Berkicap Pogba Dibantai Jamie Carragher Secara Live

carragher ronaldo

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher tanpa segan silu dan dengan penuh yakin telah membantai Paul Pogba sehingga berkicap dalam rancangan yang disiarkan secara langsung atau live.

Ejen Paul Pogba, Mino Raiola mengeluarkan kenyataan yang tidak kena pada masanya kerana Manchester United bakal menghadapi perlawanan penting menentang RB Leipzig dan disusuli dengan Manchester City.

Mino Raiola secara terang-terangan menyatakan bahawa Pogba tidak akan lagi bersama Manchester United dan kini hanya menunggu kontrak tamat. Jual atau lepaskan secara percuma.

Dalam rancangan Monday Night Football, Jamie Carragher nyata tidak senang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mino Raiola itu yang seperti tak berakal.

Jamie Carragher penuh beremosi mahu Manchester United buang saja Pogba yang ‘overrated’ dari pasukan dan perbuatan Raiola adalah memalukan.

“Buang jelah! Aku sudah berkata mengenai perkara yang sama sejak 12 bulan lalu. Pemain paling ‘overated’ yang pernah aku tengok!”

“Aku berpendapat kedua-duanya adalah watak memalukan. Kita semua sedang melihat kepada seorang ejen dan berkata, seperti dikatakan, tanya Pogba apa yang beliau sedang fikirkan.”

Menurut Carragher lagi tugas ejen pada hari bukan sekadar seorang ejen tetapi juga sebagai pengurus peribadi pemain dalam beberapa perkara dan perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan.

Ini kerana kenyataan daripada ejen mengenai pemain diwakili sudah pasti datang daripada keinginan dan keputusan pemain.

“Ejen pada hari ini bukan lagi sekadar seorang ejen. Mereka ibarat ibu bapa, sahabat baik, penasihat kewangan, mereka akan jadualkan cuti, dan pergi ke mana-mana sahaja bersama.”

“Mereka berdua begini (sambil menyilangkan jari). Dia akan jadi sahabat baik Pogba. Maka Pogba amat mengetahui apa yang akan keluar dari mulut Raiola. Jika kenyataan ini tidak benar, maka wajarlah Pogba pecat sahaja ejennya itu.”

“Ia amat, amat mudah. Itulah perkara yang akan berlaku. Aku tidak tahu ke mana lagi dia akan pergi…atau aku yang tidak faham?”

Carragher juga berpendapat, Manchester United tidak memerlukan Pogba dan kini Pogba mempunyai peluang untuk beraksi kerana perlu merehatkan pemain lain.

“Manchester United memang mahu buang dia. Jangan jadi budak-budak la. Ole Gunnar Solksjaer meletakkan McTominay dan Fred di bahagian tengah. Dan Solksjaer memasukkan Pogba hanya kerana mahu merehatkan pemain lain.”

“Sudahlah dia tidak beraksi selama berbulan, tetapi masih di situ. Dia dikatakan cedera tetapi sebelum itu lagi dia sudah di bangku pemain simpanan.”

Carragher terus menambah garam di luka dan diperah-perah limau apabila menyatakan beliau akan terkejut jika Real Madrid atau Barcelona mahu mendapatkan Pogba.

“Hanya ada dua kelab yang lebih baik berbanding Manchester United iaitu Real Madrid dan Barcelona.”

“Bila aku cakap lebih baik, aku harap kau boleh faham contohnya seperti Cristiano Ronaldo pergi dari United ke Sepanyol.”

Bagi Carragher, Real Madrid dan Barcelona merupakan pasukan yang akan menjadi destinasi para pemain ketika dipuncak atau untuk menuju puncak.

“Perkara ini juga terjadi kepada Liverpool. ramai pemain melihat Barcelona dan Real Madrid sebagai kelab dan destinasi ketika di kemuncak dan kita harus terima perkara ini.”

“Mungkin Zidane akan terima atas dasar Perancis tolong Perancis, aku tak tahu tapi aku tak ingin untuk dapatkan Pogba.”

Apa yang dikatakan oleh Carragher ini ada benarnya, Pogba kini bukan lagi pemain berkelas dunia dan Manchester United juga mungkin menunggu tawaran pasukan lain untuk mendapatkan Pogba.

Jika Pogba dipecat maka Manchester United perlu membayar pampasan.

BACA:  Aksi Kekalahan Bertemu Liverpool Bakal Menjadi Aksi Terakhir Pogba Bersama Manchester United