beliau berjaya mendapatkan semula tahap kecergasan terbaiknya dan kembali tersenarai dalam senarai kesebelasan utama England sejak aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu Czech Republic.

Beliau telah mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika bertemu Jerman dan Ukraine.

Beliau bahkan berjaya menjaringkan gol ketika aksi peringkat suku akhir bertemu Ukraine awal pagi tadi, dengan England berjaya membelasah anak-anak buah Andriy Shevchenko itu 4-0.

Maguire berjaya menjaringkan gol kedua untuk England satu minit selepas bermulanya aksi babak kedua permainan.

Beliau berjaya menanduk masuk bola hantaran Luke Shaw dari satu sepakan percuma, dan pengulas BBC News memanggil pemain berusia 28 tahun itu dengan nama gelarannya.

“Saya tak sangka wartawan Nasional akan memanggil Maguire dengan gelaran itu, adakah dia tak sedar itu bukan pujian.”

“Maguire tak marah digelar begitu, dan dia layak untuk dipuji atas sikap sporting dia yang menerima gelaran tersebut dengan santai.”

“Sebab tu dia digelar ‘Slabhead’, kepalanya yang besar membantu untuk dia menanduk bola dengan lebih kuat dan padu.”

“Saya rasa nama itu akan terus jadi nama samaran dia selepas ini, media rasmi pun sudah panggil dia ‘Slabhead’.

Kembali pada 2018, Maguire mendedahkan yang rakan sepasukannya ketika itu, Jamie Vardy menggelar beliau ‘Slabhead’ kerana melihatkan ukuran kepalanya yang besar.

Walaupun nama samaran itu langsung tak ganas atau ada unsur pujian, namun Maguire tetap selesa dan gembira digelar dengan gelaran tersebut.

Dengan persembahan mantapnya bertemu Czech Republic, Jerman dan Ukraine untuk membantu England mara ke peringkat separuh akhir, peminat pastinya teruja untuk melihat beliau mengekalkan tahap persembahan yang sama untuk baki perlawanan yang ada.

Beliau mungkin akan mampu menggunakan kelebihan kepalanya yang besar itu untuk menjaringkan lebih banyak gol, seterusnya membantu England memenangi Piala kejuaraan pertama mereka sejak 55 tahun lalu.

Selepas tersingkirnya pasukan seperti Perancis, Portugal, Jerman dan Netherlands, England dianggap sebagai pasukan pilihan utama yang akan memenangi kejohanan Euro kali ini.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu akan berdepan dengan Denmark di peringkat separuh akhir selepas ini, manakala Sepanyol pula akan berdepan Itali.

Kesemua empat pasukan tentunya akan melakukan yang terbaik dalam usaha mereka untuk memenangi aksi peringkat separuh akhir, seterusnya memberikan segalanya dalam perlawanan akhir untuk menjuarai saingan Euro 2020.

Walaupun England dianggap sebagai pasukan pilihan, namun kemampuan Denmark tidak boleh dipandang enteng.

Denmark ketika ini tidak dinafikan sebagai pasukan yang paling berprestasi selepas kejayaan mereka menjaringkan 10 gol dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

England pula merupakan satu-satunya pasukan yang masih belum mencatatkan sebarang bolos dalam saingan Euro 2020 ini.

Aksi perlawanan yang akan menemukan kedua-dua pasukan itu tentunya sangat menarik dan berbaloi untuk ditonton.

Sumber: SPORTbible

:GivemeSport

BACA:  Maguire Diguna Pakai Sebagai Hujah Debat Bajet 2023 Oleh Ahli Politik Ghana