Tugu Cristiano Ronaldo yang menjadi lambang kejayaan dan kegemilangan pemain bola sepak tersohor dan terhebat di muka bumi ini telah menjadi mangsa cabul pelancong tidak kira wanita atau lelaki tua atau muda.
Rekaan tugu itu dibuat sedikit terbonjol dibahagian sulit Roaldo yang merupakan bahagian seluar yang berkedut dan bukannya melambangkan kerandut Ronaldo telah menjadi kesukaan pelancong yang datang.
Here's a picture of the bronze statue of @Cristiano that fans can't keep their hands off ????#AOshow pic.twitter.com/86v2nm9TXm
— iRadio (@ThisisiRadio) January 3, 2019
Para pelancong tidak melepaskan peluang bukan sahaja untuk bergambar malah telah meraba-raba bahagian sulit patung Ronaldo dengan rasa bangga dan riang.
Akibatnya bahagian tersebut telah menjadi berkilat kesan geseran tangan-tangan nakal yang tidak berpenghujung.
Football Fans Can’t Keep Their Hands Off Cristiano Ronaldo Statue’s Crotch https://t.co/pUgoFFo7qu pic.twitter.com/f1wIdHgfMP
— Entertaining WE (@hindustanAbi) January 3, 2019
Tugu Cristiano Ronaldo yang terletak di luar muzium peribadi pemenang Ballon d’Or, Museu CR7 di Funchal Portugal menjadi daya tarikan pelancong yang datang bercuti di kampung beliau.
Seorang pelancong bernama John Rodgers telah menceritakan pengalaman kelakarnya kepada The Sun.
“Aku hanya mahu dengan tugu Ronaldo dan menghantarnya kepada keluarga.”
“Namun selepas aku meletakkan gamabr itu dalam grup WhatsApp keluar semua orang mula ketawa. Mereka tidak mampu menahan tawa melihat kawasan antara dua kaki tugu Ronaldo yang jelas digosok dengan baik.”
Cristiano Ronaldo statue attracts groups of laughing women due to huge bulge #ronaldostatue #cristianoronaldo https://t.co/zqtPkqoEnj pic.twitter.com/vrK96m2EZa
— sportz247 (@sportz24x7) January 2, 2019
“Ketika menunggu kapal untuk menaiki kapal, aku perasan beberapa orang pelancong menyentuh bahagian sulit tugu Ronaldo.”
“Aku lihat mereka semua tersenyum terutamanya gadis-gadis muda berambut perang. Mereka tidak mampu melepaskan peluang meraba-raba.”
Baler! Tak dapat tuan, tugu jadi mangsa.
Cristiano Ronaldo statue's groin is polished to a shine after being rubbed by tourists who 'can't keep their hands off'.??
[dailymail] pic.twitter.com/TIAc14JJZj— MKnaldo7 (@MKnaldo7) January 2, 2019
La statue de Cristiano Ronaldo victime des mains baladeuses https://t.co/BxD0uO0uGt #sportsbiz pic.twitter.com/NZwZqNF8yx
— Financial Sports® (@FinancialSs) January 2, 2019
Tugu ini juga mengingatkan kembali kepada tugu Cristiano Ronaldo yang sangat kelakar kerana terlalu berseni.
Arca kepala Cristiano Ronaldo ini diletakkan di Lapangan Terbang Madeira Portugal menjadi bahan hiburan ramai terutama di Twitter kerana arca tersbut “tersangat mirip” dengan rupa Ronaldo.