Berita Saya Bakal Berhenti Dari Menguruskan United Adalah Karut, Ujar Mourinho

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meninggalkan jawatan pengurus di Old Trafford dalam masa terdekat ini.

Mourinho memberitahu berita yang mengatakan beliau akan berhenti dari menguruskan United hujung musim ini adalah sampah.

Aku insan yang istimewa

United hanya menang 1 dari 5 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, dan timbul ura-ura mengatakan bekas pengurus Chelsea dan Real Madrid tidak gembira dengan situasi yang dihadapinya sekarang dan bercadang mahu berhenti pada bulan Jun nanti.

Walaubagaimanapun, Mourinho ketika sidang media menjelang pertemuan Piala FA menentang Derby Country berkata beliau tidak akan berganjak dari kerusi pengurus yang dipegangnya sekarang.

“Ia bergantung kepada apa yang pihak media mahu tahu dan apa yang pihak media mahu tulis. Jika kamu [media] mahu bercakap mengulas lebih lanjut mengenai berita tersebut, saya bagitahu ianya sampah. Saya tidak jumpa perkataan yang lebih tepat lagi untuk menggambarkan berita tersebut.”

“Jika kamu mahu bertanya saya secara terus terang, saya melihat diri saya masih menguruskan Manchester United musim hadapan.”

“Ketika saya tiba di United, saya beritahu diri sendiri yang saya akan meninggalkan kelab ini apabila khidmat saya tidak diperlukan lagi.”

“Saya tidak mempunyai sebarang niat untuk meninggalkan kelab ini, dan niat saya hanyalah untuk terus kekal dan bekerja keras bagi membawa kembali kelab ini ke tahap yang pernah United capai sebelum ini.”

“Saya masih mempunyai kontrak bersama Manchester United dan hanya berada di pertengahan kontrak. Matlamat saya adalah untuk terus kekal sehingga pemilik dan lembaga pengarah gembira dengan hasil kerja saya.”

Walaupun membimbing Real Madrid memenangi liga pada musim keduanya, beliau dipecat musim berikutnya kerana prestasi pasukan yang hambar

Sepanjang bergelar pengurus, Mourinho masih lagi belum kekal sehingga musim ke-4 dengan mana-mana kelab yang beliau sertai. Beliau pernah menguruskan Benfica, Uniao de Leiria, Porto, Chelsea, Inter dan Real Madrid.

Situasi yang dialami Mourinho ini sering digelar sebagai ‘sindrom musim ke-3’. Mourinho mendapat sindrom ini kerana beliau sering bergelut dengan prestasi pada musim ketiganya bersama kelab yang beliau wakili. Antara contoh terbaik adalah ketika di Chelsea dan Real Madrid dimana beliau dipecat pada musim ketiganya.

BACA:  Pemain Muda Ini Jadi Pemain Pertama Sejak 1964 Berpindah Secara Terus Dari Liverpool Ke Manchester United