Berlatih di Belakang Rumah di Melaka, Hidilyn Diaz Berjaya Memenangi Pingat Emas Pertama Filipina

Tiada yang kenal nama Hidilyn Diaz sebelum ini, namun semalam menyaksikan nama atlet ini mencanak naik terutamanya di Malaysia selepas dia berjaya mengutip pingat emas yang pertama buat negaranya, Filipina, dalam acara angkat berat dalma kategori 55kg.

Dalam acara yang diadakan di Tokyo International Forum, Diaz berjaya memecahkan rekod terbaik peribadi dan mencipta rekod kejohanan, sekaligus menewaskan pemegang rekod dunia Liao Qiuyun dari China yang hanya mendapat pingat perak.

Dengan Liao meletakkan sasaran 223kg, hanya empat kilogram kurang daripada rekod dunia yang diciptanya dan Diaz berdepan clean and jerk yang terakhir dengan memerlukan 127kg untuk menang, lebih 5kg daripada pencapaian terbaiknya dalam kejohanan.

Dengan fokus dan keazaman yang tinggi, dia berjaya meleburkan rekod Olimpik dan air mata kegembiraan mula mengalir malah sebelum dia meletakkan bar lagi.

Atlet Kazakhstan, Zulfiya Chishanlo mengutip pingat gangsa, dengan 10kg kurang daripada jumlah angkatan Diaz dan Liao.

“Memang sukar untuk dipercayai, memang impian jadi kenyataan,” ujar Diaz kepada AFP selepas anggota Tentera Udara Filipa tersebut menangis gembira di atas podium ketika dia menyayikan lagu kebangsaaan negaranya sambil mengangkat tabik kepada bendera.

“Aku nak kabo kepada seluruh orang muda Filipina, korang boleh memasang impian emas ini juga.

“Itulah macam mana aku bermula dan akhirnya aku berjaya juga.”

Diaz sudah pastinya diangkat sebagai lagenda dalam arena sukan di negaranya, setaraf dengan ikon tinju, Manny Pacquiao, selepas muncul sebagai wanita pertama dari negara kepulauan tersebut yang berjaya memenangi pingat di Olimpik sebelum ini.

Lima tahun lalu, dia menamatkan kemarau 20 tahun negaranya menanti pingat Olimpik selepas memenangi pingat perak di Rio.

Prestasinya terus meningkat dua tahun kemudian apabila dia memenangi pingat emas di Sukan Asia di Indonesia dan juga menjadi jaguh dalam Suka SEA di negaranya pada bulan Disember 2019.

Ketika Diaz sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi Sukan Olimpik, pandemik Covid-19 mengubah perancangannya apabila temasya sukan tersebut ditunda selama setahun.

“Memang susah sikit nak letakkan sasaran sebab temasya ini ditunda selama beberapa bulan dan pada masa yang sama, kau memang dah ada perangangan sendiri selepas Olimpik,” ujar Diaz, yang merupakan anak kepada pengayuh beca daripada keluarga miskin di Zamboanga, Mindanao.

“Jadi aku perlu mengorbankan masa bersama keluarga, mengorbankan amsa bersama kawan-kawan, mengorbankan masa dengan pelajaran dan kerja aku di Tentera Udara Filipina.”

Ramai yang tidak tahu bahawa atlet ini sebenarnya berlatih di belakang rumah seorang penduduk di Melaka sebagai persediaan untuk ke Sukan Olimpik.

Diaz di Melaka. Gambar : Utusan

Asalnya dia datang berlatih di Malaysia pada bulan Februari 2020 kerana jurulatihnya dari China, Gao Kaiwen, berasakan bahawa lebih elok untuk dirinya jika ingin memberi tumpuan untuk ke Tokyo.

Tetapi selepas beberapa minggu berada di negara ini, berlakunya sekatan pergerakan akibat Covid-19 dan menyebabkan Diaz berdepan situasi di mana gimnasium ditutup, tidak mempunyai akses kepada peralatan angkat berat dan ketidakpastian sama ada sukan ini akan diadakan atau tidak.

“Pada mulanya ada banyak kegelisahan, takut dan bimbang sebab kami berada di Malaysia,” kata Diaz yang kali terakhir bertemu ahli keluarganya pada Disember 2019.

“Kami tak tahu kat mana nak tinggal, tak tahu kat mana nak berlatih.”

Malah, Diaz dan jurulatihnya – Team HD – telah terperangkap di sebuah blok pangsapuri di Kuala Lumpur di mana mereka perlu berhati-hati supanya tidak memecahkan lantai jubin rumah ketika berlatih angkat berat.

Tetapi semua ini tidak mematahkan semangat Diaz dan selain berlatih, dia juga sempat mencari masa menjana pendapatan dan mengumpulkan wang menerusi sesi latihan dalam talian untuk mengedarkan bungkusan makanan kepada keluarga miskin di kampung halamannya yang terkesan dek pandemik Covid-19.

Pada awal bulan Oktober tahun lalu, Diaz dan Team HD berpindah ke kawasan perkampungan di Jasin, Melaka, di mana mereka tinggal di rumah yang dimiliki oleh seorang pegawai persatuan angkat berat Malaysia.

Dengan sekatan pergerakan yang ketat, Diaz terpaksa untuk bersenam di tempat letak kereta di rumah tersebut dan bertarung dengan cuaca panas di tempat terbuka berbanding latihan di gimnasium yang mempunyai pendingin hawa.

“Setiap kalu ada sekatan perjalanan, dunia kami bagaikan terhenti dan kau jadi tak tahu apa nak buat dan kau jadi terkejut,” katanya lagi.

Sekiranya aku tak ada Team HD, aku mengaku yang aku tak akan ada kat sini dan akan pulang ke Filipina.:

Ternyata segala permasalahan ini memberi kesan kepada Diaz di mana dia hanya berjaya meraih tempat keempat di Kejohanan Asia di Tashkent pada bulan April – pertandingan pertamanya selepas lebih satu tahun. Pun begitu, kejayaan tersebut sudah cukup untuknya mendapatkan tempat di Tokyo walaupun jauh daripada prestasi terbaiknya.

Diaz hanya berlatih di tempat letak kereta. Gambar : Stadium Astro

Walaupun banyak halangan terpaksa ditempuhinya, semangat Diaz tidak luntur dan terus berlatih demi mencapai cita-citanya.

“Sudah tentu tekanan sangat tinggi dan semua orang mengharapkan aku menang pingat emas di Tokyo,” katanya.

“Aku terima keadaan ini dan aku selalu cakap ke diri aku untuk fokus pada teknik dan fokus pada kerja yang akan datang.

Apapun, Diaz turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang banyak membantunya sebelum ini.

“Buat rakyat Malaysia dan Melaka, terima kasih banyak-banyak. Kami mungkin tidak akan dapat bertahan dalam situasi ini.

“Kami di sini bukan sahaja berjuang untuk negara, malah virus juga dan minta doakan keselamatan atlet yang berada di Jepun ketika ini.

“Malaysia Boleh.”

Tidak pasti sama ada Diaz faham dan pandai guna perkataan ‘hawau’ dan makan cencaluk atau tidak selepas lama tinggal di Melaka.

Sumber utama : NST

Baca Juga

Baca Juga