Bernardo Silva Dedahkan Rahsia Arsenal Sebenarnya Tidak Ada UCL

Bernardo Silva dengan terbuka mendedahkan sebenarnya Arsenal tidak ada kejuaraan UCL dalam kabinet mereka. Rahsia itu tidak ramai orang tahu.

Silva memberikan perbandingan perbezaan menentang Liverpool pada era Klopp dan Arsenal di bawah kendalian Arteta. Menurut Silva, perasaannya tidak sama.

Kerana Arsenal datang dengan taktikal pengecut berbanding Liverpool yang berani bermain secara bersemuka. Ini mungkin sebab Liverpool dan City pernah menang UCL dan EPL pada era Pep vs Klopp.

Manchester City gagal menewaskan Arsenal yang bermain 10 pemain sepanjang separuh masa kedua. Dengan gol minit akhir John Stones menjadi penyelamat City daripada kekalahan.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2. Arsenal berpuas hati membawa pulang 1 mata dari Etihad. Sementara City agak kecewa dengan taktikal Arsenal.

Silva berkata: “Perbezaannya? saya tak tahu. Mungkin Liverpool sudah pernah memenangi Liga Perdana Inggeris, Arsenal belum. Liverpool telah memenangi Liga Juara-Juara Eropah, Arsenal tidak pernah.

“Liverpool sentiasa berhadapan dengan kami secara bersemuka untuk cuba memenangi perlawanan, jadi dengan perspektif ini perlawanan menentang Arsenal tidak seperti yang kami lalui dan pernah menentang Liverpool.

“Jadi ya, mungkin persaingan yang berbeza.”

“Hanya ada satu pasukan yang datang untuk bermain bola sepak,” kata Silva.

“Malangnya, yang lain [Arsenal] datang untuk bermain mengikut had yang boleh dilakukan dan dibenarkan oleh pengadil. Kami tidak gembira kerana kami mahukan tiga mata, tetapi secara peribadi saya gembira dengan cara kami bermain dan menghadapi perlawanan. Saya gembira kami sentiasa memasuki padang untuk cuba memenangi setiap perlawanan.”

Dia menambah: “Kami dibolosi gol selepas pengadil memanggil kapten kami dan kemudian tidak membenarkan dia masuk semula ke kedudukannya. Gol kedua sudah menjadi blok biasa mereka kepada penjaga kami dibenarkan oleh pengadil. Dan kemudian pengadil membenarkan beberapa siri insiden membuang masa daripada mereka,

“Perkara yang paling mengganggu saya ialah mengadakan banyak pertemuan dengan FA pada awal setiap musim. Mereka memberitahu kami bahawa mereka akan mengawal situasi seperti ini dan akan menghalang mereka [daripada membuang masa], tetapi pada akhirnya ia tidak ada makna apa apa. Mereka berkata banyak tetapi tiada apa yang berlaku.”

BACA:  FA Community Shield; Variasi Dan Fleksibiliti Arsenal Semakin Sukar Diramal